Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

Gemerlapan Cahaya Biru Di Pantai Pulau Sembilan

$
0
0

Jika di Kampung Kuantan, Selangor terkenal dengan kelip-kelip yang bergemerlapan, tetapi di Perak, ia terkenal dengan pantai Pulau Sembilan yang juga gemerlapan dengan cahaya seakan-akan berwarna biru.

Pantai Pulau Sembilan yang gemerlapan disinari cahaya biru bukan disebabkan oleh kelip-kelip (seperti yang kita ketahui kelip-kelip mengeluarkan cahaya kuning keputihan) tetapi cahaya biru dihasilkan oleh hidupan laut yang terdapat di gugusan Pulau Lalang, Pulau Sembilan, di Perak.

Pulau Lalang telah menjadi habitat phytoplankton (atau nama saintifik Ostracod Crusaceans) di Pantai Pulau Sembilan, dan mengeluarkan cahaya fluorescent berwarna biru yang amat menakjubkan terutamanya sekali pada waktu senja dan malam.

Ia menjanjikan panorama yang amat indah terutamanya sekali pada awal pagi. Ia seakan-akan bintang yang bergemerlapan tetapi di pesisir pantai Pulau Lalang, gugusan pulau yang terdapat di Pulau Sembilan.

12705246_1762059437360110_5255023510492429848_n

Fenomena ini amat biasa di negara luar seperti yang terdapat di Maldives (Pulau Vadhoo). Selain itu, fenomena alam semulajadi ini juga terdapat di Teluk Mission AS, Marlin Marina (Australia), Teluk Toyama (Jepun) dan Puerto Mosquito (Puerto Rico).

Pantai-pantai ini mempunyai keunikan yang sama, iaitu ‘bergemerlapan’ di waktu malam seakan-akan cahaya bintang di langit malam.

Pulau Sembilan merupakan sebahagian daripada kawasan Taman Negeri Perak dan pulau ini terletak 15-20 km dari persisiran Selatan Perak. Ia dinamakan Pulau Sembilan kerana mempunyai 9 buah pulau yang unik dan Pulau Lalang merupakan habitat untuk hidupan laut yang juga digelar “Blue Tears”.

Untuk pengetahuan awam, Pulau Sembilan hanyalah nama sahaja dan kawasan tersebut mempunyai 9 gugusan pulau disekitarnya.

Pulau Lalang merupakan habitat utama untuk hidupan laut unik ini. Untuk pelancong tempatan mahupun luar, mereka harus mempunyai permit yang disahkan untuk memasuki kawasan pulau ini.

Sempena cuti sekolah panjang pada hujug tahun ini, Pulau Sembilan antara destinasi pelancongan yang amat menarik untuk dikunjungi oleh keluarga mahupun rakan-rakan. Tidak perlu mengembara ke negara luar, segalanya ada di Malaysia!

Rencana dari Siakap Keli dan gambar dari Facebook Taman Negeri Pulau Sembilan

The post Gemerlapan Cahaya Biru Di Pantai Pulau Sembilan appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


EASY COME, EASY GO


Love with Heart Breaking Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Letting Go Quotes


Love Song lyrics that marks your Heart


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>