Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

Mengapa Anak Orang Perancis Kurang Tantrum Atau Buat Perangai?

$
0
0

Kanak-kanak di Perancis berkelakuan baik dan kurang buat perangai

Kebanyakan orang mengatakan yang kanak-kanak di Perancis berkelakuan baik, bijak dan aktif. 

Jarang sekali mereka ditegur nakal dan cerewet. Mereka makan apa sahaja makanan yang disediakan untuk mereka malah mereka menghormati orang tua dan menegur jiran-jiran dengan sopan. 

Laman sesawang Brightside telah berkongsi bagaimana ibu bapa di Perancis mendidik anak-anak mereka, hingga mereka membesar berperangai sedemikian. 

1. Ibu bapa kembali bekerja lebih awal

kanak-kanak Perancis

Foto ehsan: The Bump

Ibu-ibu di Perancis akan kembali kepada rutin kerja mereka seawal 10 minggu selepas bersalin walaupun undang-undang membenarkan mereka duduk di rumah menjaga anak.  

Ini kerana mereka mahu anak mereka biasa untuk berada di antara orang asing sedari usia muda. Ia membantu mereka lebih berdikari dan mampu menyesuaikan diri.

2. Tidur berasingan

Foto ehsan the parents magazine

Anak-anak di sana di ajar untuk di bilik tidur berasingan dari ibu bapa mereka.

Jika terbangun di tengah malam dan mula menangis, ibu akan menunggu beberapa ketika sebelum hadir untuk memujuk. Lama-kelamaan, mereka akan biasa tidur sendirian.

3. Kebebasan bertindak

Ibu bapa di Perancis memberi kebebasan untuk anak-anak bertindak sendirian.

Sangat jarang untuk anda lihat ibu bapa bermain dengan anak-anak mereka di taman permainan. Mereka tidak masuk campur dengan urusan anak-anak dan membiarkan kanak-kanak menyelesaikan sebarang konflik dengan sendiri.

Ibu bapa di Perancis juga akan membezakan perangai kanak-kanak yang ingin bergurau atau perangai yang benar-benar teruk.

Hanya perangai teruk sahaja akan didenda. Dari sini, anak-anak akan tahu perbezaan tindakan apa yang tak boleh dilakukan.

4. Tidak dijaga oleh atuk dan nenek

Atuk dan nenek hanyalah menyokong untuk mendidik cucu. 

Orang tua di Perancis lebih banyak duduk di kafe atau restoran menikmati kopi atau wine dari menjaga anak-anak. Mereka akan berkumpul bersama cucu ketika hari cuti atau hari minggu saja.

5. Tiada makanan budak-budak

Foto ehsan Le Creuset

Perkara yang paling ditekankan di Perancis ialah makanan, hingga waktu rehat tengah hari boleh berlarutan sehingga dua jam.

Orang Perancis menekankan yang makan bersama keluarga sekurang-kurangnya sekali sehari adalah amat penting.

Dan makanan kanak-kanak dan orang dewasa adalah SAMA, tiada perbezaan rupa atau rasa yang ketara.

6. Mementingkan perilaku yang baik

Perilaku yang baik akan berkekalan dan kanak-kanak di Perancis diajar tentang benda ini sejak kecil.

Mereka menegur jiran-jiran dan menawarkan tempat duduk kepada yang lebih memerlukan di dalam bas.

Dari umur yang muda, mereka belajar 4 perkataan sopan yang penting iaitu “TERIMA KASIH”, “SAMA-SAMA”, “SELAMAT TINGGAL” DAN “SELAMAT PAGI/TENGAH HARI/PETANG”.

7. Belajar bukan pada usia paling awal

Foto ehsan: Crosswalk

Adalah normal di Perancis jika kanak-kanak berusia 5 tahun tidak tahu membaca.

Ini kerana mereka membiarkan kanak-kanak untuk bermimpi, meneroka dunia, belajar menjadi sopan dan bertanggungjawab.

Dan ketika mereka berusia 6 tahun, barulah mereka mula belajar membaca dan mengira.

8. Wang saku pada anak-anak

Seawal usia 7 tahun, kanak-kanak di Perancis akan menerima wang saku dan dibenarkan menggunakan wang tersebut dalam cara yang mereka mahu.

Selalunya, jumlah wang saku bulanan bersamaan dengan umur kanak-kanak itu.

Jadi, semasa pergi ke pusat beli belah atau pasaraya, mereka jarang menangis atau marah kerana ibu bapa tidak membelikan sesuatu.

9. Hari Ahad adalah hari keluarga

Foto ehsan ebay

Hari Ahad ialah hari yang terbaik untuk pergi ke taman rekreasi untuk berkelah bersama keluarga atau bermain basikal bersama.

Orang Perancis sangat teliti dengan hari Ahad adalah untuk keluarga. Malah mereka akan merancang dari awal.

Menarik bukan?

Bukanlah hendak mengatakan semua yang luar buat bagus. Namun, apa yang baik wajar dikongsikan dan diikuti, betul tak?

Baca juga 8 Amalan Sihat Ibu-Ibu Di Rusia Yang Boleh Kita Contohi!

Sumber: Brightside 

Kredit gambar: Evening News

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

The post Mengapa Anak Orang Perancis Kurang Tantrum Atau Buat Perangai? appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


EASY COME, EASY GO


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Tiwala Quotes and Selos Quotes Collections


Love with Heart Breaking Quotes


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Maganda Quotes – tagalog Quotes – Inggit Quotes



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>