Hospital untuk bersalin
Mana-mana ibu mahukan yang terbaik buat si kecil mereka. Banyak dilema yang dilalui ibu hamil lebih-lebih lagi dalam memilih tempat untuk bersalin.
Lebih-lebih lagi jika yang ingin memilih hospital swasta islamik kerana terlalu banyak sangat pilihan.
Namun, apakah kriteria yang anda utamakan untuk mencari sesebuah hospital untuk bersalin? Adakah lokasi? Atau pakej yang disediakan? Kemudahan hospital? Atau kadar bayaran yang mereka kenakan?
Kami mungkin boleh membantu anda membuat pilihan dengan menyenaraikan hospital-hospital islamik di sekitar Lembah Kelang ini.
Kami sertakan juga sedikit informasi tentang pakej, kos dan lokasi setiap hospital. Berdasarkan carian popular di Google, berikut adalah hospital islamik swasta yang kerap dicari tidak mengikut turutan:
4 Hospital islamik swasta yang boleh dipertimbang ibu hamil
1.Hospital Islam Az-Zahrah (HIAZ)
Hospital yang terletak di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi ini memang sangat popular di kalangan penduduk sekitar. HIAZ ada menyediakan pakej bersalin yang dikenali sebagai pakej Aliya. Berikut adalah perincian pakej ini:
- Dipantau oleh doktor pakar gynekologi dan obstetriks wanita.
- Kemudahan dua hari dan satu malam termasuk makanan
- Pemeriksaan kesihatan bayi oleh pakar kanak-kanak
- Kemudahan nurseri, pemeriksaan kumpulan darah, pemeriksaan G6PD, pemeriksaan Thyroid Stimulating Hormone (TSH), suntikan wajib
- Kos pakej : RM1990
2. Hospital Pusrawi

Foto ehsan Hospital Pusrawi
Bagi mereka yang lebih selesa dengan lokasi hospital di tengah bandar raya Kuala Lumpur, Hospital Pusrawi mungkin menjadi pilihan anda.
Mereka menyediakan pakej untuk tiga jenis bilik, bilik perseorangan, bilik dua katil dan bilik empat katil. Ketiga-tiga pakej ini termasuklah:
- Dipantau oleh doktor pakar gynekologi dan obstetriks wanita.
- Kemudahan dua hari dan satu malam termasuk makanan
- Pemeriksaan kesihatan bayi oleh pakar kanak-kanak
- Pemeriksaan kumpulan darah, pemeriksaan G6PD, pemeriksaan Thyroid Stimulating Hormone (TSH), suntikan wajib
- Kos pakej (Bilik seorang) : RM2557
- Kos pakej (Bilik dua katil) : RM2357
- Kos pakej (Bilik empat katil) : RM2207
3. Hospital Pakar Al-Islam

Foto ehsan Hospital Al Islam
Berkonsepkan hospital mesra ibadah, Hospital Pakar Al-Islam yang terletak di Jalan Raja Abdullah ini menekankan untuk membantu dan membimbing pesakit di hospital mereka untuk kekal beribadah walaupun di dalam keadaan uzur.
Selain itu, mereka juga menyediakan kemudahan ibadah yang sesuai untuk pesakit. Contohnya sejadah, bedak tayammum, penyembur air untuk memudahkan pesakit mengambil wuduk.
Bagi ibu hamil, pakej bersalin yang disediakan oleh mereka ialah:
- Proses bersalin oleh doktor pakar gynekologi dan obstetriks wanita.
- Rawatan panas (heat treatment) untuk luka episiotomi.
- Kemudahan dua hari dan satu malam termasuk makan tiga kali sehari
- Pemeriksaan kesihatan bayi oleh pakar kanak-kanak
- Nurseri untuk bayi
- Pemeriksaan kumpulan darah, pemeriksaan G6PD, pemeriksaan Thyroid Stimulating Hormone (TSH), suntikan wajib
- Kos pakej (Bilik seorang) : RM2500
- Kos pakej (Bilik dua katil) : RM2200
- Kos pakej (Bilik empat katil) : RM2000
4. Hospital Pakar An Nur
Juga terletak di Seksyen 9 Bandar Baru Bangi, Hospital Pakar An Nur yang menggunakan konsep perubatan yang kos efektif.
Pakej yang disediakan oleh hospital ini terdiri dari bilik empat bilik hingga bilik perseorangan. Butiran pakej adalah seperti berikut:
- Dipantau oleh doktor pakar gynekologi dan obstetriks wanita.
- Kemudahan dua hari dan satu malam termasuk makanan (4 kali sehari)
- Pemeriksaan kesihatan bayi oleh pakar kanak-kanak
- Pemeriksaan kumpulan darah, pemeriksaan G6PD, pemeriksaan Thyroid Stimulating Hormone (TSH), suntikan wajib
- Kos pakej bermula dari RM2500 (bilik empat katil) hingga RM2700 (bilik perseorangan).
Diharap agar perkongsian butiran hospital islamik swasta ini dapat membantu anda membuat pilihan yang menepati dengan keperluan anda.
Walaubagaimanapun, ada beberapa perkara yang anda perlu periksa dengan pihak hospital yang anda ingin pilih. Harga pakej mungkin bertambah sekiranya:
- Tinggal di wad melebihi dua hari satu malam
- caj ‘on call’ akan dikenakan sekiranya di luar waktu kerja dan di cuti awam
- penggunaan alatan tambahan (vakum, forsep dan sebagainya).
Malah bagi sesetengah hospital, pakej boleh terbatal sekiranya:
- ibu hamil kembar
- pesakit mempunyai penyakit seperti HIV, Hepatitis, Kencing Manis, darah tinggi dan sebagainya
- bersalin secara pembedahan kecemasan
Bagaimana dengan pengalaman anda? Mungkin anda mempunyai cadangan hospital lain yang boleh dikongsikan bersama kami?
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga 6 Hospital Kerajaan Terbaik untuk Ibu Hamil
The post Hospital Islamik Swasta Yang Boleh Dipertimbang Oleh Ibu Hamil appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.