Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

Anak Tak Mahu Jaga Orangtua: Muliakanlah Ibu Bapa Anda

$
0
0

Bak pepatah, seorang ibu atau ayah boleh menjaga 10 orang anak, tetapi seorang anak pun tidak boleh menjaga ibu dan bapa. Inilah kisah sebak seorang ibu yang tiada seorang pun anak yang hendak menjaga ibu mereka.

Kisah benar ini diceritakan oleh seorang pengguna laman Facebook yang sedih dengan kisah mak cik yang “admit” dalam hospital sebab “fracture”. Anaknya pula, memberi alasan yang mereka tak boleh jaga dia.

Mak jaga anak penat-penat, anak-anak seorang pun tak boleh nak jaga mak. Tanpa ibu dan bapa, kita takkan lahir ke dunia ini.

Apabila anak semakin besar, dan sibuk bekerja, anak-anak akan sedikit sebanyak lupa akan ibu dan bapanya. Ingatlah, tanggungjawab memuliakan dan menjaga orang tua terletak di bahu anak-anak sehingga mereka meninggal dunia.

Alasan – alasan seperti tiada masa untuk bersama ibu bapa, sibuk bekerja adalah alasan seorang anak yang hanya mampu lepas tangan untuk menjaga orang tua.

Walau apa pun alasan, anak-anak janganlah lepas tangan dan harus bertanggungjawab terhadap ibu dan bapanya.

Sebagai anak, hargailah ibu bapa anda. Janganlah asyik kejar duit sehingga lupa syurga dan neraka.

Cara berbakti kepada ibu bapa walaupun anak-anak sibuk dengan kerja ialah:

Memberi kasih sayang

Anda bekerja di perantauan. Anda sibuk. Tetapi, anda harus luangkan masa untuk telefon ibu dan bapa di kampung.

Tunjukkan kepada mereka yang anda sayangkan mereka. Berbual mesra dan bertanya khabar adalah salah 1 cara untuk mengeratkan kasih sayang antara kedua ibu bapa.

Memenuhi hajat

Memenuhi permintaan ibu bapa adalah satu kemestian bagi anak-anak. Seperti mana anda meminta untuk dibelikan mainan suatu masa dulu, begitulah anda harus memenuhi permintaan ibu bapa

Jika ibu bapa berhajat sesuatu seperti menunaikan umrah atau melancong, berusaha untuk menunaikan hajatnya walaupun mengambil masa yang lama. Jika waktu itu telah tiba, anda dapat memenuhi permintaannya.

Melakukan sesuatu mereka gemari

Ibu bapa suka bila anda bangun awal dan tolong ibu di dapur, amalkan tabiat bangun awal dan jangan biarkan ibu berseorangan di dapur memasak. Sebaliknya, ringankan kerja di dapur. Walaupun, pertolongan anda kecil seperti ini, pasti ibu bapa makin sayang dan lebih gembira bersama kita.

Menghulurkan bantuan kewangan

Kepada anak-anak yang telah bekerja, mereka haruslah memberikan duit belanja kepada mereka. Jangan kedekut. Kerana semakin anda memberi, semakin anda berasa bahawa rezeki itu murah.

Hulurkan ikut kemampuan. Pasti ibu bapa menghargai pertolongan anda. Walaupun duit yang diberi sikit, tetapi ia amat memadai dan percayalah, ibu bapa tidak pernah meminta-minta kepada anak-anak walaupun mereka kekurangan duit.

Mereka pasti mendoakan anak mereka semoga Tuhan memberkati rezeki yang anak-anak mereka dapat.

Artikel dari Facebook Alifnunwau Nymous

The post Anak Tak Mahu Jaga Orangtua: Muliakanlah Ibu Bapa Anda appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

Trending Articles


EASY COME, EASY GO


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tropa Quotes


“BAHAY KUBO HUGOT”


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


Presence Quotes – Positive Quotes


HOY PANGIT, MAGBAYAD KA!


Girasoles para colorear


Love Quotes Tagalog


Papa Jack Tagalog Love Quotes and Advice for you


5 Tagalog Relationship Rules


“Mali man na ikaw ay ibigin ko, akoy iibig padin sayo”


RE: Mutton Pies (frankie241)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>