Kebersihan faraj seorang wanita
Kebanyakan wanita sanggup menghabiskan wang dan masa untuk menjaga kecantikan wajah dan tubuh badan.
Kadang hingga lupa menjaga aset yang paling penting untuk seorang wanita iaitu faraj mereka.
Tahukah anda soalan ‘bagaimana nak membersihkan faraj anda‘ digoogle setiap 0.59 saat di seluruh dunia?
Jumlah wanita yang tak tahu cara betul untuk mencuci dan menjaga kesihatan Ms V akan mengejutkan anda.
Mengapa cara membersihkan faraj dengan betul sangat penting?
Cara yang betul penting untuk mengelak masalah kesihatan yang berkaitan dengan bahagian intim ini.
Walaupun terdapat pelbagai produk feminin di pasaran yang menjanjikan kebersihan dan keharuman Ms V, tapi adakah produk-produk ini mendatangkan lebih banyak kebaikan dari keburukan?
Ada 3 perkara penting yang perlu kita tahu.
Baca juga:
#1 Bakteria baik dan tidak baik dalam faraj
Seperti usus dan kulit anda, Ms V mempunyai bakteria tersendiri yang melindunginya.
Fungsi Lactobacilli adalah untuk menjaga keseimbangan pH dalam faraj untuk menghalang bakteria jahat dari berkembang.
Sekiranya keadaan dalam faraj jadi kurang berasid, ia boleh terdedah kepada jangkitan termasuk bakteria vaginosis atau jangkitan kulat.
#2 Jangan terlampau bersih

Kerengsaan, kegatalan dan kesakitan faraj menunjukkan tanda-tanda jangkitan. Jaga kebersihan faraj anda. Sumber gambar: 100comments
“Faraj wanita sebenarnya sangat sensitif. Saya syorkan wanita cuci dengan air satu kali sehari,” kata Dr Sangeeta Agnihotri, perunding ginekologi, obstetrik dan perubatan ibu, serta jurucakap untuk Wellbeing of Women.
“Saya selalu berjumpa wanita dengan kerengsaan, rasa sakit dan gatal-gatal kerana terlampau menjaga kebersihan faraj. Ini hanya akan menyebabkan ketidakselesaan,” kata beliau lagi.
#3 Promosi produk feminin
Anda mungkin akan tertarik dengan produk feminin seperti tisu basah, deodoran dan gel mandi yang dirumus khas untuk Ms V.
Tapi pakar tidak mengesyorkan produk-produk ini.
“Anda cuma perlu cuci dengan air dan keringkan dengan tuala bersih, untuk menghilangkan kesan peluh,” kata Dr Agnihotri.
Jika anda ingin menggunakan sabun, elakkan jenis yang ada minyak wangi, pewarna, pengawet dan bahan kimia yang kuat.
Jika kulit anda terangsang, jangan gunakan sabun, gunakan emolien.
Hadkan kekerapan mandi buih, penggunaan gel mandian wangi dan sabun yang beraroma kuat serta pelembut yang boleh menyebabkan kerengsaan.
“Jangan amalkan douching. Ia boleh memudaratkan dan mengganggu mikrobiome faraj biasa serta menjadikan ia lebih terdedah kepada jangkitan, ” petik Dr Agnihotri.
Tips lain untuk menjaga kebersihan faraj anda
- Pilih pakaian dalam yang diperbuat dari kain kapas dan elakkan dari memakai thongs.
- Guna tisu tandas yang tak diluntur, tak berwangi dan jangan basahkan tisu sebelum mengelap faraj kerana bahan kimia mungkin meresap ke dalam kulit dan menyebabkan kerengsaan.
- Potong bulu rambut faraj dengan gunting kecil atau anda juga boleh melakukan pembuangan rambut secara laser. Jangan cukur kerana ia akan merosakkan kulit.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
The post Kebersihan Faraj – Jangan Cuci Ms V Anda Dengan Sabun! appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.