Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4985

5 tips untuk ibu bapa baru yang hadapi masalah tidak cukup tidur

$
0
0

Ibu bapa tak cukup tidur kerana anak

Apabila jadi ibu bapa, ini bermakna anda mempunyai banyak tanggungjawab baru dan pengalaman yang manis. Namun ia juga bermakna ibu bapa tak cukup tidur kerana bayi baru lahir anda itu memerlukan penjagaan yang kerap dan mungkin masih perlu menyusu pada waktu malam. 

Untuk ibu bapa bekerja, mencari masa untuk berehat adalah cabaran yang besar. Oleh itu mari baca 5 tips sumbangan dari ibu bapa yang pernah melalui masalah yang sama ini.

Semoga pengalaman mereka dapat membantu ibu bapa yang tak cukup tidur agar anda tak “gila” dek tanggungjawab yang perlu dibiasakan ini.

1. Latih anak untuk tidur awal

ibu bapa tak cukup tidur

Ibu kepada anak tunggal, Jamie Koh, berkongsi tip ini untuk ibu bapa yang tak cukup tidur:

Apabila anak tidur lebih awal, ibu bapa juga bolehlah berehat dan tidur dengan lebih baik. Cabaran paling besar untuk ibu bapa ialah semasa bulan pertama, apabila mereka perlu bangun 2-3 jam sekali untuk menyusu anak.” 

Menurut Dr. William C. Dement, doktor pakar dan pakar tidur, ibu bapa dengan bayi baru lahir akan kehilangan tidur sekurang-kurangnya untuk 2 jam setiap malam sehingga bayi mereka berusia 5 bulan.

Selepas itu ibu bapa akan kehilangan tidur selama 1 jam untuk setiap malam sehingga anak itu mencapai umur 2 tahun.

Jadi, latihlah anak untuk tidur lebih awal atau kalau boleh, latih anak untuk tidur sepanjang malam.

2. Buat kerja secara serentak!

ibu bapa tak cukup tidur

Ibu Evelyn Cheo memberi nasihat untuk ibu bapa tak cukup tidur:

Untuk ibu menyusu yang perlu bangun pada waktu malam, anda boleh cuba co-sleep atau tidur bersama bayi sambil menyusunya. Anda pasti akan kekurangan tidur, terutamanya jika anda pilih untuk beri susu badan. Jangan berputus asa, keadaan ini akan bertambah baik!

Bayi biasanya akan tertidur selepas menyusu. Anda sudah pun berbaring atas katil, jadi rehatlah, biarpun untuk seketika.

Jika anda memilih untuk tidur bersama bayi anda, berhati-hati ya, supaya tidak memudaratkan bayi sendiri.

3. Tetapkan rutin tidur bayi anda

Nasihat ibu Divya Sharma kepada ibu bapa tak cukup tidur:

Sudah lama saya terpaksa bertahan kerana tidur selama 3-4 jam saja. Tapi semua ini boleh jadi lebih senang jika anda tetapkan rutin tidur, dan ajar anak untuk mengikutinya. Selepas itu, ibu bapa bolehlah ikut rutin tidur anak.

Semasa bulan pertama, memang ibu bapa tak cukup tidur disebabkan anak yang belum lagi mempunyai rutin yang tetap. 

Apabila bayi anda semakin berkembang dan mula mengikut rutin tidur yang lebih tetap, ibu bapa boleh menjangka dan merancang masa untuk berehat. 

4. Tidur apabila anak anda tidur

ibu bapa tak cukup tidur

“Tidur apabila bayi anda sedang tidur,” kongsi ibu Diana Lai. Ini adalah tip yang selalu diberi oleh ibu-ibu yang berpengalaman.

Cuba rehat sebanyak mungkin terutamanya ketika 2 bulan selepas melahirkan anak. Badan anda perlu rehat untuk pulih sepenuhnya. Jika anda ada anak lebih tua di rumah, dapatkan pertolongan dari ahli keluarga lain supaya anda boleh mendapat rehat yang diperlukan.

Ibu-ibu baik ingat nasihat ini ya. Saya tahu masih ada banyak lagi kerja lain yang perlu disiapkan. Ajak suami untuk bantu buat kerja rumah dan menjaga anak. Jangan lupa untuk rehat juga.

Rehat amat penting agar anda kembali cergas untuk menjaga anak dan menguruskan keluarga seperti sediakala.

5. Jangan malu untuk minta pertolongan

Marielle, ibu kepada anak tunggal, berkongsi strategi untuk ibu bapa tak cukup tidur :

Kami kini tinggal di rumah ibu bapa saya. Apabila saya atau suami saya rasa sangat letih dan betul-betul perlu tidur, saya akan minta pertolongan dari ibu saya apabila anak saya tidak mahu tidur lagi.

Ini adalah nasihat yang bagus terutamanya saat anda terlalu letih dan memerlukan pertolongan orang lain supaya anda boleh tidur biarpun sekejap sahaja.

Jangan malu untuk meminta pertolongan, anak anda memerlukan ibu bapa yang sihat dari segi mental dan fizikal untuk menjaganya.

Selamat mencuba ibu bapa baru semua!

 

 
 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: 

Bayi Susah Tidur? Di Sini Ada Penyelesaian Semudah ABC Untuk Semua Ibu Bapa!

The post 5 tips untuk ibu bapa baru yang hadapi masalah tidak cukup tidur appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4985

Trending Articles


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Tagalog Love Quotes – Nagmamahal


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


Tropa Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>