Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4985

6 Posisi Seks Ketika Hamil Yang Selamat Dan Selesa

$
0
0

Menurut pakar, melakukan hubungan seks semasa kehamilan adalah baik untuk kesihatan. Malah, ia juga agak…seksi! Anda tidak percaya? Baca penjelasannya di sini: 4 Sebab Mengapa Seks Ketika Hamil Adalah Seksi.

Nah, jika anda sudah pasti yang seks ketika hamil itu bagus dan seksi, berikut adalah kedudukan seks semasa mengandung yang disyorkan:

1. Gaya ‘Missionary’ klasik

Kedudukan seks yang paling klasik ini boleh dilakukan oleh wanita hamil. Tetapi masih perlu berhati-hati supaya suami tidak terlanggar perut anda.

Dalam posisi ini, anda tidak perlu bergerak banyak, jadi anda boleh rileks. Untuk lebih selesa lagi, gunakan bantal dan letakkan di belakang anda untuk memberi lebih sokongan.

2. Gaya ‘Spooning’

Posisi spooning ini sememangnya paling mudah dilakukan untuk wanita hamil, terutamanya pada trimester ketiga.

Posisi spooning membolehkan wanita mengandung baring ke sisi dan merehatkan perut di atas tilam. Walaupun perut anda adalah besar, seks tetap selesa untuk dilakukan.

Letakkan beberapa bantal pada salah satu kaki supaya perut tidak tersepit dan penetrasi lebih mudah terjadi. Posisi ini juga membuka peluang untuk rangsangan kepada vagina.

3. Wanita di atas

Kedudukan ini mungkin kedudukan yang paling disukai ibu sebelum kehamilan. Tetapi ia kelihatan sukar untuk dilakukan apabila perut anda sudah membesar.

Tetapi itu tidak bermakna anda tidak boleh melakukannya. Jika anda terlalu letih untuk ‘memimpin’ posisi itu, minta suamimu untuk menggerakkan pinggulnya manakala anda memegang kakinya.

Jika lutut terasa sakit, anda boleh meletakkan bantal sebagai alas di bawah kedua-dua lutut. Kedudukan ini juga boleh dicuba di atas sofa!

4. Gaya ‘Doggy-style’

Posisi ini sesuai untuk wanita hamil yang pelvisnya berasa sakit. Anda boleh memegang tepi katil untuk mengelakkan kejutan hebat pada abdomen anda.

Letak beberapa bantal di bawah perut supaya anda lebih selesa.

5. Sisi pelana

Kedua-dua kaki anda berada di atas badan suami untuk melakukan kedudukan ini.

Ibu boleh mencondongkan badan ke sisi yang menghadap suami untuk memberikan keselesaan pada perut yang semakin membesar.

Posisi ini menyeronokkan kerana ia membolehkan suami menggunakan tangannya untuk menjelajah tubuh anda.

Petuanya adalah, anda mesti mencari sudut atau sisi kecondongan yang paling sesuai.

6. Modifikasi ‘missionary’

Pada dasarnya kedudukan ini hampir sama dengan missionary klasik. Perbezaannya ialah, suami anda berlutut di tepi katil.

Posisi ini lebih baik apabila perut anda sudah membesar. Kerana ia memberikan keselesaan penuh dan mengelakkan tekanan pada perut.

Agar suami juga berasa selesa, berikan bantal untuk lututnya.

Jika anda mahukan lebih penerangan tentang seks ketika hamil, anda boleh merujuk dengan pakar sakit puan anda.

Kerana badan setiap wanita hamil adalah berbeza, dan risiko kehamilan juga boleh jadi berlainan.

Walaubagaimanapun, secara amnya, kedudukan seks semasa kehamilan di atas adalah paling selamat untuk dicuba.

Rencana diterjemah daripada The Asian Parent Indonesia.

Baca juga:

50 posisi yang boleh menghangatkan lagi kemesraan antara pasangan! *NSFW

The post 6 Posisi Seks Ketika Hamil Yang Selamat Dan Selesa appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4985

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


EASY COME, EASY GO


5 Tagalog Relationship Rules


5 Uri ng Pambobola


Best Love Life Quotes Collection


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Girasoles para colorear


Gwapo Quotes : Babaero Quotes


Love Quotes Tagalog


Two timer Sad tagalog Love quotes


Inggit Quotes and Kabit Quotes – Tagalog Patama Quotes


INUMAN QUOTES


Hugot Lines 2020 Patama : ML Edition


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ligaw Quotes – Courting Quotes – Sweet Tagalog Quotes



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>