Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4985

5 Sebab Kenapa Sakit Buang Air Besar Kali Pertama Lebih Teruk Dari Bersalin!

$
0
0

Buang air besar selepas bersalin

Selepas 9 bulan menunggu dan mengharungi kesakitan untuk bersalin, ada lagi kesakitan yang lebih ngeri selepas itu. Ia ialah masalah buang air besar selepas bersalin.

Topik ini selalu dibincang bersama dengan masalah buasir semasa kehamilan dan ramai yang pernah mengalaminya akan berkongsi pengalaman membuang air besar buat kali pertama.

Mengapa sakit buang air besar selepas bersalin berlaku? Di sini ada 5 sebab yang anda patut tahu.

1- Ibu sudah pun ada masalah sembelit

Selepas bersalin, tubuh anda akan mengambil sedikit masa untuk sembuh dan kembali seperti biasa.

Ini termasuklah metabolisme ibu dan sistem pencernaannya. Pengambilan ubat, vitamin tambahan serta masalah dehidrasi juga menyumbang kepada berlakunya sembelit dan masalah buang air besar selepas bersalin.

Ibu-ibu yang melahirkan anak melalui pembedahan caesarean juga akan menghadapi masalah sembelit, terutamanya apabila tamatnya kesan ubat bius. 

2 – Faraj koyak

Ibu-ibu yang melahirkan anak secara biasa akan diberi episiotomi, atau pemotongan “membuka ruang” di kawasan antara faraj dan dubur untuk meluaskan saluran kelahiran.

Vulva dan perineum juga boleh terkoyak secara spontan semasa bersalin jika episiotomi tidak diberi.

Bayangkan betapa sakitnya apabila ibu itu perlu buang air besar nanti!

3 – Ibu mungkin tidak ambil ubat pelembut najis

Sumber gambar: Lelong.my

Ramai ibu-ibu menganggap ubat pelembut najis adalah tidak penting. Tapi, jangan menyesal selepas ini, ye?

Ubat pelembut najis sebenarnya banyak membantu dan boleh memudahkan ibu untuk buang air besar selepas bersalin. Anda akan berterima kasih dengan kehadiran ubat ini!

4 – Jahitan yang sakit

Jika faraj terkoyak atau selepas prosedur episiotomi, doktor akan menjahit kawasan luka tersebut supaya ia boleh sembuh.

Ibu perlu menahan sakit selama beberapa hari dan kalau luka itu lambat sembuh atau faraj ibu telah koyak teruk, mungkin kalian perlu menahan sakit sehingga beberapa minggu.

Malah kesan jahitan ibu-ibu yang melahirkan anak melalui pembedahan masih rasa sakit selepas beberapa minggu.

Jaga jahitan dan kawasan luka di bawah dengan baik untuk mengelaknya daripada meradang.

5 – Kawasan faraj yang kembang dan sakit

Sumber gambar: medicaldaily.com

Ibu baru masih akan rasa sakit ketika buang air besar selepas bersalin walaupun farajnya tidak terkoyak.

Seorang bayi baru saja keluar dari saluran kelahiran dan faraj ibu itu. Biarpun ia tidak terkoyak, faraj ibu mungkin kembang dan akan rasa sakit di kawasan dubur. 

Bawa bersabar dan tahan kesakitan itu, ya!

Sekarang lepas anda tahu kenapa seksa sungguh nak buang air besar buat pertama kali selepas bersalin, jom kita tengok apa cara yang boleh mengurangkan rasa sakit ketika buang air besar selepas bersalin ini pula.

Cara memudahkan ibu buang air besar selepas bersalin

Dapatkan nasihat doktor supaya beliau boleh memberi ubat-ubat sesuai untuk melegakan keadaan ini.

Ibuprofen, krim sejuk dan ubat pelembut najis, semuanya boleh membantu.

Anda juga boleh menggunakan tekanan sebagai satu cara untuk menahan rasa sakit semasa membuang air besar.

Anda juga boleh menggunakan lampin atau pad ibu bersalin yang telah dibekukan untuk melegakan rasa sakit pada luka faraj.

Jangan makan keju atau makanan yang boleh menyebabkan sembelit seperti roti putih, beras putih, pasta, dan telur.

Sebaliknya, banyak makan buah-buahan dan sayur-sayuran segar – elakkan jenis yang dalam tin. Makanan berlemak dan diproses juga perlu dielak buat masa ini.

Sekiranya keadaan ibu tidak bertambah baik setiap kali ke tandas, berjumpalah dengan doktor untuk mendapat jalan penyelesaian lain supaya anda boleh menikmati minggu-minggu pertama bersama bayi anda.

Anda ada pengalaman yang sama? Apa anda buat untuk mengurangkan rasa sakit buang air besar selepas bersalin?

Artikel ini telah diterbitkan semula dari theAsianparent Philippines

Sumber: RomperBaby CenterWhat to ExpectThe Huffington Post

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

(Video) Episiotomi: Bagaimana Vagina Dibuka Ruang Semasa Bersalin Normal

The post 5 Sebab Kenapa Sakit Buang Air Besar Kali Pertama Lebih Teruk Dari Bersalin! appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4985

Trending Articles


Mga Patama sa mga Nagmamahal the Best Tagalog love quotes for you


Re:Mutton Pies (lleechef)


Sapos para colorear


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Patama tagalog quotes – Move On Quotes


Tropa Quotes


RE: Mutton Pies (frankie241)


EASY COME, EASY GO


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Maganda Quotes – tagalog Quotes – Inggit Quotes


Girasoles para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


“Tado” Jimenez Quotes Collections Online


Patama Quotes – Tanga love tagalog quotes


Ligaw Quotes – Courting Quotes – Sweet Tagalog Quotes


Hugot Lines 2020 Patama : ML Edition


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


Pokemon para colorear



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>