Setiap wanita yang yang mengandung mesti melepasi satu lagi halangan iaitu bersalin secara normal ataupun pembedahan Caesar (C-Sec).
Bersalin secara pembedahan akan dilakukan jika keadaan memaksa atau jika ia menjadi pilihan ibu hamil itu sendiri.
Pelakon Nad Zainal berkongsi pengalaman beliau melahirkan anak sulungnya; Fahad Ibrahim secara pembedahan Caesar kerana bayinya hampir lemas dalam kandungan.
“Kebanyakan wanita memilih untuk bersalin secara normal kerana sakit bersalin secara normal hanya sekejap jika dibandingkan dengan sakit bersalin secara pembedahan. Bila dimaklumkan oleh doctor yang bayi saya hamper lemas dan terpaksa dibedah, Saya telah berdoa walaupun keadaan waktu itu sangat genting.”
“Alhamdulillah, proses pembedahan hanya dua jam. Apa yang penting bayi dan saya selamat dan sihat. Saya tidak menyangka bahawa saya akan melahirkan anak saya melalui pembedahan Caesar!”
Sebelum pembedahan
Sebelum pembedahan C-Section dijalankan, doktor akan menjalankan Spinal Anasthesia, iaitu membius ibu di bahagian tulang belakang.
Sebatang jarum kecil dan panjang disuntik di bahagian tulang belakang sehingga ke saraf tunjang untuk membuatkan anda rasa kebas dari pinggang ke bawah.
Kesan kebas ini hanya akan bertahan selama 1 hari.
Bersalin secara pembedahan menjadi pilihan sesetengah ibu mengandung kerana:
- Bayi dalam kedudukan songsang.
- Uri berada di kedudukan bawah bayi, sehingga menyukarkan bayi keluar.
- Kandungan kembar.
- Bayi dikandung terlalu besar, manakala badan ibu kecil.
- Ibu mengandung mempunyai darah tinggi, dikhuatiri bersalin secara normal menyebabkan rahim pecah.
- Telah melalui proses pembedahan c-section berulangkali.
- Saiz pinggul ibu mengandung kecil.
- Ibu dan bapa memilih tarikh kelahiran bayi mereka.
Tetapi, ada situasi di mana ibu mengandung terpaksa melalui pembedahan secara c-section kerana:
- Bukaan serviks terlalu lambat atau setelah berjam-jam kontraksi.
- Degupan jantung bayi terlalu perlahan kerana kontraksi.
- Tali pusat menjerut leher bayi.
Secara kesimpulan, bersalin secara pembedahan tidak sedikit pun menghilangkan sifat kewanitaan atau keibuan anda.
Bersalin secara normal ataupun pembedahan sama sahaja kerana anda masih bertarung nyawa untuk melahirkan bayi di dunia ini, cuma proses kelahiran sahaja berbeza.
Bahkan, sakit bersalin secara pembedahan boleh dirasai kesannya walaupun anak yang dilahirkan membesar.
Sesungguhnya pengalaman menjadi ibu adalah pengalaman berharga untuk setiap wanita.
Rencana dan gambar dari Rotikaya
The post Nad Zainal Berkongsi Pengalaman Melahirkan Anak Secara Pembedahan C-Sec appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.