Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

“Saya Harap Saya Bukannya Anak Tunggal”– Luahan Anak Yang Kesunyian

$
0
0

Saya merupakan anak tunggal kepada ibu bapa saya dan apabila saya lihat kembali dan terkenang pengalaman saya menjadi anak tunggal, ini apa yang saya jumpa:

1. Orang ingat anda dapat semua benda

Kredit: cookifi.com

Salah satu salah faham orang ramai terhadap anak tunggal ialah: mereka dapat apa saja yang mereka nak.

Seolah-olah apa saja yang diingini akan dipenuhi oleh ibu bapa. Ini tidak betul!

Ya, memang sepenuh kasih sayang diberi, tapi masih ada marah juga. Sungguh menjengkelkan apabila orang lihat anda sebagai anak manja.

2. Anda tidak ada kawan untuk berkongsi

Memandangkan anda adalah anak tunggal, anda tidak perlu berkongsi mainan, pakaian, atau apa sahaja!

Semuanya eksklusif buat anda. Semasa kecil, ini memang seronok, tapi ada masa saya tetap rasa sunyi juga.

 3. Perhatian tertumpu pada anda

Jadi anak tunggal bermakna seluruh perhatian ibu bapa tertumpu pada anda 24 jam.

Terasa dilindungi tapi kadang-kala terlalu “mengambil tahu” terutamanya ketika sudah masuk ke alam remaja agak merimaskan.

Dan juga terdapat kemungkinan anda tidak dapat membuat keputusan sendiri.

4. Anda keseorangan

Apabila menjadi anak tunggal, jarang dapat bermain bersama teman. Kredit foto : pixabay

Waktu cuti sekolah dan hari-hari istimewa untuk adik-beradik, anda tidak tahu apa yang hendak dilakukan.

Ya, anda boleh ada rakan dan sepupu, tapi, betapa istimewanya jika ada adik beradik.

5. Ekstrovert introvert

Anda membesar sebagai seorang ekstrovert: individu yang mudah rapat dengan orang luar seperti rakan kelas, rakan kerja, keluar berparti.

Tapi jauh dalam hati anda, anda seorang introvert dan rasa sukar untuk terbuka dengan orang asing.

6. Hubungan istimewa dengan haiwan

Kredit: Earth Porm

Oleh sebab keseorangan, anda amat mudah untuk sukakan binatang dan menyayangi mereka. Malah, haiwan peliharaan ini yang akan jadi teman untuk anda bersembang.

7. Anda tidak terdedah kepada persaingan 

Kredit: psychologos.ru

Anda tidak akan faham emosi bergaduh dengan adik-beradik kerana berebut atau bersaing. Anda tidak ada orang untuk dibuli, bermain, mengadu dan belajar.

Semakin anda dewasa dan ibu bapa semakin tua, anda akan mula dihantui perasaan apa akan terjadi apabila ibu bapa anda sudah tiada.

Anda tidak ada orang lain untuk berkongsi memori, bercakap, atau untuk merindui mereka.

Dan sudah tentu ketika itu anda sudah ada keluarga sendiri, suami dan anak-anak bersama anda, tetapi, akan ada lubang yang kosong di dalam hati anda yang orang lain tidak akan benar-benar faham.

Lebih dari satu atau anak tunggal?

Sudah tentu, jadi anak tunggal tidak semuanya buruk. Ia ada kelebihannya juga. 

Walaupun saya rasa saya akan jadi orang yang lebih baik jika saya ada adik-beradik.

Apabila saya memerhatikan anak-anak saya, mereka seronok dapat bergaduh, mengejek satu sama lain dan pada masa yang sama berkongsi, merindui dan enggan ke mana-mana tanpa adik beradik yang lain, saya rasa ia sungguh menghiburkan!

Melalui perangai mereka, mereka telah mengajar saya pengajaran hidup tentang kasih sayang yang tidak pernah saya alami kerana tiada adik-beradik.

Jika mampu, ibu bapa, berikalahn anak anda adik baru!

Penafian: Perkongsian ini adalah berdasarkan pengalaman personal.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: theAsianParent Singapore

Baca juga:

Bagaimana Ingin Besarkan Anak Tunggal Yang Gembira dan Bahagia?

 

The post “Saya Harap Saya Bukannya Anak Tunggal” – Luahan Anak Yang Kesunyian appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

Trending Articles


Love Quotes Tagalog


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Girasoles para colorear


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo Create - Video Maker & Editor 1.5.2 by Vimeo Inc


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Pocoyo para colorear


Sapos para colorear


Patama lines and Tagalog Quotes Pinoy Sayings


“BAHAY KUBO HUGOT”


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 11.6.0 by Vimeo.com, Inc.



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>