Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

7 Tahun Sudah Merogol, Kanak-Kanak Perempuan 6 Tahun Menjadi Mangsa

$
0
0

Ya, anda tidak salah baca. Kejadian yang berlaku di Bukit Beruang, Melaka ini betul-betul membingungkan pihak berkuasa.  

Namun, ibu tunggal ini telah membuat laporan polis mendakwa anak perempuannya yang berusia enam tahun telah dirogol oleh seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun.

Ibu tunggal yang berusia 30 tahun itu telah membuat laporan pada 20 Julai yang lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asiten Komisioner Kamaluddin Kassim menyatakan yang pihaknya sedang menyiasat dengan teliti kes ini. Dan tambahnya, siasatan kes ini hampir selesai.

Anak kecilnya mengadu sakit di kemaluan

Wanita tersebut melaporkan pada malam 19 Julai 2017, anak perempuannya itu mengadu mengalami kesakitan pada alat sulitnya selepas pulang dari rumah pengasuh.

Wanita itu segera memeriksa anaknya dan mendapati kesan merah pada kemaluan anaknya.

Dijelaskan yang anak perempuannya akan tinggal di rumah pengasuh berdekatkan tadikanya sementara menunggu ibunya habis kerja.

Menurut laporan lagi, kanak-kanak perempuan itu telah memberitahu ibunya yang ‘pipit’ ‘abang’, iaitu anak lelaki pengasuhnya telah membuatkan kemaluannya sakit.
 
Tambahnya lagi, anak pengasuh tersebut turut memasukkan beberapa jari ke dalam kemaluannya apabila tidak diperhatikan oleh dewasa semasa di rumah pengasuh itu.
Foto ehsan the reporter

 Laporan perubatan dari Hospital Melaka mendapati yang terdapat kesan koyakan pada selaput dara kanak-kanak perempuan tersebut.

Untuk pemeriksaan, pihak polis memanggil kedua ibu bapa kedua kanak-kanak untuk disoal siasat.

Kes ini disiasat di bawah Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak Bil. 2017.

Foto ehsan google

 Berita yang amat sukar dihadam

Di usia yang begitu muda, sepatutnya mereka hanya fikir tentang bermain. Bagaimana seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun boleh terfikir untuk berbuat demikian? 

Kanak-kanak umpama kain putih. Sangat mudah ‘diwarnakan’ dengan corak yang kita reka. Begitu juga sangat mudah ‘dicemari’ dengan ‘kotoran’.

Antara pengaruh luar yang boleh menjadi punca mencemari kanak-kanak yang tidak bersalah ialah:

  1. Internet tanpa sempadan

    Jika bercakap tentang internet, satu hari, satu malam belum tentu habisnya. Memang tidak dapat disangkal, penggunaan internet tanpa kawalan mendatangkan banyak keburukan. Lihat sahaja aplikasi yang pelbagai di dalam telefon pintar, sungguh menakutkan.

    Perbualan lucah di aplikasi seperti wechat, facebook bee talk langsung tidak terkawal. Bukan sekadar kata-kata, malah gambar porno juga digunakan sebagai bahan perbualan. Belum masuk lagi aplikasi berkongsi video masing-masing.

    Tidakkah ini menakutkan? Apa yang kita boleh lakukan sebagai orang dewasa? Sempadan. Ya, dengan membuat sempadan untuk mereka.

    Sekat semua laman sesawang yang mencurigakan dari akses internet anda. Selalu semak telefon pintar dan gajet anak-anak anda. Serta tetapan kadar masa penggunaan mereka.

  2. Contoh dan batas

    Memang bagus menunjukan kemesraan di antara kita dengan pasangan di hadapan anak-anak. Ia menunjukan kepada mereka yang kita hargai dan sayang pasangan kita. Namun, semuanya mestilah berbatas. 

    Kadang-kala kemesraan yang melebih-lebih boleh membuatkan mereka ingin mencuba apa yang anda tunjukan. Anda boleh juga mengingatkan mereka untuk tidak terlalu rapat dengan kawan yang berlainan jantina. Biar mereka tahu batas-batas mereka. 

    Praktikan semasa mereka bergaul sesama sepupu. Ini kerana walaupun mereka belum baligh, tetapi mereka bukanlah muhrim. Jadi, batas pergaulan sama seperti dengan orang luar.

  3. Ajaran seks

    Ya ini sungguh sensitif. Tetapi bukankah mereka mendapat pendedahan awal tentang seks dari anda berbanding orang luar? Lebih-lebih lagi dari rakan sebaya.

    Lebih info tentang mengajar anak tentang seks boleh di baca di sini : Mengajar Kanak-Kanak Tentang Seks 

Sumber: the malay mail

The post 7 Tahun Sudah Merogol, Kanak-Kanak Perempuan 6 Tahun Menjadi Mangsa appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


EASY COME, EASY GO


Love with Heart Breaking Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Letting Go Quotes


Love Song lyrics that marks your Heart


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>