Jenis darah anda dan anak anda adalah penting untuk anda ambil tahu.
Dengan teknologi yang moden, mengetahui kumpulan darah bukanlah sesuatu yang sukar kerana sejurus lahir, kumpulan darah anak anda akan dicatatkan.
Walaubagaimanapun, ramai ibu bapa yang tidak perasan dengan info tersebut.
Ramai yang menganggap kumpulan darah anak mestilah kombinasi kumpulan darah ibu bapa. Sebenarnya, ia tidak semestinya.
Jangan pula si bapa menganggap kumpulan darah yang tidak sama, anak itu bukan anak anda pula!
Pernah terdapat satu kejadian di mana seorang bapa meminta untuk membuat ujian ‘paternity’ hanya kerana kumpulan darahnya ialah B dan anaknya ialah A.
Kerana dia berpendapat yang ianya mustahil untuk anaknya mempunyai kumpulan darah yang berbeza dengannya.
Sebenarnya ianya mustahil dan genetik adalah jawapannya.
Bagi siapa yang lupa tentang Mendel’s law of inheritance dan aplikasinya untuk kumpulan darah, mari kita lihat penerangan ini.
Kumpulan Darah
Contoh kumpulan darah O Rh positif. Ia adalah kombinasi dua sistem kumpulan darah yang paling penting – sistem ABO dan sistem Rh.
Pada tahun 1900, seorang saintis Autria, Karl Landsteiner tertanya-tanya mengapa sesetengah pemindahan darah berjaya sementara sesetengah yang lain boleh menyebabkan kematian penerima.
Berdasarkan ujikaji yang dijalankannya, kita sekarang mempunyai sistem kumpulan darah ABO. Menurut ini, ada 4 kumpulan darah, A, B, O, dan AB.
Selepas 40 tahun, sistem Rh (rhesus) pula dikenali sebagai sistem yang penting untuk mengklasifikasikan kumpulan darah.
Salah satu sebeb mengapa ia penting ialah, terdapat beberapa kanak-kanak yang menghidap penyakit darah – penyakit haemolytic bayi yang baru lahir.
Selepas penemuan faktor Rhesus, keadaan bayi baru lahir dapat dijelaskan dan kini dapat dielakkan.
Faktor Rh dibahagikan kepada 2; negatif dan positif. Ini menjadikan terdapat 8 kumpulan darah; Rh positif dan negatif untuk setiap kumpulan darah A, B, O dan AB.
Jadi, apakah kumpulan darah anak anda?
Kumpulan darah ABO diekspreskan oleh gen yang ada di dalam kromosom nombor 9. Dan kita semua tahu kromosom kita berpasangan, satu daripada ibu dan satu daripada ayah.
Jadi, kita mempunyai dua set gen.
Gen secara amnya ialah dominan atau resesif. Gen dominan akan diekspreskan apabila ianya bersendirian, tetapi gen resesif akan diekpress hanya jika gen dominan tiada.
Gen yang diekspress sebagai A dan B adalah dominan sementara O ialah resesif.
Jadi jika seseorang mempunyai kumpulan darah A, dia mungkin mempunyai dua gen A yang dominan atau satu gen A dominan dan sati gen O resesif.
Dan apabila orang ini mempunyai anak, dia mungkin memberikan gen A dominan atau gen O resesif kepadanya.
Berikut adalah jadual ringkas kombinasi yang berkemungkinan untuk sistem ABO. Dengat hanya melihat jadual ini, anda boleh mengagak kumpulan darah anak itu.
Malah jika kumpulan darah anda A dan pasangan anda B, anak anda berkemungkinan mempunyai kumpulan darah A, B, AB atau O!
Sama seperti sistem Rhesus, terdapat tiga faktor iaitu C, D dan E. Dan D merupakan yang paling penting. Tiada gen resisif yang sama dengan D.
Mengapa pentingnya untuk mengetahu kumpulan darah?
Sebenarnya sangat penting untuk kita tahu kumpulan darah anak kita. Terutamanya jika anda merupakan bakal ibu dengan Rh negatif.
Ini kerana, jika anda alah Rh negatif dan anda bakal mempunyai anak dengan pasangan yang mempunyai Rh positif, terdapat 50 hingga 100% chance yang bayi anda adalah Rh positif.
Dan bayi anda mempunyai risiko penyakit haemolytic bayi baru lahir.
Ia merupakan keadaan di mana antibodi menentang faktor Rh dari ibu dan menyerang fetus yang sedang berkembang.
Ia boleh jadi tidak bahaya atau sangat membahayakan hingga boleh menyebabkan mau.
Oleh itu, anda harus mengambil tahu tentang kumpulan darah termasuk sebelum merancang untuk mempunyai anak.
Apa yang anda perlu buat jika mempunya Rh negatif?
Jika ada mempunyai Rh negatif dan merancang untuk mempunyai anak dengan orang yang mempunyai Rh positif, kemungkinan anak itu mempunyai Rh positif adalah tinggi.
Proses bersalin anda mungkin tidak tentu, dan semasa bersalin anda terdedah pada darah bayi anda. Ini boleh menyebabkan Anti – Rh antibodi di dalam darah anda.
Dan disebabkan antibodi ini sangat kecil, ia boleh melepasi placenta dan memasuki aliran darah fetus.
Jadi, jika bayi kedua anda juga Rh positif, antibodi ini akan menyerang fetus tersebut. Namun, ini boleh dielakan.
Jadi, jika anda hamil, doktor akan menasihatkan anda untuk mengambil RhIG prophylaxis.
Itu merupakan Rho(D) immune globulin, suntikan untuk mengurangkan pengeluaran antibodi di dalam badan ibu semasa dan selepas hamil. Langkah kecil ini dapat membantu anda semasa hamil nanti.
Bukankah kita semua mahukan bayi kita lahir sihat dan selamat. Jika anda tidak tahu tentang kumpulan darah, sila semak dahulu.
Anda mungkin juga berminat membaca:
The post Jenis Darah Anak Berbeza Dengan Jenis Darah Anda. Mengapa? appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.