Minum Air Gula atau Ujian MGGT (Modified Glucose Tolerance Test) kini wajib untuk ibu mengandung yang berisiko kencing manis.
Ia adalah satu prosedur yang dilakukan di klinik untuk mengesan diabetes gestasi.
Apabila dapat dikesan lebih awal, pemantauan perlu dibuat untuk mengelakkan pelbagai komplikasi kepada ibu dan anak dalam kandungan.
Siapa yang wajib minum air gula?
- wanita dalam kategori obese dimana BMI mereka lebih dari 30
- wanita dengan sejarah diabetes gestasi
- wanita yang pernah hamil bayi besar
- wanita dengan keluarga yang mempunyai sejarah kencing manis
- wanita berumur 25 ke atas
- wanita yang pernah mengalami keguguran atau bayi meninggal dalam kandungan
Proses minum air gula

Sumber gambar: Eraz Fadli
Untuk menjalankan ujian ini, ibu mengandung perlu puasa malam sebelumnya dan pergi ke klinik keesokkan harinya mengikut tarikh dan masa temujanji.
Darah pertama akan diambil iaitu fasting blood sugar, kemudian ibu mengandung akan diberi minum air gula pekat (75gm glukosa dan 250ml air).
Air glukosa yang diberi oleh klink kerajaan biasanya tidak berperisa dan sedikit suam.

Sumber gambar : BabyComel
Sesetengah klinik swasta pula mungkin akan memberi air glukosa yang telah dicampur perisa oren ataupun blackcurrent.

Sumber gambar: nusaybahanuwar.com
Sambung balik puasa, dan cuma air kosong dibenarkan sehingga pengambilan darah kedua.
Ibu mengandung perlu tunggu 2 jam sebelum pengambilan darah kedua(two hours post prandial) dapat dilakukan.
Selepas pengambilan darah kedua selesai, darah itu akan dihantar ke makmal dan tamatlah sesi puasa.
Ujian MGGT selesai dan ibu mengandung boleh pergi makan. Keputusan ujian akan diberi pada temujanji seterusnya.
Peringatan penting: Tolong jangan muntah. Try your best, kalau muntah, ujian MGGT itu dikira batal, dan kena diulang semula.
Tips untuk survive ujian air gula
- Minum air gula apabila ia masih suam.
- Tarik nafas, kalau perlu, picit hidung atau tahan nafas dan minum dengan cepat. Kalau boleh, minum sekali teguk. Yang penting kena minum dengan cepat kalau tidak anda mungkin akan rasa jelak dan loya.
- Kumurkan mulut selepas minum untuk membuang rasa gula dalam mulut
- Jika anda rasa nak muntah, bawalah berehat.
- Jangan lupa top-up credit untuk handphone supaya boleh layari TheAsianParent untuk tips lain. Anda juga boleh bawa bahan bacaan lain, kalau tidak memang bosan tunggu dua jam berlalu.
Sumber: Sirap Limau, Ros Ibrahim, Dr Zubaidi
The post Minum Air Gula Ketika Mengandung – Apa Yang Anda Perlu Tahu appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.