Seringkali kita dengar ejekan kawan kawan terutama terhadap suami, “Eh, ko kena queen control eh?”. Ejekan sebegini memang menaikkan ego si suami dan si suami akan marah, malah akan melepaskan geram terhadap isteri. Perkara ini seringkali menjadi kebiasaan dan punca semua pergaduhan rumah tangga.
Banyak suami yang suka melepak di mamak, main futsal, main badminton, lepak di tepi jalan, padahal, si isteri dan anak di rumah bimbang akan keselamatan si suami. Bila saja si suami pulang ke rumah, terus kene marah dengan bini.
Perbalahan antara suami isteri pula bermula bila si suami pula, kata si isteri terlalu “control”, cemburu, tak faham perasaan suami, asyik membebel dan marah. Ayat yang paling menggeramkan? “Apa kata kawan kawan saya?”
Luahan hati di laman Facebook Nurulbadiah Lai yang mempersoalkan si suami yang suka melepak minum kopi di mamak sampai awal pagi. Pernahkah anda memikirkan tentang keselamatan anak dan bini keseorangan di rumah? Anda yang sudah berjam jam di pejabat berkerja, balik rumah, lepas tu keluar melepak, bilalah ada masa untuk diluangkan dengan anak anda?
Dalam keadaan ekonomi yang sedang merosot ini, kadar jenayah yang semakin serious, rumah kena pecah masuk, kene rompak, anak dan bini dicederakan semasa ketiadaan anda, barulah anda tahu erti penyesalan. Bini bukannya membebel, tetapi sayang dan risau tentang keselamatan.
Pada isteri anda, anda meletakkan kawan anda sebagai keutamaan anda, bukan isteri atau anak, tetapi kawan anda. Adakah kawan anda akan masak untuk anda? Pernahkah kawan anda cari duit untuk menanggung keluarga anda? Siapa pula peneman tidur anda? Kawan anda? Siapakah yang akan mendidik anak anda? Fikirlah sebelum keluar melepak sampai awal pagi.
Bukannya isteri menghalang anda dari melepak dengan kawan anda, tetapi, nak melepak, biarlah berpada. Nak melepak, berkawan, bersukan, apa sajalah, asalkan berpada. Ingatlah bahawa anda digelar seorang suami dan ayah, anda bukannya bujang. Sebagai seorang suami, andalah pelindung keluarga anda, sebagai seorang ayah, andalah sumber kasih sayang dan pendidik mereka.
Bila dah berkahwin, buatlah cara berkahwin, melepak sampai awal pagi adalah perangai orang bujang, bukanlah perangai seorang suami atau ayah. Gunalah akal dan pertimbangan. Ini hanyalah sebagai nasihat, yang baik ambil, yang buruk buang.
Rujukan: Facebook Nurulbadiah Lai , OhBulan
The post Biar Isteri Digelar “Queen Control” – Ada Sebabnya Suami Tak Sepatutnya Lepak Berjam Di Luar appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.