Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

Adakah bayi dilahirkan dengan personaliti?

$
0
0
Adakah bayi dilahirkan dengan personaliti?

Adakah bayi dilahirkan dengan personaliti?

Adakah bayi dilahirkan dengan personaliti tertentu? Teruskan membaca agar anda dapat lebih memahami kelakuan bayi anda. Ketahui apa kata pakar berkenaan perkara ini.

Ya, bayi memang dilahirkan dengan personaliti. Doktor dan pakar psikologi mengesahkan bahawa bayi memang dilahirkan dengan personaliti tertentu dan kenyataan mereka  itu disokong oleh pelbagai kajian.  Para pengkaji percaya bahawa setiap anak bermula dengan satu set personaliti yang terdiri daripada sembilan ciri. Set personaliti inilah yang menentukan jenis personaliti bayi anda.

Bayi mellow

Bayi mellow adalah bayi yang tenang, tidak mudah terganggu dengan persekitaran yang asing dan biasanya tidak takut dengan orang yang tidak dikenali. Bayi yang berpersonaliti begini pada kebiasaannya agak lambat berpusing, merangkak, berjalan dan bercakap. Anda mungkin rasa bertuah jika anak anda tergolong di dalam golongan ini kerana tidak banyak kerenahnya tetapi harus diingat, segelintir bayi mellow agak ketinggalan di dalam pembelajaran sedangkan rakan-rakan sebayanya yang lain dapat ‘menangkap’ apa yang diajar dengan cepat dan mudah.

Bayi moody

Memang memeningkan kepala jika anak kita tergolong dalam golongan bayi moody kerana bayi jenis ini sangat sensitif terhadap persekitarannya. Dalam sekelip mata sahaja dia boleh berubah daripada ketawa kepada menangis sekiranya ada sesuatu yang tidak kena pada pandangannya. Bunyi bising, pergerakan secara tiba-tiba, orang yang kasar, semuanya boleh menjadi sebab untuk si bayi moody meragam. Bayi moody, apabila meningkat remaja dikatakan agak lemah dalam menangani stress dan mempunyai otot-otot yang tegang. Mereka juga lebih mudah resah apabila berhadapan dengan sesuatu masalah.

Ibubapa yang mempunyai bayi moody perlu bijak mengenalpasti situasi-situasi yang  boleh membuat bayi tidak selesa dan meragam dan cuba elakkan daripada bayi anda terpaksa berhadapan dengan situasi tersebut.

 BERKAIT: Menangani bayi menangis

Bayi pemalu

Bayi pemalu mempunyai karakter yang lebih kurang sama dengan bayi moody iaitu tidak sukakan persekitaran yang asing. Bezanya, bayi pemalu, seperti juga kanak-kanak pemalu, lebih cenderung untuk memencilkan diri apabila merasakan persekitarannya seperti ‘mengancam’ keselamatan dirinya. Mereka ini lambat serasi  dan menunjukkan tindakbalas pasif terhadap perkara-perkara yang baru – makanan, tempat, benda, orang.

 BERKAIT: Instill confidence in your child

Bayi ceria

Apa yang lebih menceriakan si ibu daripada mempunyai bayi yang sentiasa ceria? Bayi ceria secara keseluruhannya tidak banyak kerenah atau meragam. Wajahnya sentiasa sahaja tersenyum dan girang. Berjumpa orang baru? Berada di tempat baru? Bukan masalah baginya kerana tidak seperti bayi pemalu atau moody, bayi ceria mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Bayi ini hanya akan menangis apabila keperluannya tidak dipenuhi. Selain daripada itu, bayi jenis ini memang tidak banyak masalah.

Namun, bayi ceria mungkin akan membesar menjadi seorang yang terlalu mudah mempercayai orang yang baru dikenalinya. Oleh itu adalah penting bagi ibubapanya mengajar anaknya itu tentang bahaya-bahaya berkaitan dengan orang yang tidak dikenali. Tetapi awas, jangan sampai kita menjadikan anak kita itu seorang yang prejudis!

 BERKAIT: Are pacifiers good for your baby?

Adakah bayi saya akan kekal begitu sehingga besar?

Kajian demi kajian menunjukkan bahawa personaliti seseorang bayi itu kekal bersama anak itu sepanjang hidupnya. Tetapi ini tidak bermakna anda tidak boleh menjadikan bayi anda yang pemalu atau moody itu seorang yang lebih tenang dan mudah serasi dengan persekitaran baru.

Sebagai ibubapa, anda patut memberi rangsangan yang bersesuaian dalam membentuk personaliti anak anda. Namun harus diingat, membuat make over terhadap personaliti anak anda mungkin akan hanya membuatnya stress dan menggagalkan usaha murni anda itu. Oleh itu, kembangkan potensi yang sedia ada dalam diri si manja anda agar dia membesar menjadi individu yang unik. Pastinya ini lebih mudah daripada menongkah arus.

BERKAIT: How to deal with tantrums

 

Rujukan:

Are babies born with a personality

Baby Personality Types

Psikologi dan Emosi Bayi

Your Baby’s Personalities and You


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

Trending Articles


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Maganda Quotes – tagalog Quotes – Inggit Quotes


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


INUMAN QUOTES


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


EASY COME, EASY GO


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Love with Heart Breaking Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>