Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977

Gempar: Ibu Ini Selamba Tiba-Tiba Bersalin Di Tepi Jalan!

$
0
0

Keajaiban wanita ini lahir anak di tepi jalan, saja!

Berita yang penuh keajaiban dan sungguh menggemparkan!

Dalam sebuah video yang tular di media China baru-baru ini, seorang ibu kelihatan mengalami kontraksi dan melahirkan anaknya di tepi jalan!

Ya, betul-betul di tepi jalan. Tak percaya anda boleh tengok gambar dan video di bawah:

lahir anak tepi jalan

Sumber gambar: Yishou Video’s Miaopai

Kejadian itu dikatakan telah berlaku 2 September lalu.  

Ibu hamil itu tengah keluar membeli- belah di Guangdong, China. Tiba-tiba, wanita itu berdiri dengan badan membongkok ke depan sambil memeluk bahagian perutnya dan air ketuban sudah pecah!

Mari kita lihat detik cemas terbabit dalam laporan berbahasa Cina ini.

Lahir anak tepi jalan kemudian jalan kaki pulang

Orang ramai nyata terkejut melihat ibu itu melahirkan anaknya secara tiba-tiba di tepi jalan! 

Nasib baiklah ada yang bertindak pantas memberi pertolongan

Dua orang wanita kelihatan membawa ibu dan bayi yang baru lahir itu ke kawasan yang lebih selamat di mana sebuah kerusi dan sekeping kotak kadbod telah disediakan.

lahir anak tepi jalan

Sumber gambar: Yishou Video’s Miaopai

Bantuan kecemasan telah sampai untuk memberi pertolongan tidak lama selepas itu, dan kedua-dua ibu dan anak didapati dalam keadaan stabil

Hebat betul ibu ini! Selamba saja dengan beg tangan yang masih terkepit di sisi- seolah-olah bukan dia yang baru bersalin tiba-tiba!

Kami masih kurang pasti mengapa ibu itu tidak mengikut ambulans untuk ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Apa yang boleh kita lihat – selepas jururawat memberi kelulusan yang semuanya selamat, ibu ini telah berjalan kaki balik ke rumah sambil mendukung bayi barunya serta barang-barang yang dibeli pagi tadi di tangan!

lahir anak tepi jalan

Sumber gambar: Yishou Video’s Miaopai

Kalau bukan disebabkan gaun yang berlumuran darah, orang ramai pasti tidak akan menyangka ibu ini baru saja melahirkan anaknya di tepi jalan dan mampu jalan kaki pulang.

Pentingnya kebersihan jika berlaku proses bersalin secara kecemasan

Kita tidak boleh tentukan jika bayi boleh “terkeluar” dengan cepat atau secara tiba-tiba. 

Tetapi sebanyak 75,000 kematian ibu dan anak berlaku setiap tahun disebabkan oleh kelahiran dalam keadaan yang tidak bersih, atau di rumah tanpa pertolongan pakar perubatan.

Di samping itu, sejumlah 36% kematian bayi baru lahir disebabkan oleh keradangan tali pusat akibat jangkitan apabila tempat persalinan dan amalan bersalin yang tidak bersih.

Bayi baru lahir dan ibu yang baru bersalin boleh mengurangkan risiko jangkitan jika kelahiran berlaku di tempat yang bersih dan dilindungi steril.

Sumber gambar: Parents.com

WHO menyarankan semua ibu hamil mengamalkan 6 langkah kebersihan ini jika terjadi proses bersalin secara kecemasan:

  1. Tangan bersih
  2. Permukaan bersih untuk melahirkan anak
  3. Perineum ibu yang bersih
  4. Alat pemotong tali pusat yang bersih
  5. Alat pengikat tali pusat yang bersih

Sudah tentu kadang-kadang seorang ibu terpaksa melahirkan anak dalam situasi di luar kawalan kita. 

Jika berlakunya proses bersalin secara kecemasan, hubungi talian kecemasan dengan segera

Cuba bersihkan kawasan kejadian sebaik mungkin dan gunakan kain yang bersih kalau ada.  

Dengan mengurangkan keadaan tidak bersih, ia boleh membantu ibu-ibu dan bayi yang baru lahir untuk mengelak jangkitan yang mengancam nyawa.

Untuk mengetahui langkah-langkah keselamatan jika anda melahirkan anak secara tiba-tiba, baca artikel ini : Lahir Tiba-Tiba Dalam Kereta – Bayi Bertuah Dapat Grab Free Seumur Hidup

Jangan ambil ringan kejadian terberanak secara tiba-tiba ini, ya! Anda kena tahu informasi yang tepat tentang apa perlu anda buat ketika ini.

Sebab itu, jangan lupa rujuk artikel di atas untuk keterangan lanjut.

Sumber rujukan: Mothership.sg dan Journal of Perinatology

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Berpantang Selepas Bersalin, Adakah Ia Masih Wajar?

The post Gempar: Ibu Ini Selamba Tiba-Tiba Bersalin Di Tepi Jalan! appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>