Ya, setiap wanita ingin menampilkan wajah yang cantik, dan menggunakan produk kosmetik adalah cara yang paling cepat dan senang untuk kelihatan jelita dan cantik.
Tetapi, Dr. Raissa Pasion, Pakar dermatologi, ada berkata:
“Wanita hamil harus menjadi selektif dalam pemilihan produk makan dan topikal (sapuan) yang mereka gunakan untuk mengelakkan daripada mendedahkan bayi mereka kepada risiko yang tidak diingini.”
Kami telah berbual dengan Dr. Raissa untuk mengetahui lanjut tentang hubungan antara produk kosmetik dan risiko kepada bayi di bawah.
1. Apakah perubahan yang akan berlaku pada kulit muka kita semasa mengandung?
Kulit sering berubah semasa kehamilan.
Sesetengah wanita akan menceritakan yang kulit mereka lebih baik dan mempunyai ‘cahaya berseri’ yang lebih ketara ketika mengandung.
Ini disebabkan oleh peningkatan, pengeluaran dan peredaran darah apabila sedang hamil.
Beberapa wanita lain pula mendapati kulit mereka lebih berminyak dan lebih banyak jerawat.
Ada juga yang mengalami kekeringan kulit. Peningkatan pigmentasi kulit di kawasan seperti ketiak, pangkal paha, leher dan puting juga boleh berlaku.
2. Apakah ramuan kecantikan yang harus dielakkan oleh wanita hamil ketika membeli produk kecantikan dan mengapa?
Anda patut mengelak daripada mengambil produk yang mengandungi retinoid.
Isotretinoin, sejenis retinoid oral (diambil secara pemakanan), boleh menyebabkan kecacatan kelahiran jika diambil dalam kuantiti yang berlebihan semasa hamil.
Walaupun retinoid topikal (secara sapuan) tidak menunjukkan kesan kecacatan ketika kelahiran, adalah lebih baik untuk mengelakkannya semasa mengandung.
Retinoid juga boleh dikenali sebagai tretinoin, retinol, asid retinoik, retinaldehyde, adapalene, tazarotene dan isotretinoin.
“Ibu mengandung juga harus elakkan produk pemutihan dan produk pelunturan seperti hydroquinone.
Memakai produk kosmetik pada umumnya selamat digunakan.
Walaubagaimanapun, jika kulit anda amat sensitif, anda bolehlah cuba produk kosmetik mineral kerana produk ini berada di atas kulit dan tidak akan diserap!
Sekiranya seorang wanita mengandung mempunyai keraguan tentang produk yang di gunakan, ia adalah yang lebih baik untuk membincangkannya dengan dermatologi atau doktornya.
3. Bagaimanakah ibu hamil boleh mengubati masalah jerawat akibat ketidakseimbangan hormon?
Sesetengah wanita, walaupun mereka sebelum ini mempunyai kulit yang baik, boleh mengalami jerawat semasa hamil kerana peningkatan hormon.
Ia penting untuk berada di bawah penjagaan dan bimbingan ahli dermatologi jika kulit anda bermasalah pada masa ini.
4. Produk atau bahan manakah yang selamat untuk gunakan untuk wanita mengandung?
Produk yang mengandungi asid alpha hydroxy seperti asid glikolat atau asid laktik adalah selamat digunakan untuk wanita hamil yang mengalami masalah jerawat.
Clindamycin topikal, erythromycin topikal, dan krim asid Azelaic jatuh di bawah Pentadbiran Makanan dan Dadah Pentadbiran Amerika Syarikat kategori B.
Kategori ini bermaksud bahawa terbukti tiada risiko pada manusia dan juga boleh digunakan.
5. Selepas melahirkan dan semasa menyusu, adakah ia selamat untuk kembali ke rejimen kecantikan mereka?
Sekiranya seorang wanita menyusukan bayinya, maka ubat-ubatan preskripsi mesti dinilai berdasarkan Kategori Risiko Laktasi FDA untuk memastikan ia selamat untuk bayi.
Apabila terdapat keraguan, sebaiknya anda patut bertanya kepada pakar kulit atau pakar pediatrik bayi.
Produk kosmetik di kaunter farmasi seperti pembersih, pelembap, atau alat solek boleh dianggap selamat untuk digunakan semasa menyusu.
6. Apakah rutin kecantikan yang anda akan sarankan untuk wanita yang sedang hamil?
Gunakan pembersih lembut untuk membasuh muka anda kerana kehamilan boleh menyebabkan kulit menjadi lebih sensitif.
Gunakan pelindung matahari sepanjang hari dengan SPF sekurang-kurangnya 30 untuk melindungi kulit daripada perubahan pigmen yang boleh berlaku semasa hamil.
Gunakan pelindung matahari yang mengandungi bahan aktif seperti zink oksida atau titanium dioksida kerana ini mengurangkan kekeringan kulit.
Rawatan muka dan kulit berlian (microdermabrasion) dianggap selamat dan boleh diteruskan semasa mengandung untuk meningkatkan “cahaya berseri” ibu.
Rencana diterjemah daripada Smart Parenting.
Baca juga:
10 Langkah rutin penjagaan kulit dari Korea anda perlu lakukan setiap malam
The post Bahan Kosmetik Yang Anda Patut Elak Pakai Ketika Hamil appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.