Semua pasangan suami isteri mengidamkan kehadiran anak dalam pernikahannya. Namun menjadi seorang ibu atau ayah bukanlah perkara yang mudah.
Persiapan yang dilakukan juga tidak hanya sebatas pada bayaran kelahiran atau cara merawat bayi sahaja. Persiapan mental bagi anda juga sangat penting.
Untuk itu, sebelum memutuskan melakukan program hamil, ketahuilah perubahan yang akan terjadi ketika anda menjadi ibu bapa nanti sebagai bahan persiapan mental dari sekarang.
1. Kurang waktu bermesraan
Apabila si kecil lahir di dunia, ia adalah satu-satunya perkara yang paling penting bagi anda berdua. Ni bermakna, mereka berdua akan kekurangan waktu untuk bermesraan.
Jika salah satu dari anda sedang ingin berduaan tapi pasangan anda tidak ingin bermesra, jangan tergesa-gesa berburuk sangka.
Bukan bererti pasangan tidak lagi menyayangi anda, hanya si bayi memang menjadi fokus perhatiannya untuk saat ini.
Teruslah saling menunjukkan kasih sayang dan pengertian. Jangan lupa untuk menjadualkan momen intim agar kedekatan emosional anda dan pasangan semakin kuat.
2. Letih luar biasa
Memiliki bayi bererti anda sudah harus siap untuk bangun tengah malam mengurusnya. Bagi anda yang juga bekerja di pagi hari, ini adalah sesuatu yang harus anda harapkan.
Mengurus anak sambil bekerja pasti akan membuat anda keletihan. Oleh itu, anda perlu membagikan waktu yang jelas antara anda dan pasangan anda dalam mengurus buah hati.
3. Perbezaan dalam keibubapaan
Pada mulanya anda dan pasangan anda adalah dua orang yang memang tak berkenal semasa kecil. Masing-masing dibesarkan dengan cara pendidikan dan keibubapaan yang berbeza.
Faktor perbezaan keibubapaan ini lah yang sering mencetuskan pertengkaran dalam kehidupan orangtua baru.
Sebelum anda memutuskan menjadi orangtua, bincang lah dulu dengan pasangan anda teknik keibubapaan seperti apa yang ingin diterapkan pada si kecil kelak.
The post 3 Perkara Yang Harus Diketahui Sebelum Menjadi Ibu Atau Ayah appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.