Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

Bayaran “Interest” Kepada Pemaju

$
0
0

Pembeli-pembeli rumah yang tidak celik dalam bidang undang-undang haruslah baca dan faham peruntukan undang undang sebelum sain kontrak SNP (Sales & Purchase Agreement) untuk membeli rumah.

Ramai pembeli rumah baru yang tidak faham tentang undang-undang perumahan tidak puas hati bila menerima notis daripada pemaju untuk membayar interest (faedah lewat bayar)

Pembeli tidak faham kenapa mereka terpaksa membayar interest sedangkan kelewatan tersebut bukannya salah si pembeli. Kenapa pula, mereka terpaksa membayar untuk kesilapan orang lain?

Disebabkan salah faham tersebut, pemaju enggan menyerahkan kunci kepada pembeli dan pembeli juga redha dan bayar cas bayaran lewat hanya untuk mendapat kunci rumah walaupun tidak puas hati.

shutterstock_270819386-1

Ini adalah nasihat dari peguam Salkukhairi Abd Sukor, yang mengatakan hal kelewatan bukan hanya dari pembeli, ia boleh terjadi dari pihak peguam atau pihak pembiaya (bank/ LPPSA). Walaupun it kelihatan seperti tidak adil yang pembeli terpaksa menanggung kesilapan peguam atau pihak pembiaya, ia adalah dibawah peruntukan undang undang Malaysia.

1) Jadual G atau Jadual H Akta Pemajuan dan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) dengan jelas menyatakan bahawa Pemaju berhak kenakan interest kepada Pembeli walaupun pihak pembiaya lewat menjelaskan bayaran progres.

2) Akta ini tertera di dalam semua Perjanjian Jual Beli (SNP) yang seragam dan digubal oleh kerajaan Malaysia dan perjanjian tersebut hendaklah digunakan untuk semua urusan jual beli di Malaysia.

3) Walaubagaimanapun, sekiranya kelewatan tersebut disebabkan oleh dokumentasi yang tidak lengkap di pihak Pemaju, yang menyebabkan pihak Pembiaya tidak melepaskan bayaran, maka Pemaju tidak boleh mengenakan interest terhadap Pembeli.

4) Jika kelewatan berlaku dari pihak Pemaju kerana dokumentasi tidak lengkap, anda perlu mendapatkan pengesahan bertulis dari pihak pembiaya.

5) Dengan pengesahan bertulis dari pihak pembiaya, anda harus tulis surat kepada Pemaju untuk memaklumkan bahawa anda tidak bertanggungjawab atas kelewatan tersebut tetapi pihak Pemaju sendiri.

6) Lampirkan surat “kronological event” dan surat pengesahan dari pihak Pembiaya sebagai bukti.

7) Sekiranya pula, kelewatan tersebut dari pihak penguam atau pembiaya, anda berhak untuk meminta mereka untuk bertanggungjawab untuk bayaran interest tersebut.

8) Jika Pemaju masih enggan serahkan kunci kepada anda sedangkan kelewatan terbukti adalah kesilapan si Pemaju, tunggulah selama 14 hari selepas mendapat surat serahan dari Pemaju kerana ia adalah proses otomatik daripada tarikh surat tersebut.

Sebagai pembeli yang bijak, anda haruslah meneliti, baca dan fahami terma- terma Perjanjian (SNP) sebelum sain dan anda dapat mempertahankan hak anda.

Artikel dipetik dari Facebook Salkukhairi Abd Sukor dan OhBulan

The post Bayaran “Interest” Kepada Pemaju appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


EASY COME, EASY GO


Love with Heart Breaking Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Letting Go Quotes


Love Song lyrics that marks your Heart


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>