Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4985

Tutorial Cara-Cara Untuk Ajar Dan Buat Anak Anda Meniarap (Dengan Gambar)

$
0
0

Ajar si kecil anda meniarap

Ibu bapa digalakkan untuk meletakkan bayi mereka dalam keadaan meniarap dengan tujuan membantu menguatkan otot-otot leher, bahu dan bahagian atas badan yang diperlukan untuk bergolek. 

Anda mungkin akan mendapati bayi anda cuba untuk menaikkan kepala dan bahunya dengan menggunakan lengan.

Kepentingan ajar anak anda meniarap atau buat tummy time

Jika bayi anda kerap meniarap atau lebih dikenali sebagai melakukan tummy time, senaman “tekan tubi” ini akan menguatkan otot-otot mereka. 

Ibu bapa boleh mula ajar si manja anda meniarap apabila mereka tidak tidur atau menyusu.

Ibu bapa boleh mula dengan meniarapkan anak mereka selama 1-2 minit sambil menambahkan durasi meniarap setiap hari.

Bayi anda boleh melakukan tummy time selama 10-15 minit sehari.

Jangan lupa peringatan keselamatan ini: Back to sleep, tummy to play

Bayi tidak patut tidur meniarap kerana ini boleh meninggikan risiko SIDs. Bayi patut tidur terlentang dan hanya meniarap ketika bangun dan dengan pengawasan orang dewasa.

Tetapi bayi yang menghabiskan banyak masa baring melantang dengan kepalanya di posisi yang sama ketika tidur boleh menjejaskan bentuk kepala.

Mengamalkan tummy time yang kerap boleh mencegah ini.

Bagaimana untuk melakukan tummy time?

Letakkan objek serta mainan yang selamat dekat dengan bayi anda. Gerakkan mainan itu di hadapan mukanya.

Ini akan menangkap perhatian bayi anda dan mendorongnya untuk bergerak, mengangkat dan memalingkan kepala.

Anda juga boleh menggunakan buku untuk mendapatkan perhatian bayi. Tiarapkan buku tersebut berdekatan dengan bayi dan selak buku bergambar ataupun majalah. Ini akan menguatkan mata bayi anda.

Ataupun anda boleh cuba letakkan cermin mainan yang tidak akan pecah supaya bayi anda boleh melihat dirinya. 

Anda juga boleh bertukar tempat yang berbeza ketika melakukan tummy time, contohnya di halaman rumah dan di atas selimut.

Cara untuk memastikan aktiviti meniarap sentiasa menarik dan menyeronokkan

  • Berinteraksi dengan bayi anda. Biar dia tahu anda bersamanya dengan bercakap atau bernyanyi ataupun dengan menyentuh tangan mereka dan membuat tangan mereka rasa geli.
  • Sekiranya bayi anda tidak suka meniarap di atas lantai, cuba tiarapkan bayi atas segulung tuala ataupun di atas paha anda. Jika bayi anda betul-betul tidak suka meniarap, berhenti dan cuba lagi pada masa yang lain
  • Sentiasa awasi bayi anda semasa tummy time. Apabila dia menjadi semakin kuat, pastikan anda alih dan jauhkan barang-barang yang berbahaya untuk mengelakkan sebarang kemalangan.
Mari sama-sama kita cuba tutorial ini, okay! Selamat mencuba ibu bapa semua.
Anda ada cara lain untuk ajar si manja anda meniarap? Kongsikan dengan kami!
 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga

 
 
 

The post Tutorial Cara-Cara Untuk Ajar Dan Buat Anak Anda Meniarap (Dengan Gambar) appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4985

Trending Articles


EASY COME, EASY GO


HOY PANGIT, MAGBAYAD KA!


Girasoles para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Patama tagalog quotes – Move On Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Hugot Lines 2020 Patama : ML Edition


Re:Mutton Pies (lleechef)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Maganda Quotes – tagalog Quotes – Inggit Quotes


“Tado” Jimenez Quotes Collections Online


Mga Patama sa mga Nagmamahal the Best Tagalog love quotes for you


Top 10 Best Tagalog Friendship Quotes and Sayings | mrbolero


“BAHAY KUBO HUGOT”


RE: Mutton Pies (frankie241)


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>