Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4985

Penyusuan Susu Ibu Selepas Bersalin Secara Caesarean

$
0
0

Adakah anda seorang ibu yang baru bersalin secara Caesarean? Ingin untuk menyusukan anak tetapi tidak pasti bagaimana untuk melakukannya?

Jangan bimbang, mari kita bincangkan tips untuk membantu ibu-ibu yang baru lepas bersalin secara Caesarean supaya menyusu dengan jayanya.

Bagaimana pula ubat bius dan ubat penahan sakit ?

Mungkin anda akan tertanya-tanya:

“Adakah ubat itu selamat untuk bayi, dan adakah ia akan menjejaskan keupayaan ibu untuk menyusukan anak?”

Ubat bius dan ubat penahan sakit yang diberi tidak akan menjejaskan susu anda.

Anda juga boleh memaklumkan pihak doktor dan jururawat tentang hasrat untuk menyusukan anak dan mereka akan beri ubat yang serasi dengan ibu menyusu.

Gunakan ubat hanya apabila ia diperlukan, untuk mengurangkan rasa ngantuk bayi.

Baca sini untuk mengetahui langkah-langkah untuk mengurut bahagian mulut bayi untuk menguatkan otot-otot muka serta cara-cara lain untuk merangsangkan bayi baru lahir untuk menyusu.

Penyusuan pertama selepas kelahiran

Kalau larat, waktu yang paling tepat untuk mula menyusukan bayi adalah sebaik sahaja dia dilahirkan.

Ibu sepatutnya belum rasa sebarang ketidakselesaan kerana masih di bawah kesan ubat epidural.

Cuba letakkan bayi dalam keadaan meniarap sama seperti Cradle hold, sambil si ibu berbaring secara menelentang.

Apabila menyusukan dalam kedudukan ini dengan bayi yang baru lahir, dapatkan bantuan jururawat untuk memastikan hidung bayi tidak tersumbat.

Memulakan penyusuan ibu dalam masa setengah jam selepas bayi dilahirkan – Sumber: Youtube

Posisi penyusuan selepas bersalin

Ramai ibu-ibu mendapati menyusukan anak secara berbaring adalah satu kedudukan yang paling selesa pada hari pertama selepas pembedahan. 

Ia merupakan cara yang mudah untuk menyusukan anak sambil berehat pada masa yang sama. 

Berikut adalah langkah bagaimana untuk ibu boleh beralih posisi di atas katil hospital:

  • Mula dengan katil dalam kedudukan yang rata dan dengan rel katil yang dinaikkan
  • Letakkan bantal tambahan pada belakang ibu untuk memberi sokongan tambahan.
  • Dengan berhati-hati dan perlahan-lahan, pusingkan badan sambil menggenggam rel katil untuk memudahkan pergerakkan dan juga untuk mengelakkan ketegangan otot abdomen. 
  • Gunakan bantal kecil ataupun tuala untuk melindungi insisi anda
  • Letakkan bantal di antara kaki untuk mengurangkan tekanan pada otot-otot perut.
  • Baringkan bayi bersebelahan dan menghadap badan anda: dada ke dada. Kaki bayi harus dekat dengan badan dan kepalanya berbaring di atas katil (atau atas lengan anda, yang mana paling selesa). Anda boleh alihkan diri ke hadapan untuk mula menyusu, atau alih bayi dan mengarahkannya ke payudara.

Anda boleh mencuba posisi penyusuan yang lain apabila rasa lebih selesa nanti.

Elakkan susu tambahan

Maklumkan kakitangan hospital sekiranya anda ingin cuba menyusu secara eksklusif.

Pastikan mereka tidak memberi susu tambahan atau puting, kerana ini boleh menggangu penyusuan susu ibu.

Tetapi jika bayi anda perlu diberi susu tambahan untuk sebab-sebab tertentu, minta supaya susu itu diberi melalui cawan atau picagari dan bukannya botol untuk mengelakkan risiko kekeliruan puting.

Bilakah badan saya akan menghasilkan susu?

Peralihan hormon yang berlaku apabila plasenta berpisah dari rahim adalah proses yang akan memulakan penghasilan susu ibu.

Badan ibu akan mengalami peralihan yang sama, sama ada dia bersalin secara caesarean ataupun secara normal.

Ibu-ibu yang mempunyai kelahiran yang berkomplikasi (caesarean atau faraj) mungkin akan lambat sedikit menghasilkan susu badan.

Apabila sampai dirumah

Dapatkan bantuan untuk menguruskan rumah anda dan tumpukan perhatian kepada penyembuhan diri serta penyusuan bayi.

Minta suami untuk mengambil bercuti selama beberapa hari supaya dia boleh membantu anda ketika berpantang di rumah!

Baca: 

22 Perkara Wanita Bersalin Secara Pembedahan Caesarean Harus Elak Buat!

15 Faedah Memakai Bengkung: Bukan Hanya Untuk Cantik!

Penjagaan ibu bersalin: Rawatan bertangas

Pembedahan Caesarean adalah pembedahan yang besar. 

Kajian mengatakan tempoh untuk pulih trauma bersalin adalah setahun. Badan anda akan memerlukan masa untuk pulih, jadi ikutlah pantang-larang selepas bersalin dengan sebaiknya.

Tetapi tip yang paling penting adalah untuk mengelak tekanan dan cuba rileks. Jangan terlalu risau dengan insisi yang menyakitkan, hal-hal rumah dan lain-lain.

Bawa bertenang, kekal positif dan bina ikatan dengan anak anda: semua ini adalah “penggalak susu” yang terbaik.

Sumber: Kelly Mom

The post Penyusuan Susu Ibu Selepas Bersalin Secara Caesarean appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4985

Trending Articles


EASY COME, EASY GO


HOY PANGIT, MAGBAYAD KA!


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


Maganda Quotes – tagalog Quotes – Inggit Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Papa Jack Tagalog Love Quotes and Advice for you


Top 10 Best Tagalog Friendship Quotes and Sayings | mrbolero


Re:Mutton Pies (lleechef)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


“Tado” Jimenez Quotes Collections Online


Mga Patama sa mga Nagmamahal the Best Tagalog love quotes for you


5 Tagalog Relationship Rules


“BAHAY KUBO HUGOT”


RE: Mutton Pies (frankie241)


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>