Darah Haid dan Kesihatan Wanita
Darah haid datang setiap bulan. Tapi bagi sesetengah wanita, kitaran datang bulan tidak menentu.
Walaubagaimanapun, darah haid masih dianggap sebagai satu topik “taboo” yang tak dibincangkan oleh ramai orang.
Apa yang selalu kita dengar – gara-gara datang bulan, ramai wanita boleh “jadi gila”. Kembung perut, sakit tulang belakang, sakit badan dan sebagainya.
Tapi, tahukah anda ada 5 perkara penting yang sering disampaikan oleh darah haid tentang kesihatan kita?
Ha… sebenarnya dari darah haid, anda boleh tahu banyak perkara tentang kesihatan anda. Tak percaya? Jom tengok 5 perkara penting ini!
1 – Berapa banyak darah haid anda?
Jika darah haid anda sikit, ia tanda-tanda ketikdakseimbangan hormon, pemakanan yang kurang sihat, sering tertekan dan memiliki masalah di bahagian kelenjar tiroid mahupun pituitari.
Darah haid yang sedikit juga mungkin penyebab:
- anomali Mullerian; sejenis gangguan disebabkan oleh selaput dara yang tidak terbentuk dengan sempurna, lalu menyekat pengaliran darah haid
- sindrom ovari polisistik (PCOS) atau
- gangguan autoimun.
Namun, jika anda memakan pil perancang, mungkin darah haid anda akan keluar sedikit saja.
Darah haid yang terlalu banyak boleh menyebabkan anemia. Ia juga boleh mengakibatkan:
- fibroid (lalu mengancam kesuburan)
- pertumbuhan pada dinding rahim
- polyps
- tumor dalam serviks atau rahim;
- endometriosis
Ia biasanya berlaku pada wanita yang berusia 35 tahun ke atas.
Mari lihat berapa banyak darah haid anda. Sila rujuk gambar di bawah:

Kredit gambar: Losing Weight Done
2 – Ada darah walaupun selepas datang bulan?
Pendarahan secara tiba-tiba, walaupun selepas anda sudah datang bulan adalah tanda-tanda yang bahaya. Ia mungkin petanda:
- jangkitan vagina
- polyps di bahagian serviks atau rahim
- atau kerana ketidakseimbangan hormon.
Akan tetapi, wanita yang mengambil pil perancang mungkin akan melalui insiden berdarah walaupun selepas datang bulan.
Tapi tidak bagi wanita lain. Jadi, jika tiba-tiba anda “berdarah” tanpa sebab yang pasti, segera berjumpa doktor!
3 – Kesakitan akibat datang bulan
Kenapa kita selalu berasa sakit apabila datang bulan? Semuanya sebab hormon prostaglandin. Hormon ini mengakibatkan rasa sakit dan keradangan dalam badan.

Kredit gambar: Gap Year
Tapi, kekejangan atau cramp yang dirasai di bahagian bawah perut biasanya boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius – iaitu endometriosis.
Endormetriosis adalah satu keadaan di mana tisu rahim mula tumbuh di bahagian luar rahim (di bahagian lantai pelvik).
Lalu, akibat tisu ini, darah yang mengalir tersekat dan menyebabkan rasa kejang atau radang.
4 – Warna darah haid anda?
Nah, mengetahui warna darah haid anda juga boleh mendedahkan tentang kesihatan hormon, tahu?
Biasanya, wanita akan mengalami satu daripada tiga warna darah haid ini. Jom tengok warna apa!

Kredit gambar: David Wolfe
Warna keungguan seperti buah beri: menunjukkan paras estrogen yang amat tinggi. Biasanya terjadi pada kitaran haid yang terlalu berat.
Warna merah seperti jem strawberi: Warna sedikit cerah menunjukkan tahap estrogen yang rendah. Boleh mengakibatkan faraj kekeringan, rambut gugur dan keletihan.
Warna pekat seperti jus krenberi: Warna normal untuk darah haid. Biasanya, wanita yang datang haid dengan warna ini akan mengalami PMS.
5 – Kekerapan anda datang bulan
Ini perkara yang paling penting. Berapa kerap anda datang bulan menunjukkan bagaimana kesihatan badan anda secara keseluruhan.

Kredit gambar: Health Care Natural
Jika anda sudah lama/lewat tidak datang bulan, tiada tanda-tanda kehamilan – ia bermaksud hormon dalam badan anda tidak seimbang.
Segera berjumpa dengan doktor pakar untuk mendapatkan bantuan.
Bagaimana? Banyak benda yang anda belajar daripada darah haid ini kan? Jadi sekarang, mari kita sama-sama menjaga kesihatan kita.
Artikel diterjemah daripada Scoop Whoop.
Sumber rujukan: Healthline, NHS, Medscape dan WebMD
The post Darah Haid: 5 Perkara Penting Yang Wajib Diketahui Wanita! appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.