Berpeluh semasa tidur adalah perkara biasa untuk kanak-kanak.
Namun, ibu bapa selalu bimbang apabila melihat anak dalam keadaan basah dengan peluh pada waktu malam.
Walaupun keadaan ini normal untuk kebanyakan bayi, namun ibu bapa perlu juga peka pada beberapa tanda-tanda yang mungkin menunjukkan masalah kesihatan.
Berikut adalah sebab-sebab biasa mengapa bayi anda berpeluh ketika tidur:
3 sebab bayi berpeluh semasa tidur
1. Sistem saraf yang tidak matang
Salah satu fungi sistem saraf adalah untuk mengawal suhu badan. Untuk bayi yang baru lahir, sistem saraf mereka mungkin belum terbentuk sepenuhnya.
Oleh itu, bayi baru lahir tidak dapat mengawal suhu badan mereka seperti orang dewasa.
2. Bayi berpeluh apabila tidur nyenyak
Bayi baru lahir mungkin akan berpeluh secara berlebihan semasa fasa tidur nyenyak dalam kitaran tidur.
Oleh sebab bayi baru lahir akan menghabiskan kebanyakan masa mereka untuk tidur, mereka lebih cenderung untuk berpeluh pada waktu malam berbanding kanak-kanak dan orang dewasa.
3. Bedung yang terlalu tebal
Apabila kain bedung yang terlalu tebal atau terlalu banyak lapisan digunakan, suhu badan bayi akan naik juga. Selimut dan conforter yang tebal tidak digalakkan kerana risiko SIDs.
Baca artikel berkaitan: Video Tutorial Cara Bedung Bayi Dengan Betul Untuk Mengelak Hip Dysplasia
Bila ibu bapa perlu bimbang?
1. Masalah jantung kongenital
Jika anak berpeluh secara berlebihan semasa aktiviti biasa seperti menyusu, anda perlu mendapatkan nasihat doktor kerana ia mungkin tanda masalah jantung kongenital.
Ini berlaku akibat perkembangan jantung janin yang tidak normal.
Bayi dengan penyakit jantung akan berpeluh kerana jantung mereka perlu berkerja lebih keras untuk mengepam darah dengan efektif.
2. Hiperhidrosis
Jika dalam bilik yang sejuk bayi anda masih berpeluh, dia mungkin menghadapi masalah yang dipanggil hiperdirosis.
Ini bermakna bayi anda sedang berpeluh lebih dari biasa untuk mengekalkan suhu badan yang normal.
Mereka yang mempunyai tangan dan kaki yang kuat berpeluh biasanya mempunyai keadaan ini.
Ia boleh dirawat apabila mereka lebih dewasa dengan mengajar mereka cara betul untuk menguruskan masalah peluh bila menggunakan produk antipeluh.
3. Apnea tidur
Apnea tidur juga boleh menyebabkan bayi berpeluh pada waktu malam.
Bayi dengan apnea tidur akan berhenti bernafas selama 2o saat, akibatnya badan bayi terpaksa berusaha dengan lebih untuk bernafas. Keadaan ini biasa berlaku pada bayi pramatang.
4. Masalah kesihatan lain
Peluh yang berlebihan juga boleh disebabkan oleh gangguan pada sistem saraf, masalah pernafasan, kelenjar tiroid yang terlalu aktif, ataupun gangguan genetik.
Keadaan ini jarang berlaku dan anda harus berunding dengan doktor jika ada sebarang kebimbangan.
Bagaimana nak mengelak bayi berpeluh dengan banyak:
1. Elakkan overheating
Jika bilik anda terlalu panas, ini boleh menyebabkan bayi anda berpeluh.
Laraskan suhu bilik sehingga ia menjadi selesa. Biasanya, jika anda rasa panas, bayi anda mungkin akan rasa panas juga.
Pastikan tiada selimut atau kain dalam katil bayi agar dia boleh tidur dengan selesa dan selamat.
Ibu bapa perlu ambil perhatian yang overheating boleh menyebabkan SIDs. Overheating juga boleh menyebabkan bayi tidur terlalu lama hingga susah untuk bangun.
2. Elakkan memakai pakaian yang terlalu banyak pada bayi
Pastikan pakaian bayi anda selesa dan tidak terlalu tebal.
Bayi anda tidak patut rasa sejuk tanpa mengunakan bedung yang terlalu tebal.
Kalau mengikut cuaca di Malaysia, anda patut menggunakan pakaian tidur yang sederhana nipis jika tidak menggunakan penghawa dingin pada waktu malam.
Sumber: Babyment
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga:
The post Mengapa Bayi Kerap Berpeluh Semasa Tidur? appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.