Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4985

Kalau Beginilah Makanan Di Hospital Ketika Bersalin, Kan Seronok Ibu-Ibu Hamil!

$
0
0

Makanan di hospital

Siapa yang suka dengan makanan di hospital?

Kalau ada satu benda yang sentiasa tak memuaskan hati, tak kira ke mana anda pergi pun – ia pastinya adalah makanan di hospital.

Sudahlah tawar, tiada pewarna, boleh buat pesakit rasa nak muntah dan sebagainya, makanan di hospital seperti bagi pesakit lagi tidak berselera.

Sebab itu rasa terseksa sangat ketika duduk di hospital. Kalau boleh rasa nak balik cepat!

Tapi, perkongsian dari Jepun oleh seorang wanita yang baru bersalin ini sungguh menggemparkan. Beliau dihidangkan dengan 12 jenis makanan hospital yang berbeza ketika menetap di wad bersalin.

Kalaulah makanan di hospital kita sesedap ini, pakat gembiralah ibu-ibu hamil semua!

Jom tengok apa antara makanan yang disediakan.

6 makanan di hospital Jepun yang enak lagi menyelerakan

Jepun memang terkenal dengan teknik persembahan makanan. Teknik ini sungguh penting di negara matahari terbit ini, hingga semua tempat mengikut amalan tersebut.

Ini makanan hospital yang dihidang pada ibu bersalin ketika menetap di Tokyo, Jepun. 

Aduh, sedapnya!! Rasa macam sekarang juga nak pergi restoran Jepun!

# Set pertama

Dalam set ini, ibu hamil dapat makan pasta cendawan, salad dengan kentang, brokoli dan bacon, sup ayam, buah-buahan, roti dan teh hijau.

Nampak sedap, kan!

# Set ke-2

Ini pula set ayam dengan sos cendawan, sup labu, salad dengan lobak merah, miso sup dan chawan mushi.

Makanan yang sihat untuk tenaga ibu yang ingin bersalin!

# Set ke-3

Mana penggemar ikan saba?

Ha… jangan jealous! Hospital ini juga menghidangkan ikan saba dengan gabungan salad konbu, salad bayam, miso sup, nasi, susu dan teh hijau.

# Set ke-4

Kalau anda tak menggemari hidangan ikan, anda pasti akan cemburu melihat hidangan sihat ini.

Ia ada sayur-sayuran, daging dan kentang, salad timun dan baby corn malah ada nasi, miso sup dan teh hijau.

# Set ke-5

Set ini lebih ketimuran dan sesuai untuk mana-mana ibu hamil yang kurang gemar makanan Jepun. 

Antara yang terhidang dalam set ke-5 ini adalah omuraisu (nasi pattaya), salad makaroni, sup ayam, squid rings, buah-buahan dan teh hijau.

# Set ke-6

Saya nak set ini! “Hantu” ikan salmon pasti gembira kalau dapat bersalin di Jepun. 

Set ke-6 menyediakan hidangan ikan salmon dengan tofu, salad bayam, natto, miso sup, nasi dan susu.

Yum yum! Lapar terus, kan!

Selepas perkongsian ini tular di media sosial, ramai ibu bersalin yang meninggalkan komen lucu lagi berbaur cemburu.

Rasa macam sekarang juga nak tempah slot bersalin di Jepun, kan!

Rata-rata netizen menyuarakan pendapat betapa mereka cemburu dengan hidangan ini. Sudahlah ia kelihatan lebih sedap daripada restoran Jepun yang mahal di sini!

Haish, apa pendapat anda ibu-ibu semua? Jom bersalin di Jepun! Hehehe

Sumber rujukan: Boredpanda

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Pemakanan ketika hamil

The post Kalau Beginilah Makanan Di Hospital Ketika Bersalin, Kan Seronok Ibu-Ibu Hamil! appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4985

Trending Articles


Girasoles para colorear


Pokemon para colorear


Gwapo Quotes : Babaero Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Boy Banat Patama Tagalog Love Quotes for you


Inggit Quotes and Kabit Quotes – Tagalog Patama Quotes


INUMAN QUOTES


kasama kang tumanda


RE: Mutton Pies (frankie241)


EASY COME, EASY GO


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Patama tagalog quotes – Move On Quotes


Ligaw Quotes – Courting Quotes – Sweet Tagalog Quotes


Tropa Quotes


Hugot Lines 2020 Patama : ML Edition


Re:Mutton Pies (lleechef)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>