Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

5 Resepi Unik Untuk Kuih & Hidangan Raya Yang Anda Patut Cuba

$
0
0

Raya setahun sekali, saja kan? Jadi bagi sesiapa yang suka memasak dan mencuba pelbagai menu baru, inilah masanya!

Apa kata anda cuba 5 resepi unik ini untuk hidangan raya ataupun kuih raya anda? Pasti tetamu akan makin berselera ketika makan!

Anda pun puas menghidangkan juadah yang sedap. Jom cuba!

3 Hidangan Masakan Ketika Hari Raya

Resepi dari: Resepi Mudah

1 – Nasi Briyani Kurma Daging

Kredit gambar: Resepi Mudah

Nasi memang pelengkap makanan orang Melayu. Kalau tak jamah nasi sekali dalam sehari (walaupun ketika hari raya), rasa macam tak sah! Mari cuba resepi nasi briyani istimewa ini.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 4 cawan beras basmati 
  • 4 cawan air
  • 2/4 tin susu cair
  • 600 gm daging
  • 1 sudu besar rempah kurma
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 2 sudu kecil serbuk kas-kas
  • 100 gm kacang gajus (kisar halus)
  • 2 sudu besar jus limau nipis + 1/4 susu cair (untuk buat tairu)
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 3 sudu besar marjerin
  • 2 helai daun pandan
  • Garam, gula (secukup rasa)

Bahan Tumis dan Kisar

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 tangkai daun kari
  • 3 cm kulit kayu manis
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 5 kuntum bunga lawang
  • 1/2 sudu kecil jintan manis
  • 3 biji buah pelaga

Cara memasak:

  1. Potong dan rebus daging. 
  2. Panaskan minyak, masukkan marjerin dan bahan tumis.
  3. Bila sudah naik bau, masukkan bahan kisar, daging, rempah kurma, serbuk jintan manis, serbuk kas-kas dan kacang gajus.
  4. Kacau dan biar pecah minyak
  5. Masukkan air, susu cair, tairu, daun pandan, garam dan gula.
  6. Biar sampai mendidih. Kemudian masukkan beras dan kacau.
  7. Kecilkan api, dan biar nasi masak.
  8. Siap! Sebelum hidang, tabur bawang goreng, daun sup dan daun bawang.

2 – Ayam Masak Kam Heong

Kredit gambar: Resepi Mudah

Hidangan sampingan yang boleh dimakan dengan nasi briyani anda.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 500 gm ayam
  • 4 tangkai cili pidi – diketuk
  • 2 tangkai cili merah – dihiris
  • 2 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 sudu makan rempah kari
  • 2 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 2 sudu makan kicap
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 5 helai daun kari
  • garam dan gula

Cara memasak:

  1. Gaulkan ayam dengan tepung jagung dan garam. Goreng ayam kemudian ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih
  3. Masukkan serbuk kari dengan sos cili, sos tomato, daun kari, kicap dan sos tiram.
  4. Kacau hingga kuah jadi pekat. Boleh tambah air.
  5. Masukkan cili merah dan cili padi. 
  6. Masukkan ayam dan kacau.
  7. Tambah gula dan garam. Siap!

3 – Telur Itik Masak Lemak Belimbing Buluh

Kredit gambar: Resepi Mudah

Teringin nak makan masak lemak belimbing buluh? Masak lah waktu hari raya nanti! Pasti terangkat hah!

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 6 biji telur itik
  • 2 kotak kecil santan pekat
  • air
  • 2 batang serai 
  • 2 helai daun kunyit 
  • 10 biji belimbing buluh
  • garam dan serbuk perasa
  • segenggam cili api (tumbuk lumat)
  • 2 inci kunyit hidup (tumbuk lumat)
  • 1/2 biji bawang besar (tumbuk)

Cara memasak:

  1. Masukkan bahan tumbuk, serai dan secawan air
  2. Kacau hingga masak
  3. Masukkan santan dan air. Kecilkan api.
  4. Bila santan sudah mendidih, masukkan belimbing buluh, daun kunyit, garam dan serbuk perasa.
  5. Perlahankan api dan pecah telur. Biar telur masak. Siap!

Dua Resipi Kuih Raya Unik!

Hidangan raya sudah siap. Apa kata anda cuba 2 resepi kuih raya unik ini pula! Lain dari yang lain sikit kuih raya anda. Baru tetamu asyik teringat! Hehe.

Resepi dari: Says

1 – Biskut Pepero

Kredit gambar: Facebook Wanita Idaman

Bahan-bahan:

  • 1 biji telur (asingkan kuning dan putih)
  • 3 1/2 oz coklat
  • 1 oz coklat putih
  • 1/4 cawan susu pekat manis
  • 2 sudu besar gila
  • 1/8 sudu kecil garam
  • 1/4 cawan mentega
  • 2 sudu air
  • 1 1/2 cawan tepung
  • 1/2 sudu kecil baking powder

Cara membuatnya:

  1. Campur susu pekat manis dengan air. Ketepikan.
  2. Campur tepung, gula, baking powder dan garam. 
  3. Masukkan mentega, kuning telur dan bancuhan susu pekat tadi.
  4. Kacau hingga adunan menjadi doh.
  5. Masukkan doh dalam peti sejuk selama 20 minit.
  6. Keluarkan doh dan buat bentuk jari. Kemudian simpan balik dalam peti sejuk selama 10 minit.
  7. Panaskan oven dengan suhu 175 °C.
  8. Sapu putih telur pada jejari dan bakar selama 20-25 minit.
  9. Celup biskut jejari dengan coklat dan coklat putih.

2 – Biskut Oreo Penakluk Cinta

Kredit gambar: Sedaptube.com

Bahan-bahan:

  • 30 keping Oreo
  • 6 sudu besar mentega
  • 2 cawan marshmallow
  • 1 sudu besar sos karamel
  • 3 sudu besar cip coklat

Cara membuatnya:

  1. Cairkan mentega. Hancurkan Oreo. Kemudian campur dan gaul sebati.
  2. Panaskan oven dengan suhu 180°C.
  3. Tuang adunan Oreo dalam acuan. Rata dan padatkan.
  4. Bakar selama 10 minit
  5. Keluarkan dari oven dan tabur marshmallow. 
  6. Picit sos karamel di atas biskut.
  7. Bakar kembali selama 8 minit.
  8. Keluarkan dari oven dan tabur cip coklat.
  9. Sejukkan dalam peti sejuk selama 6 hingga 8 jam. Siap!

Selamat mencuba!

Sumber rujukan: Says dan Resepi Mudah

Kredit gambar: Facebook Wanita Idaman

The post 5 Resepi Unik Untuk Kuih & Hidangan Raya Yang Anda Patut Cuba appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

Trending Articles


EASY COME, EASY GO


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


Maganda Quotes – tagalog Quotes – Inggit Quotes


Love with Heart Breaking Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


INUMAN QUOTES


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>