Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4985

Berurut Semasa Hamil – Selamat atau Tidak?

$
0
0

Urut terapeutik memang sudah lama digunakan meningkatkan kesihatan keseluruhan, mengurangkan tekanan, dan melegakan ketegangan otot.

Tetapi berurut semasa hamil sering mendapat sambutan bertentangan dari pakar kesihatan dari segi keselamatan.

Sakit pinggang, sakit punggung, lenguh-lenguh kaki, cramp kaki dan macam-macam lagi kesakitan pada badan adalah perkara yang biasa untuk ibu hamil. 

Saya pasti kebanyakan ibu teringin untuk pergi berurut selama sejam ataupun dua untuk meredakan rasa sengal dan kesakitan badan yang mereka alami sepanjang kehamilan.

Walaupun kajian menunjukkan bahawa berurut semasa hamil boleh memberi manfaat, ia masih perlu diberikan pertimbangan yang teliti, terutamanya pada cara, latihan dan pengalaman pengurut itu.  

Tidak semua pengurut tahu cara yang betul atau mempunyai latihan khusus untuk urutan pranatal.

Manfaat berurut semasa hamil

Ibu yang baru hamil kurang dari 12 minggu tidak digalakkan untuk pergi berurut kerana risiko keguguran.

Tetapi selain daripada itu, ibu hamil boleh memulakan terapi urut pada bila-bila masa dalam kehamilan mereka.

Kebanyakkan kedai urut dan pengurut berpengalaman, biasanya, tidak akan menawarkan perkhidmatan kepada wanita yang masih dalam trimester pertamanya.

Ini kerana peningkatan risiko keguguran yang berkaitan dengan kehamilan 12 minggu pertama.

Tambahan pula, ibu hamil hanya akan mendapat lebih banyak manfaat berurut semasa trimester dua hingga tiga, apabila bayi dalam kandungan lebih besar dan berat.

Ibu hamil selalu mengalami kelenguhan badan akibat perubahan hormon semasa hamil.

Foto kredit : Spine Universe

Manfaat ibu hamil berurut seperti berikut:

  • boleh mengurangkan kebimbangan dan stress,
  • boleh menyebabkan badan rasa tenang dan lebih bersemangat,
  • mengurangkan simptom kemurungan,
  • melegakan sakit otot dan sakit sendi,
  • mampu melancarkan peredaran darah dan cairan limfatik secara keseluruhan,
  • Mengurangkan sakit belakang,
  • Mengurangkan edema,
  • Mengurangkan ketegangan otot dan sakit kepala,
  • Pengoksidaan yang lebih baik daripada tisu lembut dan otot,
  • dapat tidur dengan lebih baik,

Bahagian-bahagian badan yang perlu dielakkan

Terdapat pelbagai teknik urutan ibu hamil tetapi secara keseluruhan urutan yang dilakukan perlulah ringan dan tidak bersifat kuat.

Apabila darah tidak bergerak dengan lancar, ini boleh menyebabkan pembentukan darah beku pada bahagian otot peha dan betis.

Darah beku ini boleh tertanggal dan masuk ke dalam saluran darah jika urutan yang terlalu kuat dilakukan pada bahagian otot peha dan betis.

Darah beku ini kemudian boleh membentuk thrombus yang boleh menyebabkan stroke.

Bahagian badan lain yang perlu dielak dari diurut adalah bahagian abdomen, pergelangan kaki dan tangan kerana ini boleh merangsangkan pengecutan rahim dan menyebabkan keguguran

Jika ibu mengalami rasa sakit pada abdomen seperti sakit bersalin semasa berurut, suruh pengurut berhenti segera dan dapatkan nasihat doktor.

foto kredit : Massage Heights

Ibu-ibu hamil yang tidak digalakkan untuk berurut adalah

  1. kehamilan berisiko tinggi
  2. kehamilan dengan hypertension atau preeclampsia
  3. pernah mengalami kelahiran pramatang
  4. pernah mengalami keguguran
  5. kehamilan kurang dari 12 minggu

Sumber: Dr. Zubaidi, American Pregnancy.org

Baca juga tentang:

Usia kehamilan yang paling ideal bagi wanita

The post Berurut Semasa Hamil – Selamat atau Tidak? appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4985

Trending Articles


Pokemon para colorear


Best Love Life Quotes Collection


Confidence Quotes – Confident Quotes


Problema Quotes – Pera Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


Ligaw Quotes – Courting Quotes – Sweet Tagalog Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Girasoles para colorear


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Tagalog Love Quotes – Nagmamahal


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Tropa Quotes


INUMAN QUOTES


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


Sapos para colorear



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>