Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

Anda Mahu Lihat Rupa Asma Pada Bayi? Tengok Video Ini!

$
0
0

Bolehkah bayi menghidap asma?

Asma pada bayi – bunyinya sudah cukup ngeri. 

Asma adalah reaksi alahan pada salur pernafasan terhadap alergen seperti debunga, udara sejuk, mahupun tekanan.

Apabila asma menyerang, salur pernafasan akan menjadi sempit sehingga menyebabkan bayi atau kanak-kanak sukar bernafas.

Tetapi asma pada bayi susah untuk dikenalpasti dan ibu bapa boleh terlepas pandang jika mereka tidak tahu rupa atau tanda-tanda yang perlu dicari.

asma pada bayi

Kredit: OptiBac Probiotics

Kanak-kanak yang sudah pandai bertutur, boleh mengadu kepada ibu bapa apabila serangan berlaku.

Tetapi bagaimana pula nasib bayi yang belum pandai bercakap? Inilah sebab mengapa ibu bapa perlu tengok dengan mata sendiri, supaya pandai mengenalpasti jika bayi mereka diserang asma ataupun tidak.

Video yang menunjukkan asma pada bayi

Sophie Cachia, seorang ibu dan juga usahawan telah memuat naik video bayinya diserang asma di Instagram.

After being taken in an ambo on our second night and told to come back to the hospital anytime we weren't sure, this is what we took her back for on our last night. No, we're not doctors or trained professionals, but with Bobby being an asthmatic (and has been hospitalized multiple times with asthma attacks), we're well aware of the signs to look for. The sucking in under her throat & her ribs means she's working really hard to breathe. We used prior knowledge & listened to our gut and Jaryd took her in just before bed time. Lucky, because the poor thing spent the night hooked up to oxygen. I only took this video just before they left in case she got to the hospital and was breathing fine, I always prefer to have something to show them upon arrival. PS: @tinyheartsfirstaid your training comes in to play more than I notice 🙏🏼😘❤️ Update: Florence is doing VERY well and loving being back in her own bed. Thank you again for all the love. Xxx

A post shared by Sophie Cachia (@sophiecachia_) on

Bayi Sophie yang bernama Florence itu telah mengalami serangan asma dan dibawa ke hospital.

Selepas menerima rawatan, doktor membenarkan Florence balik ke rumah dengan syarat ibu bapanya akan bawa dia ke hospital lagi jika ada tanda-tanda asma atau jika berlakunya apa-apa yang mereka kurang pasti.

Pada keesokan harinya, Florence mendapat serangan yang serupa. Sophie dapat mengenalpasti tanda-tandanya kerana anaknya yang lebih tua juga menghidap asma.

Sophie telah menangkap video serangan asma bayinya untuk ditunjukkan kepada doktor.

Mereka sempat membawa Florence ke hospital di mana dia diberi rawatan segera. Supaya ibu bapa lain tahu tentang tanda-tanda asma pada bayi, Sophie telah berkongsi video tersebut di Instagram.

Tanda-tanda asma pada bayi baru lahir

Fungsi otot dalam dada serta diafragma adalah untuk mengembang dan mengecutkan sangkar tulang rusuk serta paru-paru, apabila seseorang bernafas secara normal.

Apabila mengalami masalah pernafasan, otot lain seperti otot-otot leher, abdomen, otot dada dan belakang akan melibatkan diri. Dan inilah cara untuk mengenalpasti asma pada bayi baru lahir.

  1. Bayi rasa tertekan atau menangis
  2. Otot leher mengecut dalam setiap nafas. Anda juga boleh melihat rongga di bawah dagu bayi mengembang setiap kali dia bernafas.
  3. Perut bayi anda bergerak lebih daripada dadanya. Tapi, ini adalah tanda yang senang disalah tafsir.
  4. Ruang antara tulang rusuk akan masuk dalam setiap nafas.

Di samping itu, hati-hati dengan bunyi pernafasan yang berdehit. Ini mungkin tanda serangan asma pada bayi juga.

Apa ibu bapa boleh buat untuk asma pada bayi?

Asma memerlukan rawatan segera, jadi jangan abaikan tanda-tanda dan gejala asma pada bayi anda.

Ibu bapa perlu lebih berjaga-jaga dan memantau anak untuk tanda-tanda di atas terutamanya jika anda, pasangan, atau anak yang lebih besar juga penghidap asma atau mempunyai alahan lain.

Ini meningkatkan risiko bayi anda mengalami keadaan yang sama.

Dengan rawatan, anak anda dapat melakukan hampir semua aktiviti seperti kanak-kanak lain. Jika bayi anda sedang menunjukkan tanda-tanda di atas, tunjukkan kepada doktor dengan serta-merta.

Sumber: NHS

Sumber gambar: Gambar tangkapan dari Instagram

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Ibu Ini Beri Amaran Bahaya Tentang Tanda Awal Penyakit Kawasaki Pada Anak!

The post Anda Mahu Lihat Rupa Asma Pada Bayi? Tengok Video Ini! appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


EASY COME, EASY GO


Love with Heart Breaking Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Letting Go Quotes


Love Song lyrics that marks your Heart


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>