Kebelakangan ini, isu anak yang menconteng kereta ibunya telah menjadi viral. Gambar yang di”share” oleh pengguna Facebook Muhamad Fahmi yang telah “share” gambar kereta berwarna silver yang habis diconteng di Lebuhraya NKVE.
Beliau telah “share” gambar tersebut dengan caption:
“Saya tidak kenal akak, Tapi saya percaya akak mempunyai anak yang super kreatif. Saya percaya akak seorang yang sabar, tabah lagi positif. Saya salute!”
Anak yang membesar dengan girang pasti ingin mencuba sesuatu yang baru. Ini adalah normal untuk meningkatkan kemahiran motornya.
Anak pasti seronok dapat pensel warna dan krayon dengan ditambah warna-warna yang cantik dan pelbagai. Anak-anak pasti khusyuk memainkan crayon di atas kertas dan mencampurkannya dengan warna-warna yang menarik.
Tetapi, ini boleh menguji kesabaran ibu bapa dalam mendidik anak-anak jika anak suka menconteng dinding rumah.
Namun, ulasan dari Dr. Abdul Rahim menyatakan bahawa, ia adalah normal. Berikut adalah penjelasan dari doktor tersebut:
Imaginasi
Dalam 24 jam dalam harian anak anda, 2/3 daripada masa itu, mereka sedang berimaginasi. Imaginasi adalah penting untuk memupuk daya kreativiti anak anda. Daya imaginasi mereka adalah lebih luas daripada kertas yang diberikan kepada mereka.
Pernahkah anda memerhati bagaimana anak anda bermain? Daya imaginai mereka amat luas sehingga mereka boleh imaginasikan rumah mereka sebagai istana lama dengan naga sekali. Selain itu, menconteng di dinding adalah expresi mereka, tampa batasan. Selalunya, ia bermaksud, anak anda seorang yang visual dengan otak artistik dan motor skil yang canggih.
Meniru
Bak kata pepatah, “Bapa borek, anak rintik”. Anak selalu meniru perbuatan iba – bapa mereka. Kenape? Itulah cara mereka belajar. Jika ibu bapa selalu panas baran dan suka marah semasa memandu, anak anda akan meniru gaya anda.
Itulah cara mereka belajar bagaimana adab sosial yang diterima, perbuatan yang baik dan buruk, dan it adalah tanggungjawab ibu bapa untuk menjadi contoh yang baik.
Mencuba/Experimen
Anak kecil suka mencuba benda yang baru. Mereka juge tidak tahu bahawa perbuatan mereka adalah sangat berbahaya. Ada yang suka membantu membuat kerja rumah, memasak, menjolok sesuatu ke dalam soket elektrik, main pisau dan sebagainya. Bagi mereka, ia adalah sesuatu yang baru dan menyeronokkan.
Mereka bukannya nakal tetapi ia adalah perasaan ingin tahu. Sebagai ibu-bapa, kita haruslah menggalakkan daya imaginasi dan experimen mereka. Ia hanyalah satu fasa yang akan dilupakan. Bukannya ia lebih baik jika mereka mengingati bahawa ibu bapa mereka menggalakkan mereka untuk menjadi kreatif dan bukannya memarahi dan menghukum mereka.
Artikel dari laman Facebook Dr Abdul Rahim
Artikel juga dari Siakap Keli
The post Anak Kreatif Conteng Kereta appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.