Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

Cara Unik Mengawal Makanan Yang Disuap Kepada Anak Anda Di Hari Raya

$
0
0

Seperti yang anda tahu, banyak makanan yang harus dikawal pengambilannya tidak kira peringkat umur.

Namun kadang-kala, sejauh mana para ibu bapa mengawal makanan anak mereka, pasti ada yang memberi atau menyuap si anak tanpa sedar.

Dan si anak pula, jarang sekali menolak lebih-lebih lagi jika ianya benda yang menarik perhatian.

Cara elak orang lain suap makanan pada anak kita

Berikut merupakan cara yang unik bagaimana anda boleh mengawal anak anda dari disuap makanan secara rawak.

Sesetengah darinya mungkin kedengaran kelakar, tetapi ia mungkin berkesan 🙂

  1. Gendong
    Gendong anak anda semasa di majlis rumah terbuka. Selalunya orang tidak berani menyuap anak yang di dalam dakapan si ibu secara rawak. Mereka pasti akan bertanya terlebih dahulu.
  2. Penanda

    Foto ehsan zazzle

    Cara ini mungkin kelihatan pelik dan kelakar, tetapi mesej yang ingin disampaikan tercapai. Gunakan lapik dada (bib), lencana atau apa saja penanda yang berbunyi “tanya ibu sebelum memberi saya makanan”. 

    Foto ehsan zazzle

  3. Pesan
    Bagi anak yang sudah besar, anda bolehlah memesan kepadanya untuk tidak terus makan, makanan yang diberikan. Atau memberi pesan kepada yang tolong menjaga anak anda. Anda juga boleh memesan secara “tidak langsung” seperti menyelit tentang pemakanan anak semasa bersembang, gunakan kreativiti anda 🙂
  4. Bekal

    Foto ehsan beneficialbento

    Ia mungkin kelihatan pelik, tetapi, ia pasti membuatkan orang lebih berhati-hati sebelum memberi anak anda makan. Bawa bekalan snek untuk anak anda. 

  5. Merenung
    Ingat renungan tajam ibu anda ketika hendak marah di rumah orang? haha… berikan renungan tersebut kepada anak anda jika diberikan makanan secara rawak. Yang memberi pasti akan menarik semula hulurannya itu 🙂

    Foto ehsan giphy

Sebenarnya, bukan ingin menjadi ‘kurang ajar’ terhadap orang yang ingin berbuat baik dengan si anak.

Namun, ramai yang tidak tahu tahap kesihatan seseorang budak. Setiap orang mempunyai tahap ketahanan yang berbeza-beza.

Kesan buruk kalau tersalah suap makanan kepada anak

Perkara yang sering kali terlepas pandang ialah kesan makanan itu terhadap seseorang. Contohnya:

  • alergi terhadap sesuatu makanan
  • mempunyai kondisi khas yang mesti mengelakan sesuatu makanan, contoh: G6PD
  • sedang mengambil ubatan yang perlu mengelakan sesetengah makanan

Bayangkan kalau si kecil yang alergi terhadap kekacang dihulurkan makanan berasas kacang?

Tahukah anda salah satu reaksi teruk alergi ialah anafilaksis (anaphylais)? Di mana orang yang alergi boleh mengalami sesak nafas hingga meninggal dunia.

Ya, kesannya boleh jadi seteruk itu, hingga meragut nyawa!

Oleh itu, sebagai orang yang berniat ingin memberi makanan terhadap anak orang lain, anda harus lebih beringat.

Dan sebagai ibu bapa si kecil, anda juga harus lebih berhati-hati.

Selamat berhari raya dan semoga berjaya mencuba tip kami ini!

The post Cara Unik Mengawal Makanan Yang Disuap Kepada Anak Anda Di Hari Raya appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

Trending Articles


Vimeo 11.8.1 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Girasoles para colorear


God Quotes – Inspirational Quotes For you


EASY COME, EASY GO


RE: Mutton Pies (frankie241)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 3.42.0 by Vimeo Inc


5 Tagalog Relationship Rules


From Male to Female



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>