Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

Kerana Virus Meningitis, Bayi Ini Kehilangan 4 Anggota Tangan Dan Kakinya

$
0
0

Meningitis pada bayi

Menurut doktor pakar, ini kes meningitis pada bayi yang paling teruk sejak 25 tahun lalu. 

Dan kami semua amat bersimpati dengan nasib bayi kecil ini.

Laporan mendedahkan Kia Gett, bayi yang baru berusia 10 bulan ini telah di bawa ke pusat rawatan di Leeds General Infirmary, UK 4 minggu lepas kerana mengalami masalah kesihatan yang kritikal.

Ibunya, Vikki terus membawa Kia ke hospital selepas risau ada sesuatu yang tidak kena dengan si comel itu. Kia demam sehingga 38.5 C dan asyik muntah-muntah.

Si kecil itu juga asyik tersentak apabila tidur dan keletihan apabila bangun dari tidur. Vikki juga perasan ada beberapa tompok di dada Kia.

Namun, Kia hanya didiagnosis menghidap penyakit akibat virus dan disuruh pulang. 

Ibu bapa Kia meminta bantuan akibat meningitis pada bayi itu

Pada malam itu juga, tiba-tiba Paul – bapa Kia mendapati ada ruam yang banyak di badan anaknya. 

meningitis pada bayi

Kredit: JustGiving

Paramedik terus mendapatkan Kia dan bayi kecil itu didapati terkena serangan jantung mini sebelum terus di bawa ke Bradford Royal Infirmary.

Kia kemudiannya di bawa ke Leeds General Infirmary pula. 

Ketika di sini, keluarga Kia menerima satu berita yang sungguh menyedihkan. Keempat-empat anggota badan Kia harus dipotong. Kia telah terkena jangkitan virus Meningitis C septicaemia.

Imbasan MRI juga mendapati Kia telah kehilangan deria penglihatan dan pendengarannya, malah mengalami 90% kerosakan otak.

Walaubagaimanapun, keluarga Kia tidak mudah berputus asa. Mereka membuka akaun JustGiving untuk meminta derma.

Meningitis pada bayi: Tanda-tanda jangkitan

meningitis pada bayi

Meningitis pada bayi boleh membawa maut

Meningitis adalah penyakit yang melibatkan keradangan pada selaput otak dan saraf tunjang.

Ia boleh disebabkan oleh jangkitan virusbakteria ataupun kulat

Penyakit ini selalunya berlaku di kalangan bayi, kanak-kanak dan remaja tetapi ia juga boleh menjangkiti semua orang dari setiap peringkat umur.

Mereka yang mempunyai imuniti yang rendah senang terjangkit apabila berdekatan dengan pesakit atau apabila melancong ke kawasan dengan wabak ini. 

Tanda-tanda jangkitan meningitis dan septicaemia termasuklah:

  • Demam dan/atau muntah
  • Sakit kepala
  • Sakit otot, urat atau anggota badan
  • Menggigil
  • Kesejukan di bahagian tangan dan kaki
  • Pucat
  • Sesak nafas atau bernafas dengan laju
  • Tumbuh ruam di badan
  • Sakit leher
  • Sensatif dengan cahaya terang
  • Cepat mengantuk atau sukar untuk bangun dari tidur
  • Keliru
  • Sawan

Menurut laporan Kementerian Kesihatan, imunisasi untuk vaksin meningokokus tidak digalakkan untuk kanak-kanak kerana tindak balas yang kurang baik dan kekebalan yang hanya pada jangka pendek.

Malah, bayi juga masih boleh terdedah kepada penyakit ini walaupun telah diberi vaksin. Ini kerana vaksin biasa itu tidak meliputi setiap jenis penyakit meningokokus.

Apa yang penting adalah ibu bapa harus lebih peka tentang tanda-tanda penyakit ini dan bertindak dengan pantas jika anda mengesyaki sesuatu. 

Artikel diterjemah daripada theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Jangan Keliru Antara Selesema Biasa Dengan Penyakit Meningitis Meningokokus

The post Kerana Virus Meningitis, Bayi Ini Kehilangan 4 Anggota Tangan Dan Kakinya appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

Trending Articles


Sapos para colorear


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


Pokemon para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


The business quotes | Inspirational and Motivational Quotes for you


Two timer Sad tagalog Love quotes


“BAHAY KUBO HUGOT”


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


EASY COME, EASY GO


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


HOY PANGIT, MAGBAYAD KA!


Girasoles para colorear


Love Quotes Tagalog


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Top 10 Best “Single” Tagalog Love Quotes


“Mali man na ikaw ay ibigin ko, akoy iibig padin sayo”


RE: Mutton Pies (frankie241)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.