Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4985

10 Benda Wajib Ada Dalam Beg Lampin Sebelum Ibu Keluar Rumah

$
0
0

Beg lampin jangan lupa bawa!

Beg lampin adalah satu beg yang paling penting anda kena bawa setiap kali keluar rumah dengan si manja. Wajib bawa, ya! Ini kalau tak bawa haish habislah…

Tapi apa benda yang wajib ada dalam satu beg lampin ni?

Ha… taraaa! Kami di theAsianparent dah tolong anda listkan semua 10 benda wajib ada dalam beg lampin anda.

Lepas ini tak ada lagi alasan anda tak bersedia untuk kejadian kecemasan, sebab semua benda dah ada dalam beg lampin ini! Hehe

Jom tengok apa 10 benda yang wajib ada dalam beg lampin?

1. Lampin

Dah nama pun beg lampin, kan? Takkan tak bawa lampin! Hihi. Tapi berapa banyak lampin yang cukup?

Okay, anda boleh bawa 3 atau 4 helai lampin dalam beg. Tapi, sentiasa bawa extra satu juga tau! Ini untuk kes kecemasan.

Kaitan:

Kenapa Lampin Bayi Sering Bocor? Ini Dia Penyebabnya!

2. Tisu/tuala basah

Ada dua jenis tisu/tuala basah yang anda kena bawa setiap masa. Satu, tisu basah untuk lap punggung kalau baby poopoo. Satu lagi tisu antibakteria untuk lap semua benda selepas salin lampin.

3. Baju lebih

Penting tau bawa baju lebih dalam beg lampin! Bukan apa… kita tak tahu bila anak-anak akan bagi puppp kecemasan tiba-tiba waktu dekat luar.

Kalau bawa baju lebih, jika si manja muntah ke tak apa lah. Kalau anda nak keluar satu hari suntuk, lagi bagus bawa baju lebih!

4. Pelapik

Pelapik selalunya diberi dalam beg lampin. Tapi kalau anda tak ada, bolehlah beli pelapik lembut yang senang nak lipat dan tak terlalu tebal.

Senang nak simpan dalam beg. Pelapik boleh digunakan waktu nak tukar lampin.

5. Kain untuk anak sendawa

Anda kena bawa satu kain bersih yang berfungsi dalam multipurpose.

Satu, kain itu boleh lap anak sendawa. Dua, ia boleh jadi cover untuk ibu yang bagi susu badan. Tiga, ia boleh jadi selimut untuk anak-anak.

Kaitan:

Senarai Semak: 8 Barang Wajib Ada Untuk Bayi Baru Lahir

6. Minyak angin

Tak kiralah anda pakai minyak angin apa untuk mengurangkan kembung perut bayi atau sebagainya, jangan lupa bawa dalam beg lampin ya!

7. Hand sanitizer

Ini penting untuk memastikan bakteria dan kuman tak merebak pada anda dan si manja. Kena jaga kebersihan waktu tukar lampin atau ketika anda nak beri si manja makan.

Simpan siap-siap hand sanitizer atau tisu aktibakteria dalam beg, okay!

8. Makanan & minuman

Jangan lupa bawa botol susu, termos dan makanan untuk si manja pula! Nanti merengek-rengek dia kelaparan baru anda kelam-kabut. Haha

9. Barang permainan

Anda wajib simpan satu barang permainan kegemaran anak-anak dalam beg lampin. Nanti, tak adalah anda kelam-kabut waktu dia buat perangai. 

Kalau anda merancang nak naik kemudahan awam atau nak berjalan jauh, janganlah lupa barang permainan anak-anak, okay!

10. Beg plastik

Ini penting untuk simpan lampin pakai buang. Takkan anda nak jadi ibu bapa yang buang lampin pakai buang di merata-rata tempat, kan?

Sediakan beg plastik supaya senang anda boleh buang lampin itu di tong sampah berdekatan. Jangan lupa ikat!

Kaitan:

Cara Bijak Menguruskan Napkin – Inspirasi Dari Kisah Dosa Pampers Anak

Macam mana? Ada barang-barang lain yang anda rasa penting ada dalam beg lampin? Cuba kongsikan dengan kami!

Artikel diterjemah daripada theAsianparent Singapore

Kredit gambar: Megan Flatt

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

13 Benda Wajib Ada Dalam Beg Sebelum Anda Ke Hospital Bersalin

The post 10 Benda Wajib Ada Dalam Beg Lampin Sebelum Ibu Keluar Rumah appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4985

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Maganda Quotes – tagalog Quotes – Inggit Quotes


“Tado” Jimenez Quotes Collections Online


Mga Patama sa mga Nagmamahal the Best Tagalog love quotes for you


Top 10 Best Tagalog Friendship Quotes and Sayings | mrbolero


“BAHAY KUBO HUGOT”


RE: Mutton Pies (frankie241)


Patama tagalog quotes – Move On Quotes


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Girasoles para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


EASY COME, EASY GO


5 Tagalog Relationship Rules


Hugot Lines 2020 Patama : ML Edition


Re:Mutton Pies (lleechef)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


HOY PANGIT, MAGBAYAD KA!