Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4985

6 aktiviti menarik untuk anak anda ketika cuti sekolah minggu ini: 18-24 Disember 2017

$
0
0

Aktiviti menarik cuti sekolah 2017

Cuti sekolah masih lagi berbaki, tentu saja ibu bapa mahu anak-anak menghabiskan masa dengan bermanfaat. Tetapi, bukan mudah untuk mencari aktiviti menarik cuti sekolah 2017 ini untuk mereka.

Kadang-kadang, program atau aktiviti menarik itu telah lepas barulah kita tahu mengenainya.

Jadi, kami di theAsianParent, mengumpulkan aktiviti menarik cuti sekolah 2017 yang boleh anda pilih untuk anak-anak di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Ibu bapa di luar Kuala Lumpur dan Selangor bolehlah merancang perjalanan ke sini. Jom kita lihat aktiviti yang ada.

1. Bengkel Junior Barista Untuk Remaja

aktiviti menarik cuti sekolah 2017

Foto ehsan: Timeout.

Bagi anda yang mempunyai anak remaja, ini satu cabang baru buat mereka untuk belajar. Dalam program ini, remaja di dalam lingkungan 13-17 tahun akan diajar skil menggunakan mesin ekspresso.

Bermula dari mengisar biji kopi hinggalah membuat seni kopi. Bukan sahaja ia mengisi masa mereka, malah mengasah bakat barista di dalam diri mereka.

Bila: 19 Disember 2017

Di mana: Barista Guild AsiaPetaling Jaya

Web: https://www.facebook.com/events/1950786341605792/

2. Bengkel Ekspressi Tanah Liat Untuk Kanak-Kanak

aktiviti menarik cuti sekolah 2017

Foto ehsan: Timeout

Dengan menggunakan alatan yang ringkas dan tanah liat, bengkel ini mengajar kanak-kanak untuk mengekspressikan apa yang mereka mahu menggunakan tanah liat.

Anda akan terkejut bagaimana dengan daya imaginasi anak anda yang sungguh kreatif.

Bila: 23 Disember 2017

Di mana: Clay Expression , Subang

Web: http://www.clayexpression.com/index.htm

3. Kidocode : Kelas MIT dan Google Programming 

aktiviti menarik cuti sekolah 2017

Kelas percubaan percuma ini disediakan buat kanak-kanak dan remaja berusia 6 hingga 18 tahun.

Sesi percubaan yang disediakan selama 4 jam per sesi akan mengajar mereka tentang asas sains komputer.

Bila: 7 Julai 2017 – 31 Disember 2017

Di mana: Kidocode , Subang

Web: http://kidocode.com/

4. A Fit Brain Goes a Long Way

aktiviti menarik cuti sekolah 2017

Bengkel untuk kanak-kanak berusia 9 hingga 13 tahun ini melibatkan siri aktiviti yang membenarkan mereka belajar untuk menerapkan pemikiran positif.

Bengkel ini juga mengajar mereka untuk sentiasa bersedia dengan apa sahaja cabaran dengan memperkasakan lagi skil diri.

Bila: 19 Disember 2017 

Di mana: Graceland Edu Services, 48 Jalan 6/18c, Taman Mastiara, Batu 5 Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur.

Web: OPSTOPUS

5. Kem Akhir Tahun Akademi Cef Muda 2017 

aktiviti menarik cuti sekolah 2017

Anak-anak berusia dari 3 hingga 17 tahun diberikan peluang untuk memasak dengan pemantauan. Dari pai hingga ke kek mereka diberikan peluang untuk mencuba dan belajar.

Bila: 29 November 2017 – 22 Disember 2017 

Di mana: No.5-3 Jalan 26/70A, Desa Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia

Web: youngchefacademy

6. Melawat G2G Animal Garden

aktiviti menarik cuti sekolah 2017

Taman haiwan berkonsepkan ‘petting zoo’ yang baru dibuka di MAEPS Serdang. Dikatakan terdapat lebih dari 200 ekor haiwan pelbagai spesis.

Anak-anak boleh menyentuh, memberi makan serta bermain dengan haiwan. Mereka sedang memberikan harga promosi untuk tiket masuk ke taman ini.

Bila: baru dibuka 

Di mana: Jalan MAEPS 4/3, 43400 Seri Kembangan

Web: wowmalaysia

Jadi ibu bapa, sudah tahu perancangan seterusnya bersama anak-anak? Atau anda tahu aktiviti yang menarik bakal diadakan? Kongsikan dengan kami di theAsianParent.

 

 

 

Sumber: Timeout

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

KAJIAN: Kepentingan Bermain Bersama Kanak-Kanak Lain

The post 6 aktiviti menarik untuk anak anda ketika cuti sekolah minggu ini: 18-24 Disember 2017 appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4985

Trending Articles


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Sapos para colorear


Tagalog Love Quotes – Nagmamahal


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Long distances monthsary message tagalog


Re:Mutton Pies (lleechef)


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


Pokemon para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tropa Quotes


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


“BAHAY KUBO HUGOT”


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Girasoles para colorear



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>