Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977

Ujian Pemeriksaan Untuk Bayi Baru Lahir, Apa Ibu Bapa Perlu Tahu

$
0
0

Ujian pemeriksaan untuk bayi baru lahir

Ujian pemeriksaan bayi baru lahir adalah ujian yang dilakukan sejurus bayi lahir dan sebelum mereka diberi kelulusan untuk pulang ke rumah.

Ujian ini dapat memeriksa jika bayi anda mempunyai sebarang gangguan atau masalah kesihatan yang serius dan hanya boleh dikesan dengan ujian darah.

Walaupun ujian ini ujian yang diwajibkan oleh Kementerian Kesihatan, namun ianya tidak 100% tepat

Oleh itu, keputusan yang didapati positif mungkin akan diuji semula. Tetapi keputusan yang positif biasanya menunjukkan bayi anda mempunyai penyakit.

Mengambil darah bayi untuk ujian pemeriksaan. Sumber gambar: Youtube

Penyakit yang diuji semasa ujian pemeriksaan

Selain ujian APGAR yang dilakukan selepas kelahiran, beberapa jenis ujian pemeriksaan kecacatan genetik untuk bayi yang baru lahir adalah berbeza-beza iaitu antara 2 sehingga 8 ujian termasuk ujian pendengaran bayi.

Ujian pemeriksaan/saringan yang lengkap boleh mengesan sehingga 40 jenis kecacatan yang mungkin ada pada setiap bayi termasuk:

  • Thyroid Stimulating Hormone (TSH) dan aras hormon tiroid iaitu Thyroxine(T4).
    TSH adalah hormon yang merangsang kalenjar tiroid untuk menghasilkan hormon tiroid manakala hormonThyroxine (T4) adalah hormon tiroid yang bertanggungjawab di dalam proses metabolism badan, pembesaran fizikal dan perkembangan otak.
  • Gangguan hemoglobin. Ujian boleh mengesan anemia sel sabit, hemoglobin C, dan gangguan darah lain.
    Kekurangan sel normal sel darah merah yang teruk boleh menyebabkan kelemahan, kesesakan nafas, bahkan masalah jantung.
  • Gangguan endokrin. Gangguan seperti hiperplasia adrenal kongenital dan hipotiroidisme boleh dikesan. Kedua-dua gangguan boleh menjejaskan kesihatan bayi dengan serius tetapi boleh dirawat.
  • Fibrosis sista. Penyakit ini menjejaskan paru-paru dan organ-organ lain dan memerlukan rawatan awal.
  • Galactosemia. Keadaan ini boleh menyebabkan buta, rencatan mental, dan masalah pertumbuhan jika tidak dirawat.
  • Kekurangan biotinidase. Keadaan ini boleh menyebabkan sawan, masalah pendengaran, gangguan mental, dan masalah sistem imun.
  • Phenylketonuria (PKU). Ini boleh menyebabkan rencatan mental jika tidak mendapat rawatan awal.

G6PD juga boleh dikesan, tetapi darah yang diuji adalah darah dari tali pusat bayi anda.

Bagaimana ujian pemeriksaan dilakukan pada bayi baru lahir?

Sumber: Slide share

Jururawat anak anda membuat insisi kecil pada tumit bayi untuk mendapatkan sedikit darah untuk diuji. 

Bayi biasanya akan diuji di hospital dan tidak lewat daripada 72 jam selepas anda bersalin.

Bayi pramatang dan bayi yang menghadapi masalah semasa kelahiran hanya akan diuji seminggu selepas mereka dilahir, atau lebih awal jika pakar mengesyaki penyakit tertentu.

Jika ujian mendapati anak anda mempunyai sebarang penyakit, pihak hospital akan menghubungi ibu bapa.

Tetapi sekiranya ujian tidak menunjukkan sebarang penyakit, biasanya ibu bapa tidak akan dihubungi. Doktor bayi akan mendapat salinan keputusan ujian bayi anda. 

SumberKPJ dan MyHealth

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Bayi Baru Lahir Meninggal Akibat Dehidrasi

The post Ujian Pemeriksaan Untuk Bayi Baru Lahir, Apa Ibu Bapa Perlu Tahu appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>