Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

5 Tip Untuk Pembedahan Caesarean Yang Lebih Selamat

$
0
0

Tip untuk menjalani pembedahan caesarean dengan lebih selamat

Cara bersalin sememangnya antara perkara yang sering bermain di fikiran setiap ibu yang sedang mengandung.

Tahukah anda? Di United Kingdom, kira-kira 1 daripada 4 kelahiran adalah secara pembedahan caesarean. Ini adalah enam kali ganda lebih banyak daripada jumlah pada tahun 70-an!

Populariti cara bersalin secara pembedahan semakin meningkat kerana dengan memilih cara ini, ramai para ibu boleh memilih tarikh dan masa bersalin.

Malah, mereka juga boleh merancang doktor mana yang bakal menguruskan proses kelahiran bayi mereka.

Jika anda adalah antara ibu yang ingin bersalin secara pembedahan c-seksyen – sama ada atas dasar pilihan sendiri atau sebab perubatan – kami ada sediakan beberapa tip berguna.

Dengan 5 tip ini, ia diharapkan anda dapat melalui proses pembedahan caesarean dengan selamat dan lancar.

1. Bersihkan badan terlebih dahulu

Anda mungkin tertanya-tanya, mengapa agaknya anda perlu mandi terlebih dahulu sebelum menyerah diri ke hospital untuk bersalin.

Sebenarnya, ia adalah bagi mengurangkan jumlah bakteria pada bahagian pembedahan anda itu nanti.

Sebab itulah, anda digalakkan untuk membersihkan badan terlebih dahulu, dan jika boleh, gunakan sabun anti-bakteria.

Ini dikatakan dapat mengurangkan risiko jangkitan selepas pembedahan, yang merupakan antara risiko yang biasa terjadi untuk c-seksyen.

2. Kekal sihat dan selesa

tip pembedahan c-seksyen

Sumber: Healthline.com

Elakkan diri anda daripada terkena jangkitan selesema atau kesejukan. Ia amat mudah untuk terkena jangkitan jika anda tidak sihat dan selesema.

Sementara menunggu giliran untuk dibedah, pastikan anda juga tidak kesejukan dan kekal selesa dengan meminta selimut tebal. Yelah, bilik pembedahan kan selalunya sangat sejuk!

3. Potong bulu pada bahagian untuk dibedah

Antara langkah untuk bersiap sedia bagi pembedahan c-seksyen adalah untuk memotong bulu pada bahagian bawah perut yang akan dibedah.

Dulu, pisau cukur selalu digunakan. Tetapi, masa kini, anda digalakkan untuk memotong atau trim menggunakan clippers, dan bukannya pisau cukur.

Clippers dapat mengurangkan kadar risiko terluka dan seterusnya mengelak daripada terkena jangkitan bakteria.

4. Berjalan selepas pembedahan

petua bersalin pembedahan

Sumber: Mirror.co.uk

Untuk mengurangkan risiko darah beku, anda juga digalakkan untuk banyakkan bergerak selepas pembedahan (dengan nasihat doktor).

Ini dapat mempercepatkan proses pemulihan dan mengurangkan kesakitan akibat kurang bergerak.

Ia juga diharap dapat segera membantu anda membiasakan diri untuk menjaga dan menguruskan bayi yang baru lahir di rumah nanti.

5. Menjaga luka bedah dengan baik

Ini lagi satu hal yang perlu diambil berat. Ikut nasihat doktor anda tentang cara menjaga luka pembedahan caesarean dan lihat tanda-tanda jangkitan jika ada.

Jika anda mengabaikan penjagaan parut bedah ini, anda berisiko untuk membahayakan kesihatan anda serta bayi anda!

Tidak kiralah, sama ada anda memilih untuk bersalin secara pembedahan caesarean atau bersalin secara normal, pastikan anda terus menjaga kesihatan anda ya!

Adakah anda ada tip penjagaan lain buat para ibu di luar sana? Jom berkongsi pendapat dan pengalaman di ruangan komen ya. 

Sumber: The Asian Parent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga

3 Faktor Kenapa Anda Menjalani Caesarean Di Hospital

The post 5 Tip Untuk Pembedahan Caesarean Yang Lebih Selamat appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


EASY COME, EASY GO


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Tiwala Quotes and Selos Quotes Collections


Love with Heart Breaking Quotes


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Maganda Quotes – tagalog Quotes – Inggit Quotes



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>