Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977

Kajian: Suami Kacak Punca Wanita Makan Secara Tak Sihat Untuk Kurus

$
0
0

Masalah bila ada suami handsome

Kalau cakap pasal masalah bila ada suami handsome sikit pada orang lain ini… ehem, tak lain tak bukan mestilah taknak mereka pergi karoake dengan perempuan lainlah kan! 

Haha maksudnya taknak mereka curang! Bila taknak mereka curang, mulalah kita si isteri ni rasa insecure sana sini. 

Cukup lawa tak? Cukup puas tak? Haish… macam-macam fikir ni ha!

Kaitan:

Selain Seks, Ada 3 Jenis Kecurangan Lain Yang Selalu Dibuat Pasangan

Tapi, sebenarnya – ada masalah lain juga bila ada suami handsome.

Menurut kajian Florida State University, memiliki pasangan yang menarik mengakibatkan masalah pemakanan secara tak sihat dan mengganggu kesihatan mental wanita!

Ini semua sebab wanita terbabit akan “menganggap” dirinya kurang menarik berbanding suami. 

Apa itu masalah pemakanan tak sihat?

Menurut EatingDisorders.org, masalah pemakanan tak sihat ini tak sama dengan gangguan pemakanan tak normal lain.

Masalah pemakanan tak sihat melibatkan makan secara berlebihan (seperti asyik nak menguyah), terlampau taksub untuk mengira kalori (nak kurus cepat), salah guna ubat diet dan paksa muntah.

Macam mana masalah pemakanan tak sihat boleh terjadi pula? 

Anda pasti tertanya-tanya, macam mana wanita ini boleh menghadapi masalah pemakanan pula?

Ha… begini. Mula-mula mereka akan lebih peka tentang berat badan. Kemudian mereka akan tertekan untuk turunkan kalori, terlebih makan dan sebagainya hingga paksa-paksa muntah.

Masalah ini serius sampai doktor kajian Tania Reynold mengeluarkan kenyataan pada Medical Daily untuk lebih memahami kesan hubungan ke atas wanita.

Kajian ini mengumpul data dari lebih 113 pasangan baru berkahwin. 

Apa nak buat jika anda syak diri anda, atau isteri dan rakan baik anda mengalami masalah pemakanan tak sihat?

Jika anda syak isteri atau kawan baik anda mengalami masalah pemakanan tak sihat ini – perkara penting anda kena tahu: ia boleh menjejaskan fizikal dan mental mangsa.

Jadi, tangani masalah ini dengan bijak. 

Tegaskan apa erti kecantikan dan kepentingan dirinya pada mata anda. Biar mereka rasa dihargai.

Lagipun, kecantikan bukan datang dari luaran saja!

Jadi seorang suami yang penyayang, mengambil berat dan tak pernah penat untuk memuji isteri. 

Nescaya masalah ini boleh diatasi. Hehe.

Anda si isteri pula, kalau anda menghadapi masalah ini – cepat-cepat tag suami untuk beritahu mereka yang kalian perlu sama-sama mengatasi masalah ini.

Barulah sweet couple gituwww!

Okay ibu bapa semua. Jaga diri, ya!

Sumber rujukan:  Medical DailyPsychology TodayEatingDisorders.org

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

8 Perkara Tentang Lelaki Yang Perlu Anda Tahu Untuk Perkahwinan Bahagia

The post Kajian: Suami Kacak Punca Wanita Makan Secara Tak Sihat Untuk Kurus appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>