Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977

Ini 4 Sebab Utama Kenapa Isteri Selalu Tiada Mood Untuk “Bersama”

$
0
0

Isteri tiada mood untuk bersama, kenapa ya?

Orang kata isteri selalunya tiada mood untuk seks setelah lama berkahwin.

Jangan percaya stereotaip yang mengatakan wanita lebih dingin berbanding lelaki.

Jika aksi di dalam bilik tidur semakin kurang dan boring, kemungkinan besar ada sebab atau masalah lebih mendalam yang perlu ditangani antara hubungan anda dengan si isteri.

Anda masih terkenangkan malam-malam hangat anda berdua beberapa bulan yang lalu?

Api itu boleh membara semula. Cuba anda cari dulu punca mengapa api itu telah reda. Di bawah mungkin beberapa sebab si isteri kurang mood untuk berhubungan intim dengan anda. 

1) Anda berdua tidak meluangkan cukup masa bersama

Seks dengan isteri bukan macam pasang TV tau? Isteri anda bukan macam TV, kalau nak, bila-bila masa pun boleh.

Isteri anda juga mempunyai hati dan perasaan. Kasih sayang yang dibina bersama isteri anda setiap hari, setiap bulan, setiap tahun yang anda habiskan bersama, kasih sayang inilah yang akan mengeratkan hubungan anda berdua.

Hubungan intim adalah untuk mengeratkan hubungan antara suami dan isteri. Tapi jika hubungan harian anda tidak diberi perhatian, macam mana anda ingin mula berintim dengan isteri?

Anda perlu membina kemesraan bersama isteri: berpegang tangan, cium pipi, ataupun bertanya tentang keadaan harinya.

Semua ini boleh mengeratkan hubungan dan mengembalikan perasaan cinta dan sayang yang telah lama reda.

2) Terlalu letih atau penat berkerja

Ini bukan pasal suka hati dia je cakap dia terlalu letih dan tidak mahu berintim.

Apabila isteri perlu mencuci rumah, masak, kerja, hantar anak ke sekolah dan menjaga anak dan suami, kadang-kadang dia terlalu letih dan langsung tidak memikirkan tentang seks. 

Kalau dia cakap dia sangat letih atau tengah sakit kepala, janganlah dipaksa.

Sebaliknya, dengar cakap isteri dan memberi pertolongan. Adakah anda selalu sedia menghulurkan pertolongan apabila melakukan kerja rumah?

Adakah anda selalu menjaga anak-anak atau hanya sekali-sekala dan hanya apabila disuruh?

Tak ada benda lain yang lebih seksi dari suami yang selalu sudi menolong di rumah. Berikan ruang kepada isteri supaya dia boleh recharge sikit.

Apabila sudah cukup rehat, seks dengan isteri pasti akan lebih ommph nanti.

3) Anda tidak puji isteri anda 

Bila kali terakhir anda beritahu isteri yang dia sangat cantik dan anda bertuah sungguh mendapat isteri seperti dia?

Jangan beri alasan bahawa “isteri saya tahu yang saya sayang dia. Dia tahu hanya dialah insan yang paling sempurna untuk saya.”

Mungkin zaman dating dan sebelum melahirkan anak, isteri anda rasa yakin. Tetapi selepas beranak dan dengan rupa parasnya sekarang dia mungkin rasa kurang yakin pada diri sendiri.

Walaupun anda berdua akan tua bersama, masyarakat kita masih berpendapat harga diri seorang wanita akan berkurangan apabila dia semakin tua.

Cuba tengok keuntungan industri kecantikkan serta cara wanita berusaha untuk nampak muda dan jelita untuk suami mereka.  

Akibat kelahiran, faraj isteri mungkin longgar, perutnya penuh dengan stretchmark, kulit serta payudara kendur.

Semua ini boleh menyebabkan seorang wanita rasa tidak cantik, dan rasa tidak yakin untuk bersama suaminya secara intim kalau suami sudah bertambah dingin.

Berikan galakkan dan pujian dan bina harga diri isteri anda. Yakinkannya yang anda masih sayang dengannya, seperti kali pertama anda terjatuh cinta dengannya.

Seks dengan isteri akan bertambah baik apabila mendapat keyakinan dari anda.

4) Isteri tidak “enjoy” semasa seks

Adakah anda hanya memikirkan keseronokkan sendir sahaja atau anda berdua? Hubungan seks dengan isteri kena seronok juga untuk si isteri dan bukan hanya untuk anda seorang sahaja.

Kalau isteri rasa tidak syiok langsung, mestilah dia akan fikir “lebih baik saya tidur sahaja!” 

Ini tidak semestinya salah anda sahaja, mungkin anda berdua perlu bincang apa yang anda suka. Cubalah posisi yang baru?

Atau hubungan intim anda berdua cuma perlu sedikit umph! Ataupun ia masalah kesihatan?

Tidak kira apa puncanya, ia adalah penting untuk menyelesaikan masalah kekurangan seks dengan isteri.

Jangan anggap perkara ini sebagai ‘normal’ dan ia adalah perkara biasa jika isteri tidak mendapat kepuasan.

Jangan malu untuk bertanya kepada doktor atau belajar pendidikan seks dengan banyak membaca di dalam talian. 

Artikel ini telah diterbitkan semula dari: theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Ehem! 6 “Rahsia” Mudah Anda Boleh Panaskan Aksi Di Ranjang

The post Ini 4 Sebab Utama Kenapa Isteri Selalu Tiada Mood Untuk “Bersama” appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>