Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

Petua Yang Boleh Memburukkan Keadaan Bayi Dengan Colic

$
0
0

Bayi menghadapi colic

Bayi yang kerap menangis dalam jangka masa yang lama walaupun sihat, mungkin adalah tanda colic.

Colic disebabkan oleh alahan, intoleransi laktosa, sistem pencernaan yang tidak matang dan perbezaan cara bayi diberi makan. 

Semua ini boleh menyumbang kepada colic.

Akibatnya, bayi kerap menangis kerana rasa sakit apabila usus mereka cuba membuang gas angin yang terperangkap dalam sistem pencernaan.

Kredit: Flickr

Walaupun keadaan ini dianggap biasa dan akan pulih dengan sendiri apabila bayi berusia antara 8 – 14 minggu, bayi yang mengalami masalah colic boleh beri tekanan di rumah

Selalunya ibu bapa akan guna petua dan puting kosong untuk menenangkan bayi mereka.

Tapi, kajian terkini menunjukkan amalan yang telah digunakan sekian lama itu sebenarnya boleh memburukkan lagi keadaan colic!

Petua pemulihan guna herba

Menurut Dr Sara Fein pakar sains pengguna di FDA (Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat) kira-kira 1 dalam 10 bayi yang diberi minuman herba yang dibuat di rumah menghadapi risiko kesihatan.

Perbuatan itu berbahaya kerana apabila bayi diberi minuman herba atau ramuan buatan rumah, kita tak dapat menentukan interaksi kandungan ramuan yang tidak diketahui atau bahan cemar dalam produk itu.

Jadi, ibu bapa harus menanggung risiko memberi minuman herba atau ramuan buatan sendiri yang belum dikaji atau diluluskan FDA untuk merawat anak.

Petua beri puting kosong

Selalunya, ibu bapa akan beri puting kosong untuk menenangkan bayi yang kerap menangis.

Tapi tahukah anda, puting kosong hanya boleh mengalih perhatian bayi dari kesakitan yang dialaminya dan mungkin boleh menyebabkan colic semakin teruk? 

Selain mengganggu penyusuan susu ibu, kajian yang diterbitkan di Pediatrics menunjukkan puting kosong telah dikaitkan dengan risiko demam, jangkitan telinga dan colic.

Faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan colic semakin teruk

  1. Memberi susu yang terlalu banyak kerana ingin menenangkan bayi
  2. Makanan yang mempunyai kandung gula yang tinggi seperti jus
  3. Apabila bayi minum terlalu cepat. Cuba puting dengan lubang yang lebih kecil atau menyusukan anak selepas fasa let down yang kuat.

Cara penyelesaian yang selamat dan berkesan

Untuk melegakan kesakitan yang dialami apabila usus mereka yang cuba membuang gas angin terperangkap dalam sistem pencernaan, ubat Colimix boleh membantu.

Colimix berbentuk sirap yang boleh mengurangkan tanda-tanda colic.

Rasanya seperti rasa buah oren dan pisang dan senang untuk diberi kepada kanak-kanak kecil.

Selalunya, ubat titis Colimix akan diberi kepada bayi yang kurang dari 6 bulan dan selepas itu sirap pula boleh diberi mengikut jumlah yang ditetapkan oleh doktor.

Fungsi Ubat Colimix adalah untuk memecahkan gas-gas udara dalam sistem pencernaan bayi dan mengendurkan otot-otot usus.

Ini akan melegakan kesakitan yang dialami dan membantu bayi anda untuk sendawa

Jangan risau. Colic cuma keadaan sementara sahaja. Bersabarlah ibu-ibu, semuanya akan baik tidak lama lagi.

Sumber: WebMD

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Kajian kontroversi ini menunjukkan akupuntur dapat melegakan bayi kolik (colic)

The post Petua Yang Boleh Memburukkan Keadaan Bayi Dengan Colic appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


EASY COME, EASY GO


Love with Heart Breaking Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Letting Go Quotes


Love Song lyrics that marks your Heart


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>