Penyusuan susu badan ibu – bagaimana ingin tambah dan lancarkan pengeluaran susu?
Semua ibu tahu yang perjuangan penyusuan ibu bukanlah semudah ABC.
Pelbagai jenis ‘cabaran‘ yang terpaksa dilalui si ibu semasa ingin menjayakan proses ini, antaranya: puting terluka, susu yang tak mencukupi dan bengkak akibat susu.
Tapi, sebenarnya ada beberapa teknik urutan yang terbukti boleh menambah dan melancarkan pengeluaran susu ibu.
Teknik urutan Oketani
Satu kajian telah dijalankan untuk menguji kesan urutan Oketani yang popular di Jepun terhadap ibu menyusu, dan hasilnya sungguh memberansangkan!
Kesakitan payudara disebabkan oleh penyusuan ibu mungkin terjadi akibat pengurusan penyusuan yang tidak menentu oleh si ibu.
Kekecewaan akibat kesakitan ini merupakan salah satu punca mengapa kadar penyusuan ibu semakin merosot.
Pelbagai usaha dan cara yang dipraktikan bagi menangani masalah-masalah penyusuan ibu dan salah satunya ialah teknik urutan Oketani yang telah diasaskan oleh seorang bidan Jepun, Oketani.
Urutan Oketani dikenali sebagai satu teknik yang langsung tidak menyakitkan buat si ibu.
Oketani dikatakan membantu melancarkan susu, membantu masalah puting tenggelam, dan meredakan masalah saluran tersumbat pada payudara.
Jadi, satu kajian dijalankan untuk melihat keberkesanan urutan payudara Oketani terhadap kesakitan payudara, pH susu ibu dan kadar kelajuan menghisap susu pada si kecil.
Urutan Oketani bagus untuk ibu menyusu
Urutan ini terbukti boleh meningkatkan pH susu ibu kerana ia dapat mengurangkan gangguan perjalanan darah dan limfatik yang boleh menjejaskan pH susu.
Nilai pH yang meningkat menyebabkan susu ibu menjadi lebih sedap dan manis.
Ini akan membuatkan bayi menghisap susu dengan lebih baik, dan secara langsung membantu pertumbuhan dan tumbesaran bayi.
Bagaimana teknik urutan Oketani ini?
Teknik Oketani telah direka oleh bidan Jepun terkenal, Sotomi Oketani.
Beliau menteorikan teknik ini berdasarkan pengalamannya menjadi bidan selama lebih 30 tahun.
Hasilnya, beliau telah memformulakan satu teknik yang dipanggil ‘Pengurusan Payu Dara Oketani‘ pada tahun 1981.
Anda boleh belajar cara urutan seperti di bawah:

Urutan Oketani Foto ehsan koreamed
Bagi membantu lebih ramai ibu menyusu, Sotomi Oketani telah melatih ramai bidan lain tentang teknik urutan Oketaninya.
Hasilnya, mereka mempunyai organisasi yang besar untuk membantu para ibu menyusu.
Video berikut menunjukan hasil temuramah bersama pakar Oketani di Jepun:
Jom cuba urutan Oketani ini untuk membantu menambah dan melancarkan susu badan anda! Ia mudah untuk dilakukan di rumah.
Selamat mencuba semua ibu menyusu di luar sana!
Sumber : research gate, oketani kensankai
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga:
5 Makanan Vegan Yang Boleh Bantu Tambah Susu Badan Ibu Menyusu
The post Urutan Oketani Yang Membantu Menambah & Melancarkan Susu Ibu appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.