Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4985

Cara-Cara Untuk Memberitahu Suami Yang Anda Ingin Berintiman Dengannya

$
0
0

Sesetengah wanita, walaupun mereka menikmati seks, mereka malu memberitahu suami mereka bahawa dia mahu berintiman.

Adakah anda salah seorang wanita ini? Jika ya, jangan risau.

Berikut adalah beberapa cara halus untuk memberitahu suami anda yang anda ingin berintiman dengannya.

Cuba cara-cara halus ini nanti, apabila anda ingin memberitahu pasangan anda untuk melakukan hubungan seks, tetapi terlalu malu untuk memulakannya!

1. Berdandan dan berpakaian cantik ataupun berpakaian seksi

Pengarang dan pakar perkahwinan Sheila Gregoire memberi jaminan yang ia adalah “OK untuk menjadi cantik”.

Tidak kiralah sama ada anda memakai pakaian dalam (lingerie) sahaja ataupun T-shirt lama, pastinya anda sudah tahu apa yang akan membuatkan hubby anda terangsang.

Gunakan pengetahuan itu untuk kelebihan anda!

Anda juga boleh menanggalkan pakaian di hadapannya atau memakai gown tidur lembut lagi seksi dan mengejutkannya!

2. Pakai aroma yang berbeza

Cuba tukar pilihan minyak wangi anda. Jika anda biasanya memakai aroma cologne buah, kenapa tidak bertukar kepada wangian yang lebih floral?

Sembur beberapa kali di leher anda dan minta dia untuk menghidu bau itu, dan (*ehem*) tunjukkan sedikit bahu anda.

Kemudian, anda boleh memberinya ciuman lembut dan lihat apa yang akan terjadi.

3. Puji mereka

Lelaki mahu rasa dikehendaki, tulis Sheila Gregorie dalam bukunya The Good Girl’s Guide to Great Sex.

Beri suami anda pujian secara rawak lagi romantis sambil menyentuhnya di lengan atau pinggang.

Anda boleh mula dari kepalanya, jalankan ke bawah dan lihat sama ada anda berjaya merangsangnya! Berbisik di telinganya pun boleh!

4. Menonton filem seksi

Cara yang berkesan untuk merangsangkan pasangan anda ialah memasang filem yang anda rasa ‘panas’ dan seksi.

Mulakan aksi anda ketika adegan katil di dalam filem bermula. Bunyi latar belakang boleh menambahkan suasana seksi anda!

5. Mengimbas kembali kenangan seksual

Kenangi semula “memori sentimental” yang lalu, menurut LifeHacker, boleh menjadi cara terbaik untuk memulakan hubungan seks tanpa meminta seks secara terus.

Imbas kembali kali pertama atau masa intim yang terbaik, seks ketika bercuti mungkin?

Ini dapat memberikan anda motivasi yang hebat untuk “menambah kenangan hebat”.

6. Sentuh suami dengan lembut

Apabila semuanya gagal, anda boleh mula menyentuh mereka dengan lembut (atau provokatif) tanpa mengatakan satu perkataan.

Anda boleh tunggu sehingga lampu dipadamkan dan anda berdua selesa di dalam selimut.

Apabila dia sudah berada di dalam mood, anda tidak perlu lagi berkata apa-apa.

Rencana diterjemahakan daripada The Asian Parent Philippines.

The post Cara-Cara Untuk Memberitahu Suami Yang Anda Ingin Berintiman Dengannya appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4985

Trending Articles


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


“BAHAY KUBO HUGOT”


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


“Tado” Jimenez Quotes Collections Online


Papa Jack Tagalog Love Quotes and Advice for you


Top 10 Best Tagalog Friendship Quotes and Sayings | mrbolero


“Mali man na ikaw ay ibigin ko, akoy iibig padin sayo”


RE: Mutton Pies (frankie241)


EASY COME, EASY GO


HOY PANGIT, MAGBAYAD KA!



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>