Lidah mempunyai banyak reseptor yang membolehkan bayi merasai perbezaan tekstur sesuatu benda. Ia menjadikan lidah mereka tempat yang paling sensitif untuk merasa.
Disebabkan itu, mereka banyak memasukan benda ke dalam mulut mereka, untuk belajar tentang sesuatu benda.
Memasukkan benda ke dalam mulut membantu anak anda belajar menggunakan sensori mereka. Tetapi aktiviti ini boleh juga membahayakan mereka.
Cara pastikan keselamatan bayi anda ketika dia berada di fasa suka masuk benda dalam mulut
Berikut adalah bagaimana anda boleh memastikan keselamatan bayi anda walaupun dia sedang meneroka:
- Pastikan tiada benda bahaya di sekelilingnya
Antara benda bahaya yang kadang-kala ibu bapa terlepas pandang ialah:
– pil-pil dan ubatan di bawah kerusi atau karpet
– wayar
– biji-biji manik, butang dan seumpamanya - Berikan ‘teether’
- Kawasan selamat
- Ajarkan mereka memahami maksud ‘JANGAN’
- Elakkan karpet
Fasa memasukkan barang ke dalam mulut adalah fasa yang penting untuk mereka belajar. Jangan hadkan penerokaan mereka. Tetapi, sediakan ruang yang selamat untuk mereka untuk terus meneroka dan meransang sensori mereka.
Selamat mencuba ibu-ibu semua!
The post Fasa Bayi Memasukkan Benda Ke Dalam Mulut – Bagaimana Pastikan Keselamatannya? appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.