Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

Mengapa Ada Pasangan Lebih Suka “Bersama” Secara Ganas Berbanding Romantik?

$
0
0

Seks ganas itu apa?

Pasangan yang sudah berkahwin pasti biasa dengan aksi-aksi nakal di ranjang. Ada yang gemar cara romantik. Namun, ada juga yang gemar cara ganas

Lebih-lebih lagi lelaki.

seks ganas

Kredit: Giphy

Tapi sebelum kita bincangkan kenapa ada sesetengah pasangan lebih menggemari seks ganas ala-ala filem Fifty Shades of Grey, ayuh selami apakah itu seks ganas terlebih dulu.

Hubungan intim dalam bentuk ganas atau BDSM (bondage, dominance, sadism and masochism) adalah sejenis aksi di ranjang yang melibatkan satu amalan dinamik.

Para pelaku seks ganas atau BDSM akan menggemari elemen disiplin, dominan, submisif dan perkara lain yang meningkatkan keupayaan diri mereka.

Oleh sebab itu, kadang-kadang, ia tak dapat diterima oleh semua pihak. 

Tapi bagi saya… ehem! 

Jadi, berbalik kepada persoalan kita. 

Kredit gambar: Sacred Bombshell Guide!

Mengapa ada pasangan yang suka bersama secara ganas berbanding secara romantik?

Bagi masochist (orang yang gemar kesakitan dan keganasan dalam hubungan di ranjang), perbuatan seperti memukul dan menampar hingga lebam dikatakan boleh bikin mereka turn on.

Soalan ini mungkin boleh dijawab dari sudut sains. Badan manusia mempunyai reseptor kesakitan yang dipanggil nociception.

Nociception bertanggungjawab untuk memberi respon dan menghantar isyarat ke otak jika rangsangan kesakitan dirasai badan.

Terdapat 3 rangsangan kesakitan, iaitu:

  • rangsangan kesakitan kimia (untuk melecur)
  • rangsangan mekanikal (untuk kemalangan dan luka)
  • rangsangan thermal (untuk kesakitan akibat sejuk dan panas)

Ketiga-tiga rangsangan ini boleh mengaktifkan nociception, dan menghantar signal ke otak.

Contohnya – anda terpegang cawan yang panas. Rangsangan thermal mengaktifkan nociception dan menghantar signal ke otak untuk mengalihkan tangan anda.

Ha, faham kan? Jadi, adakah ia sama dengan kesakitan yang dirasai ketika melakukan hubungan intim yang ganas?

Fungsi kesakitan dan rangsangan yang menyeronokkan

Ya, sama! 

Malah, kesakitan yang dirasai badan juga mampu merangsang pengeluaran hormon dalam badan.

Antara hormon yang mudah terangsang kerana kesakitan adalah endorfin, serotonin, melatonin, epinephrin dan norepinephrine

Jadi, apabila anda merasai kesakitan, hormon ini akan bebas dan bertindak menjadi ubat tahan sakit. Lalu anda akan melawan kesakitan atau melarikan diri.

Dalam konteks hubungan seks ganas, hormon serotonin dan adrenalin akan lebih aktif apabila menerima kesakitan. Hormon ini yang menyebabkan anda turn on secara seksual sebenarnya!

Maksudnya di sini, jika rangsangan kesakitan diaktifkan dengan betul, hormon akan dilepaskan dan otak anda dapat tangkap rasa puas jadi anda seronok disakiti atau menyakiti!

Mengimbangi keinginan pasangan dan keinginan sendiri

Dalam melayari hubungan rumah tangga, anda dan pasangan harus bijak mengimbangi keinginan seksual masing-masing.

Mungkin hari ini kalian boleh cuba role-play atau sesuatu yang lebih kinky kerana suami lebih menggemarinya (biasalah lelaki lebih nakal).

Esok lusa kalian boleh cuba cara romantik ala-ala pasangan yang baru berkahwin pula, betul tak?

Yang pasti, hubungan intim ini bukan berpaksikan sebelah pihak saja. Kedua-dua pihak harus bijak memuaskan antara satu sama lain.

Kalau tak rangsangan seksual, rangsangan secara oral juga boleh! Hehe

Maka sekarang selepas penerangan kami ini, harapnya anda fahamlah mengapa ada sesetengah pasangan lebih menggemari hubungan seks ganas berbanding secara romantik!

Sama-sama kita belajar, ya?

Semoga perkongsian ini memberi sedikit maklumat pada anda!

Sumber rujukan: Your Tango

Kredit gambar: Billboard

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Hangatkan Kembali Hubungan Anda: 7 Kejutan Yang Dia Akan Suka!

 

The post Mengapa Ada Pasangan Lebih Suka “Bersama” Secara Ganas Berbanding Romantik? appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

Trending Articles


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


Maganda Quotes – tagalog Quotes – Inggit Quotes


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


INUMAN QUOTES


RE: Mutton Pies (frankie241)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


FORTUITOUS EVENT


Sapos para colorear


Smile Quotes


Love with Heart Breaking Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


EASY COME, EASY GO


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Pokemon para colorear



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>