Apabila kena pilih bra yang betul lagi selesa…
Dilema wanita hamil yang jarang disebut adalah memilih bra yang betul dan selesa.
Ketika hamil, salah satu bahagian badan yang mengalami perubahan ketara adalah payudara dan mencari bra yang selesa umpama mustahil!
Dan percayalah, susah sangat nak cari bra yang selesa hingga terasa seperti tidak mahu memakai bra langsung, terutamanya di rumah.
Tahukah anda yang ramai doktor gyneakologi dan bidan akan menyarankan untuk memilih bra menyusu ketika hamil?
Ini kerana, setelah melahirkan nanti, anda tidak perlu membeli bra lain untuk menyusukan anak anda.
Saiz payudara anda selepas bersalin juga akan berubah-ubah kerana susu.
Apa beza antara bra menyusu dan bra biasa?
Jika bercakap tentang zaman dulu, bra menyusu memang sangat berbeza dengan bra biasa.
Dari segi bentuk, jenis material dan rupa.
Tapi kini, bra menyusu dan bra biasa hampir kelihatan sama. Yang membezakan bra menyusu dan bra biasa iaitu, akses mudah untuk menyusukan anak sama ada klip, butang, zip, mahupun cangkuk.
Bukan sahaja itu, bra menyusu juga lebih mudah dilaraskan mengikut kesesuaian payudara.
Malah, ia dibuat dari pelbagai material mengikut kesesuaian masa pakai dan jenis bentuk payudara.
Contohnya bra diperbuat daripada kapas merupakan salah satu kegemaran hampir semua ibu.
Mencari bra yang sesuai

Payudara anda selalu sakit? Apa kata anda cari bra yang betul dan bersesuaian.
Bra menyusu yang terlalu kecil boleh menekan tisu payudara. Dan ini menyebabkan saluran susu tersekat membawa kepada bengkak susu.
Lagipun, bra yang tidak sesuai dengan bentuk payudara boleh menyebabkan bentuk payudara yang tidak sihat.
Tahukah anda lebih 80% wanita menggunakan saiz bra yang salah kerana malu hendak mencuba dan mendapatkan saranan jurujual?
Sebenarnya, jika anda malu, ada cara bagaimana anda boleh mengukur sendiri saiz bra yang sesuai dengan anda.
Anne Dimond, merupakan presiden syarikat Bella Materna yang mengeluarkan bra menyusu mengongsikan tip mendapatkan saiz bra anda.
Sebelum mengukur, pastikan anda memakai bra tanpa pad, tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar.
Kemudian, letakkan pita pengukur disekeliling rusuk betul-betul di bawah garisan payudara.
Pastikan pita pengukur tidak terlalu longgar dan ketat, ukuran ini ialah saiz bra anda, contohnya 32 atau 34 inci.

Foto ehsan: Musely
Kemudian untuk memilih jenis cup bra pula, semasa payudara penuh ukur keliling payudara yang lebih penuh, tidak terlalu ketat tapi terletak sedang elok dikeliling payudara.
Selepas itu, tolak nilai ukuran ini dengan nilai ukuran keliling rusuk tadi untuk mendapatkan jenis cup.
Contohnya ukuran keliling payudara ialah 37 inci dan ukuran keliling rusuk ialah 34 inci, ini menjadikan cup ialah saiz C dan ukuran bra anda ialah 34C.
Jika anda tak jelas, sila rujuk di bawah:

Foto ehsan: Herstyle
Bukan semua jenama mempunyai ukuran yang sama. Jadi, adalah lebih baik jika anda mencuba dahulu sebelum membeli.
Dan semasa mencuba bra, pastikan anda mempunyai ruang di dalam cup bra anda.
Pastikan juga puting anda berada di posisi tengah, bukan terlalu ke bawah atau ke atas. Dan kedua puting anda berada di garisan yang sama.
Selain itu, anda juga boleh menggunakan penyambung bra yang boleh menambah ukur lilit bra tersebut.
Bra berwayar
Ramai yang tak pasti sama ada bra berwayar boleh digunakan oleh wanita hamil dan menyusu atau tidak.
Sebenarnya, ramai yang tidak menyarankan pengggunaan bra berwayar semasa menyusu badan. Ini sebagai langkah berhati-hati agar wayar tersebut tidak menekan tisu payudara.
Tip mencuci bra
Sedikit tip mencuci bra supaya ia tidak rosak.
Adalah lebih baik jika ianya dicuci dengan tangan dengan menggunakan sabun pencuci yang tidak terlalu kuat.
Elakkan menjemur terus pada matahari kerana ia boleh merosakkan elastik dan material bra itu.
Ada juga yang mencadangkan memakai bra semasa mandi dan membasuh menggunakan sabun mandi kegemaran anda.
Sidai di waktu malam dan ia boleh digunakan semula esoknya. Dan jangan sesekali meletakkan bra di dalam mesin pengering kerana suhu dan putaran mesin akan merosakan fizikal bra tersebut.
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda!
Sumber: Babble
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga:
4 Panduan Berguna Untuk Mengepam Susu Badan Dengan Pam Payudara
The post Tip Memilih Bra Yang Betul Ketika Hamil Dan Menyusukan Anak appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.