Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

Rupanya Selama Ini Kita Telah Pakai Bra Dengan Cara Yang Salah!

$
0
0

Pemakaian bra yang salah?

Semua wanita tahu bagaimana ingin memakai bra. Sudah lama pun kita belajar pakai bra ini. 

Memakai bra sama macam kita pakai seluar. Bangun tidur, sarung bra di cangkuk yang sama dan taraaa, siap! Kita tak memerlukan arahan tentang cara pemakaiannya.

Tapi, tahukah anda, oleh sebab kita tak baca arahan tentang cara pemakaian bra yang betul, kita telah memakai ia dengan cara yang salah selama ini? 

Selepas membaca arahan tentang pemakaian bra yang betul ini, saya mengaku saya pun memakai bra dengan cara yang salah.

pakai bra cara salah

Malah menurut pakar pakaian dalam, hampir 80% wanita memakai bra dengan cara dan saiz yang salah SETIAP HARI, dan tidak tahu mengenai kesalahan itu!

Adakah anda salah seorang daripadanya? Apa cara pemakaian yang betul? Mari kita semak dengan lebih lanjut.

3 cara pakai bra yang betul

Cara pemakaian bra yang betul ini telah diajar oleh ThirdLove dan ia disokong oleh pakar pakaian dalam. Caranya begini:

cara pakai bra

#1 Cangkuk pada bra

Selalunya, kita akan pakai bra dengan mencangkuk ia pada cangkuk paling terakhir atau yang tengah, kan? Cara itu salah!

Anda sepatutnya memakai bra dengan mencangkuk ia di cangkuk paling awal (dan paling longgar).

Pakar dari Town Shop menerangkan ini kerana material dari bra akan merenggang. 

Jadi, menggunakan cangkuk paling awal dan paling longgar akan mengelak bra daripada cepat rosak.

cara pakai bra

Malah, bra yang dicangkuk juga tidak boleh terlalu ketat atau ternaik ke atas hingga menekan lemak badan anda. 

#2 Saiz cup

Selepas payudara masuk sepenuhnya dalam cup, tarik ia masuk untuk memenuhi cup.

Cara paling berkesan untuk mengenalpasti sama ada saiz cup yang dipakai oleh anda itu tepat atau tidak adalah dengan menyarung t-shirt kapas ketat. 

Dari situ, anda dapat melihat bra anda. Saiz bra yang tepat akan kelihatan sempurna di atas t-shirt tersebut, tanpa menampakkan sebarang bentuk bra.

Perhati tanda-tanda ini juga:

  • Bra tidak terlalu penuh dengan kemontokan payudara. Kalau terlalu penuh, tukar saiz bra!
cara pakai bra

Kredit: Laura Caseley for LittleThings

  • Cup bra tidak menggelebeh (kerana kita asyik pakai berulang kali!). Kalau ia terlalu menggelebeh, waktu untuk tukar bra!
  • Cup bra ada terlebih ruang. Ini bermaksud anda kena turunkan satu saiz cup.

#3 Tali bra

Tali bra seharusnya diselaras selepas anda memakai bra. Tali tersebut harus bersifat elastik dan tidak terlalu ketat untuk menyokong payudara.

Malah, tali bra juga tidak seharusnya meninggalkan kesan/bekas merah pada bahu anda.

cara pakai bra

Kredit: Laura Caseley for LittleThings

Jika ia memberi kesan, sudah tiba masanya anda menukar saiz bra kerana bra tersebut tidak mampu menampung berat payudara anda.

Tapi, tali bra juga tak sepatutnya asyik terjatuh. Jika ini kerap berlaku, anda kena mengetatkan tali bra atau menukar saiz bra dengan menurunkan saiz.

Berita buruknya mungkin kita telah lama salah memakai bra, tapi berita baiknya, ramai wanita di luar sana membuat kesalahan sama.

Ia satu benda yang kita tak sedar! Jadi jom sebarkan pengetahuan ini untuk semua wanita.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda. 

Sumber rujukan: Little Things

Kredit gambar: Huffington Post

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

5 Sebab Mengapa Anda Tidak Patut Pakai Bra Semasa Tidur

The post Rupanya Selama Ini Kita Telah Pakai Bra Dengan Cara Yang Salah! appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


EASY COME, EASY GO


Love with Heart Breaking Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Letting Go Quotes


Love Song lyrics that marks your Heart


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>