Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977

Posisi tidur semasa hamil yang boleh buat bayi maut dalam kandungan

$
0
0

Posisi tidur semasa hamil

Antara masalah yang dihadapi ibu hamil ialah sukar dapat posisi tidur semasa hamil yang selesa. Memang terkebil-kebil melihat pasangan tidur nyenyak. Sampai timbul rasa cemburu kerana ingin tidur selena itu juga.

Dalam mencari posisi tidur yang selesa, ada satu posisi tidur ketika hamil yang wajar dielak oleh anda. Terutamanya ketika sudah masuk ke trimester ketiga. Dan kenyataan ini adalah berdasarkan hasil kajian.

Posisi tidur tersebut ialah tidur terlentang. Kajian menunjukkan ibu hamil trimester ketiga mempunyai 2 kali ganda risiko bayi meninggal dalam kandungan.

Apa itu bayi maut dalam kandungan atau ‘stillbirth‘?

posisi tidur semasa hamil

Menurut WHO, atau Persatuan Kesihatan Sedunia, ‘stillbirth‘ ialah bayi yang dilahirkan tiada tanda bernyawa pada atau selepas minggu ke 28 kehamilan.

Manakala menurut CDC, atau Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit, ‘stillbirth‘ ialah kematian atau kehilangan bayi sebelum atau semasa bersalin. Ia berbeza dengan keguguran yang merupakan kehilangan bayi di usia sebelum 20 minggu kehamilan.

Stillbirth‘ juga di kelaskan kepada 3, iaitu:

  • Kematian awal bayi dalam kandungan (early stillbirth) yang berlaku di antara 20 minggu dan 27 minggu kehamilan
  • Kematian lewat bayi dalam kandungan (late stillbirth) yang berlaku di antara 28 dan 36 minggu kehamilan.
  • Kematian bayi di dalam kandungan pada masanya yang berlaku pada 37 hingga cukup tempoh kehamilan.

Apa kata kajian tentang posisi tidur semasa hamil yang selamat?

Borang kaji selidik tentang corak tidur sebelum hamil, dan 4 minggu sebelum beranak atau kes bayi meninggal dunia dalam perut (stillbirth) telah diagihkan ke lebih 1,000 wanita di wad materniti seluruh United Kingdom.

 Ibu hamil yang tidur dalam posisi terlentang ada 2.3 kali lebih risiko bayi meninggal dalam kandungan berbanding ibu hamil yang tidur mengiring. Selain itu, bayi meninggal dalam perut juga lebih cenderung terjadi kepada ibu yang tidur kurang dari 5.5 jam pada waktu malam.

Mengapa posisi tidur semasa hamil – baring terlentang tingkatkan risiko bayi maut dalam kandungan?

posisi tidur semasa hamil

Kajian menunjukkan posisi tidur semasa hamil mempengaruhi kadar ritma jantung bayi. Apabila ibu hamil baring terlentang, bayi menjadi lebih ‘senyap’ atau kurang aktif.

Malah terdapat penemuan yang menunjukkan apabila ibu baring terlentang, berat bayi menekan saluran darah ke uterus.

posisi tidur semasa hamil

Saluran darah ke uterus sangat penting buat bayi dalam kandungan. Ini kerana saluran ini bukan saja membekalkan ‘makanan’ buat bayi, malah ia juga membekalkan oksigen kepada bayi dalam kandungan.

Jadi ibu-ibu hamil di luar sana, anda mungkin mahu lebih berhati-hati dengan posisi tidur anda selepas ini. Dan para suami, ingatkan isteri anda tentang posisi tidur yang wajar dielak ini, ya.

 

 

Sumber: dailymail, WHO, CDC

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Apakah Posisi Tidur Yang Terbaik Ketika Hamil?

Remedi Untuk Ibu Hamil Yang Susah Tidur

 

The post Posisi tidur semasa hamil yang boleh buat bayi maut dalam kandungan appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>