Barang bayi yang perlu disediakan
Kehamilan adalah momen yang sangat indah, walaupun ketidakstabilan hormon yang menyebabkan tempoh 9 bulan seperti selama-lamanya.
Jika anda belum lagi membuat checklist untuk memastikan anda tidak tertinggal apa-apa barang yang perlu disediakan untuk bayi atau si kecil itu, senarai ini boleh membantu anda.
Ini antara 10 barang bayi yang ibu bapa selalu sering lupa beli. Sedangkan ia amat penting untuk bayi baru lahir anda itu!
1. Penyedut hidung

Penyedut hidung bayi. Kredit foto: Amazon
Bayi belum tahu menghembus hidung mereka sendiri dan hidung tersembat akan menyebabkan bayi anda tidak selesa.
Jadi, bantu mereka dengan menyediakan alat penyedut ini. Anda pasti akan berterima kasih atas tips kami ini!
2. Kain bedung

Bedung bayi. Kredit foto : babylist
Anda mungkin tidak menyertakan sekali bedung sebagai barangan asas katil bayi, lagipun di sini kan cuaca panas.
Tetapi membedung merupakan salah satu perkara yang sangat menenangkan bayi anda. Dan yang paling penting, cara bedung yang salah boleh menyebabkan tumbesaran anak anda terganggu.
Jadi, jangan lupa beli kain ini ya.
3. Kain penggendong

Gendong bayi yang membantu memudahkan urusan anda. Kredit foto : buy buy baby
Dengan kehadiran si kecil, anda akan tidak menang tangan. Semua benda anda kena buat di rumah dan bayi baru lahir itu juga memerlukan anda.
Alat penggendong adalah inovasi yang terbaik untuk memastikan bayi sentiasa dengan anda tanpa perlu melenguhkan tangan anda mendukungnya setiap masa.
4. Pengalas tempat salin lampin tambahan

Pengalas tempat salin lampin tambahan. Kredit foto : amazon
Jangan ingat bayi comel itu akan kekal comel 24 jam sehari, ya!
Menguruskan bayi boleh jadi sungguh mencomotkan, inilah sebenarnya anda harus mempunyai kain alas tambahan untuk ditukar jika kotor.
5. Kit penjagaan kuku bayi

Kit penjagaan kuku bayi. Kredit foto : aliexpress
Kuku bayi harus dipotong selalu untuk mengelakkan kesan calar mereka menggaru muka mereka sendiri.
Aduh, tapi momen untuk memotong kuku mereka antara momen yang paling mendebar dan menakutkan.
Jika anda takut untuk memotong kuku kecil mereka, cuba alat pemotong kuku bayi elektronik yang lebih mudah dan kurang risiko luka.
6. Kit botol susu dan berus

Kit botol susu bayi. Kredit foto : babycouture,in
Anda mungkin merancang untuk melakukan penyusuan badan, tetapi bagus sebenarnya untuk anda mempunyai kita botol susu dan berus, kalau-kalau anda terpaksa mengepam susu.
Kit yang bagus mempunyai botol, puting, alat nyah kuman dan alat pemanas.
Cari berus botol susu yang mempunyai berus yang kukuh. Simpan semua kelengkapan ini agar anda mudah menggunakannya nanti.
7. Mesin ‘white noise’

White noise juga mempunyai aplikasi yang boleh dimuat turun di telefon bimbit. Kredit foto : pexels
‘White noise’ akan membantu bayi lebih tenang. Dengan bantuan white noise ini, anak anda akan tidur dengan lebih mudah.
Putera William dan Kate pun menggunakan bunyi white noise untuk menidurkan anak mereka!
Sesetengah mesin white noise mempunyai bunyi degupan jantung dan bunyi di dalam rahim yang lebih menenangkan. Bayi amat menggemari bunyi-bunyi ini.
8. Mesin pengesan pernafasan

Mesin pengesan pernafasan. Kredit foto: flickr
Ramai ibu bapa yang risau tentang SIDS.
Jika anda salah seorang daripada mereka, laburkan duit ke atas mesin pengesan pergerakkan.
Ia diselitkan di bawah cadar bayi untuk memantau pernafasan bayi. Jika alat ini tidak dapat mengesan sebarang pergerakan selama lebih dari 20 saat, ia akan berbunyi.
9. Ubat-ubatan
Salah satu perkara yang sangat menakutkan ialah demam di tengah malam.
Demam adalah perkara biasa untuk bayi, jadi dengan adanya ubat demam, ia boleh digunakan untuk sementara untuk berjumpa doktor.
Jika bernasib baik, demam akan kebah sebelum sempat berjumpa doktor.
10. Katil bayi mudah alih

Katil bayi mudah alih Kredit foto : flickr
Walaupun anda tidak merancang untuk berjalan dengan bayi anda, adalah untung jika anda melabur duit pada katil bayi mudah alih yang boleh dilipat.
Ia sangat berguna untuk anda meletakkan bayi ketika melawat saudara-mara atau balik ke kampung. Lebih-lebih lagi katil yang dia sudah biasa.
Ianya normal untuk rasa stress memikirkan sama ada barangan sudah lengkap atau tidak kerana apa yang penting untuk ibu bapa lain, tidak semestinya penting untuk anda.
Fikir tengah rutin dan gaya hidup keluarga anda dan sesuaikan dengan keperluan bayi. Ini dapat membantu melengkapkan senarai barangan anda.
*** Kita ada 40 minggu sebelum bayi keluar, tapi masa tiba dengan sekelip mata saja. Malah, ibu bapa yang sudah ramai anak juga boleh terlupa barangan bayi. Jadi, siapkan senarai anda supaya anda boleh bersalin dengan tenang.
Sudahkah anda membuat senarai anda? Ada barangan yang anda rasa penting untuk beli dulu? Kongsikan dengan kami!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga:
10 Barangan Bayi Yang Anda Patut Simpan Dalam Kereta
Sumber: theAsianParent Singapore
The post Checklist 10 Barang Bayi Yang Ibu Bapa Sering Lupa Beli appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.