Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

Berenang Adalah Senaman Yang Paling Baik Semasa Mengandung

$
0
0

Senaman Ketika Hamil

Tahukah anda senaman yang kerap semasa mengandung sebenarnya boleh menyebabkan anda lebih bertenaga? 

Ia juga boleh membantu melegakan banyak masalah kehamilan seperti sembelit, buasir, masalah urat varikos, kekejangan kaki, dan bengkak pergelangan kaki.

Di samping meningkatkan peredaran darah, senaman juga boleh menguatkan otot yang menyokong bahagian belakang.

Namun, kehamilan boleh menyebabkan pelbagai halangan fizikal untuk wanita. Sebab itu doktor mengesyorkan sukan berenang kerana ia adalah satu-satunya senaman yang tidak akan memberi terlalu banyak tekanan kepada badan. 

Air dalam kolam renang mewujudkan rasa keapungan. Sumber: SMEXE

Bila Ibu Hamil Boleh Mula Berenang?

Anda boleh mula berenang dari permulaan kehamilan anda! Tetapi sebelum anda memulakan apa-apa aktiviti fizikal semasa hamil, adalah lebih baik untuk mendapatkan kelulusan dari doktor anda dulu. 

Kebanyakan ibu hamil akan mengelak dari melakukan apa-apa senaman apabila mereka baru mengandung kerana berasa terlalu letih atau takut ia akan menyebabkan keguguran.

Sebenarnya ibu hamil digalakkan untuk mula berenang dari trimester pertama, kerana berenang dapat membantu meningkatkan tahap tenaga anda. 

Baca juga:

Keguguran di awal kehamilan: Penyebab dan tanda-tanda yang anda patut tahu

Saya sendiri hanya mula berenang apabila masuk trimester kedua kerana selalu rasa nak tidur dan muntah je! Saya mula dengan menggunakan kickboard dulu, dan dengan perlahan-lahan. 

Lama-kelamaan apabila stamina saya semakin baik, saya mula berenang ikut pusingan. Masa itu perut saya belum berapa besar dan saya dapat berenang dengan senang. 

Dengan sokongan rakan, saya berjaya berenang 2 kali seminggu sehingga minggu ke-36

Apabila masuk trimester ketiga, dan perut semakin besar, anda mungkin akan mengalami masalah untuk tidur. Sesetengah orang mengalami kaki bengkak, sakit belakang, dan banyak lagi pada tahap ini.

Hanya sekali-sekala saya akan sakit belakang, selain itu, saya dapat tidur dengan senang kerana saya masih berenang sehingga minggu ke-36 kehamilan saya. 

Setiap kali saya masuk ke dalam kolam renang, rasanya seperti hidroterapi. Saya boleh merasakan kelegaan pada otot-otot yang sakit dan ketat. Saya akan berasa sangat santai dan tenang. 

Apa Yang Harus Anda Prihatin Apabila Berenang Semasa Mengandung?

Sumber gambar : What to Expect

  • Berapa banyak anda berenang bergantung kepada tahap aktiviti fizikal anda sebelum anda hamil. Berenang selama 20 – 30 minit sehari dianggap selamat jika anda seorang yang aktif sebelum ini
  • Jangan lupa untuk menggunakan pelindung matahari kerana sesetengah wanita hamil mungkin mempunyai kulit yang sensitif 
  • Kalau hari panas terik, jangan lupa minum air dengan banyak dan elak dari dehidrasi
  • Berhati-hati ketika masuk dan keluar dari kolam kerana permukaan dekat kolam renang mungkin tidak sekata ataupun licin
  • Jangan terjun menjunam, melompat, atau meluncur masuk ke kolam semasa hamil. Ini boleh memudaratkan diri anda dan bayi

Berenang menawarkan ibu-ibu hamil cara yang selamat untuk bersenam kerana air dapat menyokong sebahagian dari berat badan kita, dan mengurangkan beban pada tulang belakang serta anggota badan. 

Apabila ditanya mengenai aktiviti berenang semasa mengandung, Dr. Steve Lebder dari Pusat Ginekologi dan Obstetrik Premier di Louisville, Kentucky berkata,

“Ia memang baik! Pokoknya ibu hamil perlu melakukan senaman ringan. Senaman adalah baik untuk kehamilan. “

Sumber: American Pregnancy, Baby Prepping, Breaking Muscle

Baca juga:

Bila Dan Bolehkah Ibu Bersenam Selepas Bersalin?

 

The post Berenang Adalah Senaman Yang Paling Baik Semasa Mengandung appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

Trending Articles


EASY COME, EASY GO


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


Maganda Quotes – tagalog Quotes – Inggit Quotes


Love with Heart Breaking Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


INUMAN QUOTES


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>