Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4985

Seks Oral Kepada Suami Atau Isteri, Boleh atau Tidak?

$
0
0

Kalau perkataan seks, tentu saja tidak asing lagi bagi suami isteri bukan. Tapi bagaimana pula dengan seks oral?

Sesuatu yang jarang dibincangkan tapi pasti ramai yang tertanya-tanya, sebenarnya, boleh atau tidak dilakukan?

Ok, sedikit tentang seks oral. Ia adalah satu aktiviti menggunakan mulut pada kemaluan pasangan.

Ia boleh jadi isteri lakukan pada suami ataupun sebaliknya.

Di dalam terapi seks suami isteri, aktiviti yang juga dipanggil ‘foreplay’ ini disarankan bagi mendatangkan ‘mood panas’ sebelum bersama.

Ia adalah salah satu tip bagaimana mengeratkan lagi hubungan suami isteri.

Namun, pasti ramai yang tertanya-tanya tentang apakah hukum seks oral, boleh atau tidak dilakukan?

Secara amnya, memang hal ini tidak dibincangkan secara terbuka dan tidak disebut secara terang tentang hukum hakamnya.

Malah, sebenarnya tiada larangan di dalam Islam untuk suami isteri bersama kecuali seks anal.

Berikut adalah antara perkongsian yang menunjukan tiada salahnya untuk suami isteri melakukan seks oral:

  1. نِسَاؤُكُمْ حَرْثٌ لَكُمْ فَأْتُوا حَرْثَكُمْ أَنَّى شِئْتُمْ وَقَدِّمُوا لِأَنْفُسِكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ وَاعْلَمُوا أَنَّكُمْ مُلَاقُوهُ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِين

    Maksudnya, “Isteri-isterimu adalah ladangmu, maka datangilah ladangmu bila saja dengan cara yang kamu sukai. Dan utamakanlah (yang baik) untuk dirimu. Bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahwa kamu (kelak) akan menemui-Nya. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang yang beriman,” (QS. Al-Baqarah [2]: 223)

  2. إنَّ اللَّهَ لَا يَسْتَحْيِ مِنْ الْحَقِّ لَا تَأْتُوا النِّسَاءَ فِي أَدْبَارِهِنَّ رَوَاهُ الشَّافِعِيُّ

    Maksudnya, “Sungguh Allah tidak malu dalam hal kebenaran. Jangan kalian mendatangi isteri-isteri melalui dubur mereka,” (HR Imam Syafi’i).

  3. يَجُوزُ لِلزَّوْجِ كُلُّ تَمَتُّعٍ مِنْهَابِمَا سِوَىَ حَلْقَةِ دُبُرِهَا وَلَوْ بِمَصِّ بَظْرِهَا

    Maksudnya, “Diperbolehkan bagi seorang suami untuk bersenang-senang dengan isteri dengan semua model kesenangan (melakukan semua jenis aktiviti seksual) kecuali lingkaran di sekitar duburnya, walaupun dengan menghisap klitorisnya,” (Lihat Zainudin Al-Malibari, Fathul Mu’in, Jakarta-Dar al-Kutub al-Islamiyyah, cet ke-1, 1431 H/2010 M, halaman 217).

  4. وَقَدْ قَالَ أَصْبَغُ مِنْ عُلَمَائِنَا: يَجُوزُ لَهُ أَنْ يَلْحَسَهُ بِلِسَانِهِ

    Maksudnya, “Ashbagh salah satu ulama dari kalangan kami (Madzhab Maliki) telah berpendapat, boleh bagi seorang suami untuk menjilat kemaluan isteri dengan lidahnya,” (Lihat al-Qurthubi, al-Jami’ li Ahkamil Qur`an, Kairo-Darul Hadits, 1431 H/2010 M, juz XII, halaman 512).

  5. وَقَالَ ( القَاضِي ) : يَجُوزُ تَقْبِيلُ الْفَرْجِ قَبْلَ الْجِمَاعِ وَيُكْرَهُ بَعْدَهُ

    Maksudnya, “Al-Qadli Abu Ya’la al-Kabir berkata, boleh mencium vagina isteri sebelum melakukan hubungan badan dan dimakruhkan setelahnya,” (Lihat Abdurrahman bin Abdullah al-Ba’li al-Hanbali, Kasyful Mukhdirat, Bairut-Dar al-Basya`ir al-Islamiyyah, 1423 H/2002 M, juz II, halaman 623).

Jelas melalui perkongsian dari laman Nahdlatul Ulama menunjukan yang tiada salahnya seks oral dari sudut agama.

Asalkan anda dan pasangan adalah suami isteri serta tahu batas-batas. Wallahua’lam. 

Namun sedikit kelainan dalam ‘aktiviti’ bersama pasangan tentunya akan membuat anda teruja dengan pasangan anda.

Seperti yang disarankan oleh kebanyakan pakar terapi rumah tangga, kelainan seperti ini adalah sihat untuk hubungan anda dan pasangan.

Malah ia boleh menguatkan lagi kasih sayang antara anda dan pasangan!

The post Seks Oral Kepada Suami Atau Isteri, Boleh atau Tidak? appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4985

Trending Articles


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Love Quotes – Nagmamahal


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Two timer Sad tagalog Love quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Love Life Quotes Collection


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Problema Quotes – Pera Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Ligaw Quotes – Courting Quotes – Sweet Tagalog Quotes


INUMAN QUOTES


Re:Mutton Pies (lleechef)


EASY COME, EASY GO


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>