Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4985

8 Penyakit Kanak-Kanak Berbahaya Yang Boleh Meragut Nyawa Anak Anda

$
0
0

8 penyakit kanak-kanak yang paling berbahaya

Kanak-kanak adalah individu yang paling mudah terdedah dengan pelbagai penyakit berbahaya di dunia.

Malah, jumlah kematian kanak-kanak yang menghidap penyakit berbahaya semakin meningkat. Akan tetapi, ia boleh dicegah jika kanak-kanak itu diberi vaksin dan dijaga dengan betul.

Walaubagaimanapun, masih ramai ibu bapa di luar sana yang tidak bersedia dan tidak dididik tentang penyakit berbahaya yang boleh meragut nyawa anak mereka. 

Oleh itu, kami di theAsianparent ingin memberi sedikit maklumat berguna pada semua ibu bapa tentang penyakit kanak-kanak yang berbahaya, dan perlu dipantau oleh anda. 

Maklumat ini diperoleh daripada pihak WHO sendiri.

Mari lihat apakah 8 penyakit kanak-kanak tersebut:

1. Pneumonia

penyakit kanak-kanak

Kredit: MD-Health.com

Hampir 81% kematian akibat penyakit pneumonia terjadi pada kanak-kanak yang berusia 2 tahun ke bawah

Radang paru-paru ini boleh disebabkan oleh bakteria, fungus, virus atau parasit. Namun, penyelidik menganggarkan ia boleh dicegah dengan vaksin.

Antara sebab utama mengapa kanak-kanak diserang pneumonia adalah kerana kekurangan zat, penyusuan susu ibu yang kurang optimal, dan kekurangan zink. 

2. Cirit-birit

penyakit kanak-kanak

Kredit: YouTube

Cirit-birit yang dialami kanak-kanak sebahagian besarnya disebabkan oleh jangkitan dari virus rotavirus, bakteria salmonella atau dari parasit giardia. 

Kunci utama untuk mengelak penyakit ini adalah dengan mencegah anak terkena dehidrasi (kurang air). 

Cirit-birit boleh membuatkan tubuh anak anda kehilangan banyak air, jadi untuk kembali pulih, mereka perlu minum banyak air.

Kalau tidak, cirit-birit boleh membawa kepada sawan, kerosakan otak atau maut.

3. Malaria

penyakit kanak-kanak

Malaria adalah penyakit yang paling berbahaya untuk kanak-kanak. Penyakit ini dibawa oleh nyamuk dan boleh menjangkiti individu dengan mudah.

Kanak-kanak yang menghidap malaria akan mengalami demam, menggigil kesejukan, selesema dan boleh maut jika tidak dirawat dengan segera.

4. Polio

penyakit kanak-kanak

Kredit: Flickr

Polio boleh tersebar melalui sentuhan dengan najis, mukus, atau dari air liur penghidapnya.

Polio mampu menyerang otak dan saraf tunjang hingga menyebabkan kelumpuhan. Ia boleh dicegah dengan pengambilan vaksin yang diberi pada bayi ketika berusia 8 minggu, 12 minggu dan 20 minggu.

5. Campak

penyakit kanak-kanak

Kredit: memd.me

Campak adalah virus yang berbahaya buat kanak-kanak di bawah usia 5 tahun. Ia amat senang dijangkiti oleh mereka.

Biasanya, anak yang terkena campak akan naik titik-titik di mulut dan hidung mereka. Kemudian, mereka akan menghidap selesema dan demam. 

Campak boleh menyebabkan krup, bronkitis dan menjangkiti sistem saraf. Campak boleh diatasi dengan pemberian vaksin. 

6. Difteria

penyakit kanak-kanak

Kredit: Healthline

Difteria adalah penyakit yang melibatkan pernafasan atau kerongkong. Ia boleh berjangkit namun mampu dielak jika anak anda telah diberi vaksin yang sepatutnya.

Penyakit ini menyebabkan masalah pernafasan, kecederaan pada jantung atau sistem saraf dan boleh membawa maut. 

Dalam kes-kes tertentu, difteria boleh menyebabkan nodus limfa kanak-kanak membengkak lalu menyukarkan pernafasan.

7. Tetanus (kancing dagu)

penyakit kanak-kanak

Kredit: Hindustan Times

Tetanus atau kancing dagu boleh berlaku akibat pencemaran di kawasan luka. Jangkitan ini boleh menyebabkan kekejangan otot di rahang atau di seluruh badan.

Organisma yang boleh menyebabkan tetanus ada dalam tanah. Jadi, jika mana-mana kawasan luka anak anda terkena tanah, mereka mungkin boleh dijangkiti tetanus.

Tetanus juga boleh dijangkiti melalui gigitan haiwan. Namun, ia boleh dicegah dengan pemberian vaksin. 

8. Pertusis (batuk kokol) 

penyakit kanak-kanak

Kredit: What Doctors Don’t Tell You

Pertusis atau dikenali sebagai batuk kokol adalah penyakit kanak-kanak yang paling mudah merebak.

Ia menyebabkan kanak-kanak sukar bernafas dan mengalami batuk kokol selama lebih daripada 20 kali dalam satu nafas tunggal.

Penyakit ini bermula dengan selesema, kemudian anda akan dengan anak batuk “tercungap-cungap” seolah mereka susah untuk menarik nafas.

Kes-kes yang teruk boleh menyebabkan muntah, turun berat badan, kecederaan otak dan maut. Bayi adalah insan paling berisiko.

Oleh itu ibu bapa semua, sentiasa jaga malah pantau tahap kesihatan anak-anak anda. Semua penyakit berbahaya ini boleh dicegah dengan pemberian vaksin.

Jadi, dapatkan vaksin seperti yang sepatutnya. Jika anda ada sebarang persoalan dan kemusykilan, segera rujuk ia pada doktor pakar.

Semoga anak-anak kita sentiasa dilindungi.

Sumber rujukan: AFK Insider dan Baby Center

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

15 tanda-tanda kanser pada kanak-kanak yang mungkin anda abaikan

 

 

The post 8 Penyakit Kanak-Kanak Berbahaya Yang Boleh Meragut Nyawa Anak Anda appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4985

Trending Articles


EASY COME, EASY GO


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Patama Quotes – Tanga love tagalog quotes


Boy Banat Patama Tagalog Love Quotes for you


Inggit Quotes and Kabit Quotes – Tagalog Patama Quotes


INUMAN QUOTES


Re:Mutton Pies (lleechef)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Girasoles para colorear


Gwapo Quotes : Babaero Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Patama tagalog quotes – Move On Quotes


Ligaw Quotes – Courting Quotes – Sweet Tagalog Quotes


Tropa Quotes


Hugot Lines 2020 Patama : ML Edition


RE: Mutton Pies (frankie241)


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>