Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4985

7 bukti ibu adalah BFF terbaik yang semua anak pernah ada

$
0
0

Ibu yang terbaik anda pernah dapat

Hubungan antara seorang anak dengan ibunya mungkin kelihatan tak cukup rapat, tapi semua anak tahu nilai kasih sayang seorang ibu. Apabila kita sudah semakin besar dan bekeluarga ini, kita sedar ibu merupakan ibu yang terbaik kita pernah dapat!

Oleh sebab itu apabila kajian mengatakan ibu adalah BFF terbaik yang anak pernah dapat, saya setuju sangat! Masih ingat BFF anda? Kalau ada apa-apa, anda akan report pada BFF dulu. Dialah teman bergosip dan meluahkan perasaan. 

Well, guess what – ibu anda itu adalah BFF terbaik anda!

ibu yang terbaik

Kredit: Huffington Post

Sebagai  anak tunggal, saya paling rapat dengan ibu. Saya rasa saya sanggup gelar ibu sebagai BFF terbaik yang saya pernah ada! Dan ini antara 7 bukti mengapa anda juga patut merasainya seperti itu juga:

1. Ibu BFF yang hebat sebab dia mahu yang terbaik untuk anda

Tiada siapa sehebat ibu yang terbaik anda pernah ada ini. Orang lain mungkin akan ada hasad dengki tidak mahu anda berjaya atau “lebih” dari orang lain. 

Namun bukan ibumu. Sebab itu dia BFF terbaik yang anda pernah ada! Ibu sanggup buat (berkorban) apa saja demi mendapatkan yang terbaik untuk anda. Semuanya demi anak-anaknya.

2. Ibu selalu ada bila anda memerlukan

ibu yang terbaik

Kredit: Mother Earth Living

Waktu kita susah, siapa yang kita cari dulu? Tak kisahlah waktu malam atau siang, kita selalu bergantung pada ibu jika kita amat memerlukannya. Nak cari barang yang tak dijumpa dulu pun kita cari ibu dulu!

Sesiapa yang sudah kehilangan ibu pasti akan merasai kesakitan kehilangan insan terbaik ini. Mereka pasti rindu nak telefon dan mengadu semua hal pada ibu mereka…

3. Ibu tak pernah menipu kita

Kadang-kadang, kita mungkin akan berbeza pendapat dengan ibu kita dalam beberapa perkara. Tapi hati dan naluri ibu ini kuat dan lain macam, tahu? Apa yang mereka rasa/kata selalunya tepat.

Ingat tak bila kita tak minta pun pendapat ibu kita, tapi mereka tetap nak beri pendapat dan bantu kita? Itu sebab mereka tak mahu menipu dan inginkan yang terbaik.

4. Ibu yang terbaik sebab dia sanggup berkorban SEGALA-GALANYA!

ibu yang terbaik

Kredit: cnn.com

Tiada orang lain yang mengandungkan kita selama 9 bulan selain si ibu. Tiada orang lain yang sanggup berjaga siang malam untuk mendodoi dan menyusukan kita selain si ibu.

Tiada siapa yang sanggup bersusah payah menguruskan rumah tangga dengan membesarkan anak-anak, melainkan si ibu. Ibu sudah banyak berkorban untuk kita, anak-anaknya. 

5. Ibu tak pernah bagi nasihat yang memburukkan keadaan

Tak seperti sesetengah BFF yang kita ada, ibu telah melalui pelbagai cabaran dalam hidupnya. Beliau sungguh bijak mengharungi cabaran itu dan akan menurunkan segala petua atau tips buat kita.

Percayalah ibu anda. Mereka beri nasihat kerana “sesuatu”. Sesiapa yang sudah tiada ibu pasti akan merindu saat-saat menelefon ibu untuk meminta nasihat….

6. Ibu tahu semua benda tentang anda

ibu yang terbaik

Kredit: Show and Tell

Tak payahlah nak menipu ibu kita. Semua benda dia sudah tahu dari anda, anak yang dikandungnya selama 9 bulan itu. 

Apa saja yang anda buat, sama ada salah atau tidak, sudah diketahui oleh si ibu. Mereka ini lebih power dari BFF yang kita ada sampai tiada rahsia kita boleh sorok dari mereka!

7. Ibu sayang kita walau apapun yang terjadi

Walaupun kita terlibat dengan pelbagai masalah, walaupun kita selalu tak dengar nasihat, walaupun kita selalu meninggikan suara pada ibu bapa kita… tapi si ibu itu tetap sayang akan kita.

Dan kasih sayang itulah yang patut kita pegang. Kita tahu, walau apapun yang terjadi, kita tetap ada ibu yang takkan meninggalkan kita. Kita tahu ibu tetap sayang kita. 

Inilah keistimewaan seorang ibu yang terbaik. Mereka ibarat BFF hebat yang pernah kita ada. Mereka adalah wanita mulia yang tidak ternilai kasih sayangnya. Merekalah syurga kita.

Buat pembaca yang masih mempunyai ibu, hargailah mereka. Hormat dan curahkan kasih sayang kita pada mereka pula. Entah berapa lama Tuhan pinjamkan mereka pada kita.

Bila tiba masanya nanti, hilanglah satu nikmat dunia yang amat bernilai itu. Selagi nyawa dikandung badan, curahkan segala yang kita ada untuk ibu bapa.

 

 

Sumber rujukan: Woman’s World

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

10 kata-kata seorang ibu yang amat bernas untuk bantu kita jalani kehidupan

The post 7 bukti ibu adalah BFF terbaik yang semua anak pernah ada appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4985

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tropa Quotes


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


Pokemon para colorear


Tagalog Love Quotes – Nagmamahal


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Long distances monthsary message tagalog


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>