Ieza Bentong, meluahkan perasaan kecewanya di laman Facebook setelah Guru Sekolah Khas anaknya menyindir anaknya begini, “Dah lama tak datang sekolah, ingatkan dah arwah” . Hati ibu mana tidak terguris bila mendengar sindiran ini daripada seseorang yang digelar pendidik.
Sebagai ibu, mereka tidak sanggup menghadapi kesusahan anaknya yang setiap hari sepanjang 7 tahun menghadapi rawatan. Ditambah lagi dengan sindiran seorang guru terhadap anaknya.
Anaknya tidak minta dilahirkan begitu. Jika diminta, anaknya mahu menjadi normal seperti orang lain.
Yang paling menyedihkan sekali, guru tersebut adalah orang ketiga yang telah melukakan hati anak beliau, selepas, dari kawan budak sekolah rendah yang menyindir, “hhh emak aku cakap orang sakit macam ko nanti mati. Tak boleh hidup lama” anaknya sedih dengan hati terluka sampai 2 bulan beliau tidak hadir ke sekolah sebab takut perkataan mati.
Situasi yang kedua pula sindiran dari jiran beliau, “Sapa nak kawan dengan kau dah lah o.k.u cacat”. Dan situasi ketiga, pula, dari gurunya. Perkataan- perkataan kasar sebegini tidaklah patut dikatakan kepada seorang kanak kanak yang, walaupun adalah orang kurang upaya.
Gambar dari Facebook Ieza Bentong
“Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.” Kita sebagai orang luar, tidak tahu apa yang dihadapi oleh orang lain, orang lain tidak tahu bahawa, beliau terpaksa memasukkan darah ke badan anaknya setiap 3 minggu, anaknya terpaksa makan berjenis jenis ubat setiap hari, pakai pam dan cucuk jarum ke dalam perut dia, dan memakai pam selama 10 jam sehari.
Pada umur 5 tahun, beliau terpaksa menjalani “operation” untuk membuang limpa sebab perut semakin membesar, dan sebagai seorang guru, sampai hati pula menyindir anak beliau sebagai “arwah”
Guru itu tidak wajar membebankan ibu dan anak OKU ini dengan kata-kata sindirannya. Sebagai guru dia harus cuba meringankan beban yang dialami pelajar tersebut. Jika tidak mampu meringankan beban, berikan kata-kata semangat kepadanya.
Cara menghadapi sindiran daripada orang lain:
Biarkan diri anda bersedih untuk seketika.
Luahkan kesedihan anda dengan menangis. Sememangnya anda layak untuk berasa marah dan sakit hati. Tetapi berikan ruang untuk hati anda seketika sahaja. Dan biarkan ia berlalu pergi.
Dapatkan sokongan keluarga dan sahabat handai.
Anda sedang susah. Anda dihina. Luahkan perasaan anda dengan orang yang paling anda percaya. Luahkan semahunya. Menangislah terhadap rakan dan keluarga anda.
Kerana anda layak untuk berasa seperti itu. Dengan cara ini, anda akan lega dan lebih tenang untuk menghadapi hari esok.
Sikap positif dalam meghadapi dugaan.
Tanamkan azam dan tekad bahawa kehiduan di dunia hanya sementara. Jadi di dunia adalah ujian bagi orang yang beriman. Mungkin kita berada di situasi bahawa kita tidak mempunyai pilihan, tetapi kita selalu mempunyai pilihan, bahawa sikap. Cuba berlapang dada dalam menghadapi sindiran walaupun ia pedih. Dan kuatkan azam untuk membantu si kecil. Hidup perlu diteruskan.
Yakinlah dengan janji Tuhan.
Tuhan telah bejanji setiap kesusahan pasti ada kesenangan. Jadi bersabar. Tuhan memilih kita untuk menghadapi ujian ini kerana tuhan tahu bahawa kita mampu untuk menghadapi nya. Yakinlah bahawa anda cukup kuat untuk menghadapinya. Jangan mengeluh dan cuba perbaiki diri.
Mungkin selepas sindiran itu, anda menjadi tidak mudah terasa dengan sindiran yang lain kerana hati anda menjadi cukup kuat.
Bersangka baiklah terhadap semua perkara.
Tuhan telah memberikan yang terbaik dalam hidup kita. Mungkin perkara yang kita sukai boleh jadi yang terburuk untuk kita dan perkara perkara yang terburuk boleh jadi sesuatu yang baik untuk diri kita.
Fikirlah bahawa ada manusia yang hidup jauh lebih susah daripada kita.
Kesimpulannya, walaupun ujian yang dihadapi oleh Ieza Bentong dan anaknya amat berat, namun dia harus tabah dalam menghadapi ujiannya. Walaupun orang lain mengeji, masih ramai yang bersimpati dengan nasibnya, Seluruh masyarakat bersamanya.
Akhirnya pula, kes ini sudah selesai dengan pihak yang bertanggungjawab telah meminta maaf. Kita haruslah menjaga perkataan kita dan gunalah pertuturan kita untuk berbuat baik.
Gambar dan cerita dari Facebook Ieza Bentong
The post Guru Menyindir “Ingatkan Dah Arwah” Kepada Murid OKU appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.